IKUTI RENTAK JIWA MUDA DIVA SEROJA!

Kisah sekumpulan pelajar yang mempunyai potensi seni dan sukan diceritakan oleh Diva Seroja. Mereka terkenal di kalangan murid dan kakitangan Sri Seroja bukan sahaja kerana kemahiran mereka tetapi juga kerana telatah nakal dan kegemaran mereka untuk mencipta adegan di sekolah!

Diva Seroja merupakan drama bersiri 13 episod terbitan Zamriez Golden Pictures. Drama arahan Pali Yahya ini bakal disiarkan di slot Lestary mulai 9 Jun 2023,  setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 atau strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Gabungan mantap daripada barisan pelakon berpengalaman dan baharu seperti Fasha Sandha, Puteri Balqis, Harissa Adlynn dan ramai lagi tentu membuatkan drama ini lebih menarik dan penonton tidak sabar untuk menyaksikan setiap episod.

Diva Seroja ini dianggotai oleh 5 pelajar iaitu Amanda (Puteri Balqis), Maya (Harissa Adlynn), Vivi (Amanda Tan), Shanty (Kashika Selvam), dan Leyla (Amira Syahira). Masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan sering menimbulkan masalah di sekolah kerana terbawa-bawa dengan masalah keluarga mereka di rumah. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang timbul di sekolah!

Perpindahan Cikgu Azlan (Nafiz Muaz), seorang cikgu yang memahami ahli Diva Seroja yang sedang menginjak dewasa, telah membuatkan mereka memberontak kerana tidak mahu kehilangan cikgu kesayangan mereka. Cikgu Azlan telah digantikan dengan Cikgu Suzila (Fasha Sandha), seorang guru yang berperwatakan lembut dan penyayang. Cikgu Suzila telah menarik kesemua ahli Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. Dapatkah kelima-lima mereka menerima kehadiran Cikgu Suzila dan sekaligus mengubah perilaku mereka menjadi lebih baik? Berjayakah Cikgu Suzila membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh mereka?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Diva Seroja menerusi slot Lestary, bakal bersiaran mulai 9 Jun 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam dia TV3 atau strim langsung dalam HD di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

CATEGORIES
Share This