HONOR Pad X9a LTE Dilancarkan 25 April – Hadiah Percuma Bernilai RM598!

HONOR Pad X9a LTE Dilancarkan 25 April – Hadiah Percuma Bernilai RM598!

Penantian berakhir! Bermula 25 April 2025, HONOR Pad X9a versi LTE akhirnya tersedia untuk pembelian di seluruh negara. Diperkenalkan khas untuk pengguna yang sentiasa ingin kekal terhubung tanpa batasan, tablet ini menyokong rangkaian LTE yang membolehkan anda memasukkan kad SIM terus ke dalam peranti sesuai untuk menjawab mesej, membuat panggilan, dan menonton kandungan terkini, di mana sahaja, bila-bila masa.

Ditawarkan pada harga RM1,299, HONOR Pad X9a LTE hadir dalam warna Grey yang elegan dan dilengkapi RAM 16GB (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) bersama storan besar 256GB. Ia juga tersedia dalam versi WiFi pada harga lebih mampu milik, RM999, dengan storan 128GB ideal untuk mereka yang mencari paparan terbaik dalam kelasnya.

Lebih menarik, setiap pembelian HONOR Pad X9a, sama ada versi LTE atau WiFi, akan disertakan papan kekunci Bluetooth dan pensel secara PERCUMA bernilai RM598, serta keahlian iQIYI VIP selama tiga bulan. Tablet ini boleh didapati melalui HONOR Stores seluruh negara, laman web rasmi HONOR Malaysia, serta platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop, termasuk pengedar sah seperti Senheng, Urban Republic, dan Harvey Norman.

Dicipta sebagai teman hiburan terbaik, HONOR Pad X9a memukau dengan skrin besar 11.5 inci HONOR FullView 2.5K yang menyajikan warna terang dan imej tajam, memberikan pengalaman sinematik seakan di pawagam. Ia turut mengutamakan keselesaan mata pengguna dengan teknologi paparan seperti Skrin Pemalapan Dinamik, Mod Malam Sirkadia, serta perlindungan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan yang diperakui TÜV Rheinland.

Untuk tontonan tanpa gangguan, tablet ini dipacu oleh bateri berkapasiti 8300mAh, mampu menstrim drama hingga 11.7 jam tanpa henti, serta disokong pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge. Sistem audio empat pembesar suara surround dengan kelantangan 200% memastikan setiap dialog dan muzik kedengaran jelas dan hidup. Tidak hairanlah iQIYI mengiktirafnya sebagai “Pilihan Terbaik untuk Pengalaman Drama Unggul.”

HONOR Pad X9a juga unggul untuk produktiviti. Sama ada menaip dokumen, mengikuti kelas dalam talian atau melakar idea kreatif, papan kekunci Bluetooth dan pensel yang disediakan memberikan pengalaman seperti komputer dan buku nota sebenar. Fungsi penolakan tapak tangan dan butang pemadam menjadikan penulisan lebih semula jadi dan lancar. Dikuasakan pemproses Snapdragon 685, tablet ini menyokong pelbagai tugasan dan hiburan dengan cekap dan lancar.

HONOR Pad X9a adalah bukti bahawa hiburan, kesambungan, dan produktiviti boleh digabungkan dalam satu peranti bergaya dan berbaloi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi HONOR Malaysia atau ikuti perkembangan terkini melalui laman Facebook rasmi mereka.

CATEGORIES
TAGS
Share This