ISU ROBOH BENGKEL DI SUNGAI TUA DITANGGUHKAN DENGAN PENYERAHAN MEMORANDUM

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai, Datuk Kalai Vanar, menyampaikan memorandum kepada pegawai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di Pejabat Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Shah Alam Selangor hari ini berhubung perkara merobohkan bengkel di Sungai Tua.

Akibat kerajaan merobohkan perniagaan mereka, seramai 14 pemilik bengkel akan kehilangan sumber pendapatan dan menderita kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka.

Katanya, pada petang 1 Ogos lalu, Amirudin bertindak balas terhadap mesej WhatsApp dengan berjanji akan bertindak segera menghentikan perobohan itu.

“Namun pada 2 Ogos lalu, 14 bengkel yang diusahakan secara sah, ada lesen perniagaan sah di Sungai Tua tetapi bekalan elektrik dan air dipotong.

“Selepas kami adukan kejadian ini kepada Menteri Besar pada hari sama, beliau membalas hantaran, bahawa akan mendapatkan tapak baharu dan akan berjumpa dengan mereka (pengusaha).

“Sehingga kini, tiada sesiapa yang tampil walaupun wakil Menteri Besar untuk berjumpa dengan pengusaha.

“Dalam negara ini Bangladesh, Nepal tiada lesen namun dibenarkan cari rezeki, kami rakyat cuba cari rezeki halal pula dihalau,” katanya.

Pemilik bengkel berharap dapat ditawarkan lokasi perniagaan baharu yang lebih sesuai untuk operasi yang dijalankan di sana. Namun, Salah seorang wakil dari operator bengkel menyatakan bahawa bengkel yang akan diganti adalah agak kecil dan tidak sesuai untuk aktiviti bengkel seperti mengecat semburan, bunyi enjin dan jentera yang memerlukan ruang yang besar.

“MPS minta kami pindah ke gerai majlis namun ia tidak sesuai kerana bersebelahan jual makan.

“Tidak sesuai kerana kami sembur cat, bunyi enjin dan mesin.

“Kami rakyat Malaysia bukan warga asing mencari rezeki untuk keluarga kenapa dianaktirikan sedemikian rupa.

“Sehubungan itu, kami amat berharap agar MB menerima cadangan kami untuk berpindah ke tempat yang sesuai bukannya menganggu peniaga-peniaga makanan yang lain,” katanya.

Perundingan dua hala telah bermula sebaik sahaja memorandum diserahkan.

Berikutan mesyuarat penyerahan memo, pemimpin SUK memutuskan untuk tidak merobohkan kawasan itu sehingga lokasi kawasan perniagaan baharu dikenal pasti.

CATEGORIES
Share This