HONOR Magic7 Pro Telefon Pintar Flagship dengan Kecanggihan AI dan Rekaan Tahan Lasak!

HONOR Magic7 Pro Telefon Pintar Flagship dengan Kecanggihan AI dan Rekaan Tahan Lasak!

HONOR mengumumkan pelancaran rasmi telefon pintar flagship terbaharunya, HONOR Magic7 Pro, yang dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada 9 Januari 2025. Dikenali sebagai ‘Flagship AI Terbaik 2025’, HONOR Magic7 Pro menggabungkan teknologi AI eksklusif yang bakal memberikan pengalaman pengguna lebih manusiawi dan dipenuhi inovasi.

Berbeza dengan jenama lain yang bergantung pada teknologi awan atau AI pada peranti mereka, HONOR menonjol dengan pendekatan unik dengan menjadi jenama pertama yang menggabungkan kedua-dua teknologi AI, sekali gus menawarkan pengalaman yang lebih diperibadikan, cekap, dan selamat. Melalui strategi ini, HONOR Magic7 Pro meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam pasaran telefon pintar yang dipacu oleh AI.

Salah satu ciri yang paling menarik pada HONOR Magic7 Pro adalah pengenalan fungsi AI Deepfake Detection, yang pertama di dunia, serta Magic Portal 2.0. Ciri Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan ini mampu memahami keperluan pengguna dan menghubungkan mereka dengan aplikasi yang relevan, memberikan pengalaman yang lebih lancar dan diperibadikan.

Tidak hanya berfokus pada teknologi AI, HONOR Magic7 Pro juga tampil dengan reka bentuk yang lebih tahan lasak, kalis air dan debu, serta ciri anti-jatuhan. Peranti ini juga mampu berfungsi dengan baik dalam suhu tinggi tanpa mengorbankan prestasinya, menjadikannya lebih ideal untuk kegunaan seharian.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan telefon pintar dengan inovasi terhebat ini pada 9 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, layari laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.

CATEGORIES
TAGS
Share This