Hael Husaini Menyimpan Lagu Bintang Selama 13 Tahun Dan Kini Telah Menjadi OST Drama BINTANG

Dengan penerbitan lagu terbarunya, “Bintang,” Hael Husaini, penyanyi, komposer dan penulis lagu terkenal di negara ini, telah kembali. Keinginan pengikut setia Hael, yang sering bertanya tentang lagunya yang bergerak, berjaya diredakan dengan kehadirannya dengan lagu terbaru yang telah disimpan selama 13 tahun! Lagu Bintang merupakan lagu pertama Hael Husaini bekerjasama dengan TV3 dan Alternate Records Sdn Bhd. Bintang merupakan salah satu karya terbaik daripada Hael dan inilah peluang yang dilihat sesuai untuk mengetengahkan melodi serta lirik lagu ini yang menyentuh hati setelah lebih sedekad menyimpannya. Lebih menarik, Lagu Bintang ini dipilih sebagai runut bunyi drama Bintang kerana ia mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan drama Bintang sendiri yang telah ditayangkan di Slot Lestary TV3 bermula 6 April ini. Lagu ‘Bintang’ ini sangat istimewa kerana merupakan hasil kreatif Hael sendiri sebagai penulis lirik dan juga komposer. Drama bersiri Bintang terbitan Country Universal ini merupakan arahan Nizam Zakaria dan menampilkan pelakon yang kian meningkat nama di persada seni iaitu Daniel Fong, Ruhainie dan Keith Foo. Bintang mengisahkan tentang hubungan antara Iris (Ruhainies) dan Thirak (Daniel Fong) yang terpisah dari zaman persekolahan dan hubungan mereka tidak direstui oleh ibu bapa Iris. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula setelah kematian orang tua Iris. Dugaan mendatang apabila Mustafa (Keith Foo) muncul merebut cinta Iris. Adakah hubungan antara Iris dan Thirak masih bersinar seperti bintang? Menurut Hael Husaini, ”Saya berharap lagu Bintang ini memberi makna yang istimewa kepada semua pendengar dan dapat menilai apa erti bintang kepada insan yang istimewa seperti orang yang kita sayangi. Bintang juga menggambarkan sepasang kekasih yang sentiasa ada bersama namun diuji dengan perpisahan antara dua dunia yang berbeza. Saya berterima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa menyokong saya kerana tanpa mereka saya tidak mungkin berada dalam industri seni tanah air sehingga kini.”
Sejak Bintang dilancarkan di platform digital dan diperdengarkan kepada para pendengar, rata-rata peminat Hael Husaini sangat teruja dengan lagu yang dikatakan sebagai ‘award winning material’ dan dibanjiri dengan komen-komen positif lain seperti:
  • Dengar lagu macam ini dah feels sama dengan KDrama OST
  • Bangun pagi confirm mata bengkak sembab
  • Nice cover art
  • Ok ini….loveee
  • Hael can defeat any genre
  • Been waiting for this song
Jangan lupa untuk dengarkan Bintang di semua platform digital bermula 4 April 2023. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_ TV3 dan Alternate Records & Talents Sdn.Bhd teruja dengan kolaborasi sebegini dan berharap lebih ramai artis terkenal dan prolifik negara akan bekerjasama dengan kita di masa hadapan melalui runut bunyi  drama drama tayangan TV3 yang pastinya terbaik. Komposer : Hael Husaini Penulis Lirik : Hael Husaini BINTANG – HAEL HUSAINI
CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k