“HANYA TUHAN YANG TAHU” LAGU BARU AWI RAFAEL LAGU KLASIK

Petaling Jaya, 27 November 2023 – Awi Rafael pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 28, kembali dengan nafas baru lagu klasik yang bertajuk “Hanya Tuhan Yang Tahu”. Sebelum ini lagu klasik di bawa oleh kumpulan UNIC lalu digubah mengikut susunan muzik yang berlainan versi Awi Rafael sendiri. Lagu yang di bawakan ini memang berbeza dengan sebelumnya. Lagu ini juga akan membawa keunikannya tersendiri kepada peminat.

 

Awi Rafael bukanlah nama yang asing dalam industri muzik tanah air, beliau juga merupakan artis solo yang pertama dari Asia untuk merakamkan lagu di Abbey Road Studios yang merupakan antara studio muzik paling unggul di dunia. Justeru, beliau ingin menggunakan pengalamannya untuk mengharumkan lagi industri muzik tanah air. 

 

Awi mengatakan yang beliau sangat selesa membawakan lagu ini, “Lagu ini adalah sepenuhnya versi dari saya sendiri. Saya turut sertakan kajian dari versi-versi yang pernah disampaikan oleh artis asal. Saya sangat selesa dalam membawakan lagu ini kerana ia sangat unik. Lagu ini merupakan lagu nasyid yang popular pada zamannya dan saya menganggap ini sebagai cabaran baharu kerana bukan mudah untuk gubah lagu ini dengan susunan muzik yang lebih moden seperti pop rock dan teknik nyanyian yang baharu”. 

 

“Saya sangat bersyukur mendapat nasihat dari pihak label dan produksi drama kerana ia sangat memudahkan saya untuk mencapai hasil akhir lagu versi baharu ini. Harapan saya untuk lagu ini adalah supaya peminat di Malaysia akan tetap menyokong karya-karya saya, lagu-lagu baharu buat tahun ini dan tahun hadapan. Saya juga berazam untuk terus berkarya supaya generasi muda lebih mengenal lagu ‘evergreen’ seperti ini,” tambahan beliau. 

 

Lagu yang penuh bermakna ini telah diberi peluang oleh pihak Alternate Records dan TV3 khas untuk runut bunyi drama ‘Di Wadi Safiyyah’ yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Pembikinan lagu ini hanya mengambil masa dua minggu dengan hasil pertolongan dan nasihat daripada pihak label dan produksi drama.

 

Kepada semua peminat drama TV3, jangan lupa untuk saksikan drama ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan dengarkan runut bunyi terbaharu daripada Awi Rafael, ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’. Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah ini bertemakan cinta dan keluarga. Ia mengisahkan tentang hubungan terlarang sehingga menimbulkan ketegangan antara cinta mereka. Antara pelakon yang membintangi watak-watak dalam drama ini adalah adalah Aniq Suhair dan Rita Nadira.

 

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ bermula 28 November 2023 ini di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_.

 

Turut disertakan adalah lirik lagu  “HANYA TUHAN YANG TAHU”:

‘Ku pendamkan perasaan ini
‘Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

‘Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau  pilihanku

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau pilihanku

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau pilihanku

Oh Tuhanku…

 

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k