Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

HALOBA: “MENYAKSIKAN AFIFAH NASIR MEMBINTANGI WATAK UTAMA ANTAGONIS DI SLOT SAMARINDA.

Erina menghadapi kesukaran untuk melepaskan dendam, tetapi lebih sukar untuk menerima masa lalunya. Erina dan Hadi, pasangannya yang tidak dikenali, bertekad untuk menghancurkan kehidupan Raif, yang sudah berkahwin, kerana kesilapan masa lalunya. Adakah Erina akan berjaya melepaskan dendamnya terhadap Raif?

Terbaharu di slot Samarinda, drama berjudul Haloba akan disiarkan di kaca televisyen bermula, 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim HD secara langsung di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my. 

Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini merupakan hasil karya Kent Tan dan Chooi Keen dan diarahkan oleh Emi Suffian. Drama bersiri Haloba yang mempunyai 15 episod ini menggandingkan barisan pelakon popular tanah air seperti Afifah Nasir, Aiman Hakim, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin dan ramai lagi.

Haloba mengisahkan Erina (Afifah Nasir) yang pulang ke Malaysia untuk membalas dendam terhadap Raif (Aiman Hakim) dengan pertolongan Hadi (Syaffiq Sahli) dalam misinya. Sebagai permulaan misinya, Erina berjaya mendapat pekerjaan di syarikat pembangunan milikan Raif. Namun rancangannya untuk menghancurkan kehidupan Raif ini tidak semudah yang disangkakan kerana isteri pertama Raif, Aliya (Sherry Ibrahim) dan ayahnya, Dato Kamal (Hilal Azman) merupakan orang yang berkuasa di dalam syarikat tersebut.

Misya (Shiqin Kamal), isteri kedua Raif merupakan seorang bekas pelakon filem yang popular. Misya seorang yang bijak dan ini membuatkan Erina perlu lebih berhati-hati. Erina sanggup untuk membuat apa sahaja demi dapat mencapai matlamat menghancurkan Raif dan keluarganya. 

Menurut Afifah Nasir yang diangkat sebagai watak utama drama slot Samarinda ini, “Drama Haloba ini memang bertemakan tentang pembalasan dendam. Jadi, watak yang saya pegang kali ini, dia agak berlainan juga lah dari watak-watak yang saya pernah lakonkan dulu, sebab walaupun dalam konteks drama ini Erina mungkin bukan antagonis tapi dia punya perwatakan itu sendiri bagi dia nampak macam watak jahat la! Itu bagi saya agak istimewa kerana perwatakan begini membuatkan watak itu lebih kompleks. Jadi, saya harap kaki-kaki drama di luar sana dapat enjoy drama ini sebab jalan cerita dia memang best!”

Nantikan lakonan hebat daripada Afifah Nasir, Aiman Hakim, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda  Moin dan ramai lagi menerusi slot Samarinda ‘Haloba’ yang telah mula bersiaran pada 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k