HADIAH KEMENANGAN S.O.G X SHILA AMZAH ‘SEIKHLAS HATI’ dan TONTON SOUNDSTAGE SHILA AMZAH & FRIENDS

Anugerah Juara Lagu ke-36 yang lalu, kemenangan kumpulan S.O.G dan Shila Amzah telah berjaya membuka mata pemain muzik tanah air. Kejayaan mereka sekaligus meletakkan satu ‘benchmark’ kepada muzik indie yang semakin berkembang seiring dengan muzik-muzik ‘mainstream’ yang ada. Pengikut muzik indie ini juga tidak kurang ramainya dan boleh membantu menaikkan ekonomi muzik tanah air.

Justeru itu, Media Prima mengambil langkah dengan bekerjasama bersama S.O.G dan juga Shila Amzah dalam menerbitkan sebuah lagu baharu yang menjadi lagu tema untuk raya tahun ini. Lagu ini dicipta oleh Raja Nazmin Shah manakala liriknya pula dicipta oleh Shila Amzah dan lagu ini dinyanyikan oleh S.O.G dan Shila Amzah sendiri.

Sidang Media bersama Shila Amzah dan kumpulan S.O.G

Seiring dengan tema kempen Ramadan dan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu #SeikhlasHati, lagu yang dicipta ini juga menggunakan tajuk yang sama iaitu ’Seikhlas Hati’. Menerusi lirik lagu ini juga, ia mengajak kita untuk saling bermaafan dan di kesempatan untuk kita terus memberi dengan seikhlas hati. Pastinya masih lagi mengekalkan genre muzik S.O.G yang sama, lagu raya ini benar-benar memberi kelainan jika dibandingkan dengan lagu raya yang sedia ada.

Lagu ‘Seikhlas Hati’ nyanyian S.O.G dan Shila Amzah ini, edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di semua saluran digital bermula 18 April 2022, manakala muzik video akan mula di tayangkan di Youtube TV3 bermula pada 20 April 2022.

Tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends

Program ‘tonton Soundstage: Shila Amzah & Friends’ akan disiarkan di TV3 pada 7 Mei 2022 (Sabtu), pukul 10.00 malam. Ia juga akan disiarkan di portal tonton. Program ini dihoskan oleh Shila Amzah dan juga turut  menampilkan Jihan Muse, Fara Fauzana, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan S.O.G sebagai selebriti jemputan. Program satu jam ini mengisahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah sebagai seorang penyanyi dan meraikan muzik bersama-sama dengan rakan-rakannya di industri hiburan.

Artis Jemputan Tonton Soundstage Jaclyn Victor

Lagu-lagu yang dipersembahkan dalam program ini adalah Patah Seribu, Memori Tercipta (Shila Amzah), Pelukan Angkasa (Shila Amzah & S.O.G), Beribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor), lagu medley Ikut Rentakku / Drama (Jaclyn Victor & Ning Baizura), Bunga Api Di Hati (Fara Fauzana, Jihan Muse & Shila Amzah). Shila Amzah dan S.O.G juga akan mempersembahkan lagu raya baharu berjudul ‘Seikhlas Hati’ bersempena dengan kempen Seikhlas Hati. 

Antara kejayaan yang dicipta oleh Shila Amzah

  1. Naib juara One In A Million musim kedua di 8TV
  2. Lagu hits – Memori Tercipta (2007)
  3. Naib juara AJL25 menerusi lagu ‘Patah Seribu’, paduan vokal hebat Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor
  4. Shila Amzah memulakan kerjaya muzik di pentas antarabangsa di Shanghai, China dan menjuarai pertandingan Asian Wave (musim 1).
  5. Naib juara AJL29 – Masih Aku Cinta
  6. Juara AJL36 – Pelukan Angkasa (S.O.G X Shila Amzah)
CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k