HAPPENING! HAEL HUSAINI x DOLLA DALAM ‘SUARA LEBARAN KITA’

Kuala Lumpur, 15 April 2022 – Ramadan tahun ini nyata berbeza apabila negara menghampiri fasa endemik. Lagi pula, dua label hiburan tersohor tanah air, Rocketfuel Entertainment dan Universal Music Malaysia, sekali lagi berganding bahu mempersembahkan SUARA LEBARAN KITA, gandingan padu antara penyanyi terkenal Hael Husaini dan kumpulan gadis popular DOLLA, termasuk Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya.

“Jika sebelum ini lagu-lagu Raya selalunya keseorangan, bagi kali ini saya hendak ‘berteman’ pula, jadi saya menyapa DOLLA di media sosial dan mereka memberi respon baik, jadi terus saya katakana ‘hello, jom masuk studio!’” jelas Hael menceritakan pergabungan ini bermula.

Lagu Raya mempunyai ciri-ciri pop dan tarian; ia mempunyai suasana kontemporari sambil mengekalkan ‘bunyi’ sambutan Hari Raya itu sendiri.

“Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan elemen K-pop yang sememangnya sinonim dengan DOLLA tetapi telah ‘dimelayukan’, dan pendengar harus mendengarnya sendiri,” tambah Hael dalam nada teruja,

Di sebalik jadual kerja yang padat, kumpulan DOLLA sempat meluangkan masa untuk merakamkan single Raya bersama Hael kerana peluang sebegitu jarang bagi mereka lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seseorang bernama Hael Husaini.

“Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila artis sehebat Hael ingin berkolaborasi dengan DOLLA, dan single ini merupakan lagu Raya kedua dari DOLLA dan pertama kalinya berkolaborasi dengan artis lain.

“Kami serasi bekerja dengan Hael dan Ezra kerana ada chemistry, proses rakaman di studio mengambil masa selama 5 jam sahaja disebabkan bimbingan mereka berdua yang sungguh professional. Walaupun lagu ini agak berbeza dengan genre yang biasa kami bawakan, namun melodinya mengasikkan, unik,dan quirky,” kongsi Sabronzo.

SUARA LEBARAN KITA menggambarkan perasaan kolektif kita sebagai rakyat Malaysia yang mendambakan kemeriahan sambutan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan sebelum musibah COVID-19 melanda dunia, dan akhirnya akan dipertemukan kembali dengan wajah-wajah yang telah lama dirindui tahun ini.

Apabila dua nama yang cukup gah dalam industri muzik Malaysia berkolaborasi, semestinya video muzik yang bakal dilancarkan sama menarik, kata Tabby, “Konsep MV single ini sangat comel dan segar dalam suasana retro yang diselitkan dengan elemen fantasi, dan kalua hendak tahu lagi kenalah tonton!

Kata Encik Erick Yew pula, sebagai Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment, “ Kami sememangnya sukakan kelainan, Hael Husaini dan DOLLA Berjaya terjemahkannya melalui sebuah single Raya yang cukup istimewa.

“SUARA LEBARAN KITA tepat mengammbarkan perasaan kita seluruh rakyat Malaysia yang ingin merasai suasana sambutan perayaan seperti sediakala, semoga lagu ini dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

“Bagi Universal Music pula, tahun ini kita memang ingin memeriahkan dan menyuntik semangat untuk beraya tahun ini secara ‘all out’ setelah 2 tahun tidak dapat pulang ke kampong halaman, dan lagu ini amat bersesuaian untuk kemeriahan sambutan hari raya dan juga kombinasi yang terbaik untuk tahun ini” kata Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Universal Music Malaysia.

“Pada tahun ini, saya dan Sabronzo bercadang mengajak Tabby dan Angel beraya di rumah kami kerana tidak dapat berbuat demikan sebelum ini” luah Syasya.

“Selain itu, DOLLA dan Hael berharap agar peminat-peminat kami #DOLLA dan #Haelers sukakan single Raya ini kerana mesej kegembiraan dan kebersamaan yang ada di dalamnya, semoga Raya pada kali ini memberi seribu keberkatan dan makna buat kita semua” jelas Syasya lagi.

SUARA LEBARAN KITA tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan boleh digunakan sebagai nada dering panggilan oleh semua pembawa telekomunikasi tempatan. Ia boleh didengari pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman dalam talian utama termasuk Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Saluran YouTubeRocketfuel Network adalah satu-satunya tempat anda boleh menonton MV single secara eksklusif.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k