
HONOR 400 Lite: Tawaran Hebat Untuk Telefon Hebat!
HONOR 400 Lite, yang digelar sebagai ‘pembunuh iPhone’ bajet, kini dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada harga hanya RM1,299. Telefon pintar ini mencuri tumpuan dengan gabungan teknologi AI termaju dalam fotografi mudah alih, paparan visual mengagumkan, dan reka bentuk premium yang tahan lasak. Di samping keupayaan flagship, HONOR 400 Lite turut menampilkan Butang AI inovatif yang membolehkan pengguna mengakses kamera dan fungsi penglihatan pintar dengan lebih mudah dan pantas – menawarkan pengalaman fotografi yang lebih pintar dan menyeronokkan.
Tersedia dalam dua pilihan warna kontemporari, Velvet Grey dan Marrs Green, HONOR 400 Lite menawarkan spesifikasi mengagumkan seperti RAM 24GB (termasuk 12GB HONOR RAM Turbo) dan storan dalaman 256GB – memberikan prestasi yang lancar untuk pelbagai tugasan harian. Peranti ini kini boleh didapati di semua HONOR Stores seluruh negara serta pengedar sah.
Untuk tempoh terhad, setiap pembelian HONOR 400 Lite akan disertakan dengan Jaminan Lanjutan 1 Tahun percuma bernilai RM99 serta rebat tunai segera sebanyak RM200. Tawaran ini sah dari 25 April hingga 24 Julai 2025. Untuk menikmati rebat ini, pelanggan hanya perlu mengambil gambar HONOR 400 Lite di mana-mana kedai HONOR atau pengedar sah, memuat naik gambar ke media sosial dengan tanda pagar #HONOR400LiteMY, dan menunjukkan bukti hantaran semasa pembayaran.
HONOR 400 Lite turut boleh dimiliki secara percuma melalui pelan pascabayar telco terpilih seperti Maxis, U Mobile dan Yes. Maxis menawarkan peranti ini secara PERCUMA dengan pelan Maxis Postpaid 109, manakala U Mobile menawarkan HONOR 400 Lite secara PERCUMA melalui pelan U Postpaid 98 dan U Family 128. Pelanggan Yes pula boleh membawa pulang telefon pintar ini dengan hanya RM5 apabila melanggan pelan Yes 5G Infinite+ Basic Plan pada harga RM58 sebulan bermula 2 Mei 2025.
Direka untuk penggemar fotografi, HONOR 400 Lite memperkenalkan Butang AI yang memberi kawalan pantas ke atas kamera dan Google Lens. Fungsi pintar ini membolehkan pengguna melancarkan kamera, menangkap gambar, merakam video, serta mengenal pasti objek, tumbuhan, haiwan, dan terjemahan teks secara langsung dari paparan kamera. Ciri Gemini AI pula memperluas keupayaan peranti dari segi produktiviti dan kreativiti – daripada menulis e-mel, merancang majlis, sehinggalah menjana idea melalui antara muka yang responsif dan kontekstual.
HONOR 400 Lite dikuasakan oleh sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15, dan hadir dengan pelbagai ciri AI seperti AI Eraser untuk membuang objek tidak diingini, AI Outpainting untuk meluaskan gambar, dan AI Translate untuk terjemahan masa nyata. Fungsi Magic Portal pula membolehkan pengguna menyeret kandungan terus ke aplikasi seperti Maps dan media sosial, menjadikan pengalaman penggunaan lebih intuitif dan efisien.
Untuk keperluan fotografi, HONOR 400 Lite dilengkapi kamera utama 108MP dengan apertur f/1.75, menyokong zum digital 3X tanpa kehilangan kualiti imej. Kamera sudut lebar dan dalam 5MP pula menambah kedalaman dan kesan bokeh yang seimbang. Kamera hadapan 16MP dilengkapi Selfie Light terbina, memberikan hasil swafoto yang cantik walaupun dalam keadaan cahaya rendah.
Telefon ini turut menampilkan paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 1080×2412, menyokong gamut warna 100% DCI-P3, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak sehingga 3,500 nits – ideal untuk tontonan luar atau kandungan definisi tinggi. Untuk keselesaan mata, paparan ini menggunakan teknologi Pemalapan PWM 3840Hz serta Paparan Malam Sirkadia, menjadikannya lebih mesra untuk kegunaan jangka panjang.
Reka bentuk HONOR 400 Lite juga memfokuskan kepada ketahanan dan kemudahan penggunaan. Dengan berat hanya 171 gram dan ketebalan 7.29mm, ia mudah dibawa ke mana-mana. Peranti ini juga menerima Pensijilan Rintangan Jatuh Lima Bintang SGS dan kalis percikan IP64, memastikan ia kekal berfungsi walaupun dalam situasi tidak dijangka seperti hujan atau tangan basah.
Dari segi prestasi, HONOR 400 Lite dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra yang memberikan kelancaran untuk multitugas dan penstriman, disertai bateri 5230mAh dengan pengecasan pantas 35W. Telefon ini boleh dicas sehingga 52% dalam masa 30 minit, dan penuh dalam hanya 73 minit – ideal untuk pengguna aktif yang sentiasa bergerak.
Dengan segala kelebihan ini, HONOR 400 Lite menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar mampu milik. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari laman rasmi HONOR di www.honor.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.