Iconic JomRun KL Tower International Towerthon Challenge Kembali Lagi.

Iconic JomRun KL Tower International Towerthon kembali lagi selepas 2 tahun terhenti akibat Kovid-19 yang melanda Malaysia.  Larian Tangga terkemuka Malaysia akan berlangsung pada 14 Ogos, Ahad jam 6 pagi dan akan dijangka menarik lebih 2000 peserta.

“Kami telah mengambil langkah untuk melindungi peserta kami. Untuk mengelakkan kemalangan atau situasi buruk yang lain, pelari akan menaiki menara satu demi satu, dan pemenang akan ditentukan mengikut jumlah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan cabaran”

“Kami gembira melihat kebanyakan peserta kami setakat ini adalah warga Malaysia dan warga asing dari Singapura, Brazil, Jepun, Jerman dan banyak lagi dengan peserta tertua kami berumur 73 tahun dan yang paling muda hanya 11 tahun” kata Yi Hern

Pendaftaran untuk KLTITC kini dibuka dan ditutup pada 12 Ogos. Warganegara Malaysia yang ingin menyertai boleh menikmati kadar istimewa pendaftaran awal berharga RM80 manakala peserta antarabangsa boleh mendaftar sekarang pada harga RM120.

Pemenang dari kategori terbuka masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1000 dan trofi, tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM 500 dan trofi dan tempat kedua menerima RM250. Bagi kategori veteran, pemenang akan menerima RM 500, RM250 dan RM 100 masing-masing berserta trofi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan JomRun KL Tower International Towerthon Challenge, sila layari https://www.jomrun.com/event/JomRun-KL-Tower-International-Towerthon-Challenge-2022

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k