IzzelisLuxe Memperkasa Wanita Plus Size dengan Fesyen Bergaya

IzzelisLuxe Memperkasa Wanita Plus Size dengan Fesyen Bergaya

Dalam industri fesyen, cabaran utama yang sering dihadapi adalah kekurangan pilihan pakaian berkualiti dan bergaya untuk golongan bersaiz besar (plus size). Walaupun semakin banyak jenama fesyen yang menyedari keperluan untuk menyediakan pelbagai saiz, pasaran untuk pakaian saiz besar masih lagi terhad dan kurang memberi tumpuan kepada kehendak dan keselesaan mereka. Menyedari kekurangan ini, IzzelisLuxe muncul dengan misi untuk membuktikan bahawa fesyen tidak terhad kepada satu saiz sahaja. IzzelisLuxe bukan hanya menawarkan pakaian untuk wanita bersaiz besar, tetapi turut menitikberatkan prinsip syariah (shariah compliant) dalam setiap rekaan yang dihasilkan.

Izzati Rozeli, atau lebih dikenali sebagai IzzRoz, adalah pemilik IzzelisLuxe yang berani meninggalkan kerjaya stabilnya sebagai Pengurus Kewangan selepas tujuh tahun berkhidmat untuk mengejar impiannya dalam bidang fesyen. Izzati, yang juga seorang wanita bersaiz besar, sangat memahami kesulitan yang dialami oleh individu seperti dirinya dalam mencari pakaian yang sesuai, selesa, berkualiti, dan mengikut prinsip syariah. “Saya ingin mereka yang bersaiz besar merasa yakin dan selesa dalam berfesyen. Saya sendiri pernah melalui rasa rendah diri, takut dibandingkan dengan orang yang bersaiz kecil, dan tidak yakin untuk berjumpa orang. Itulah sebabnya saya mahu membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama,” ujar Izzati.

IzzelisLuxe mula beroperasi pada 11 November 2024 dan mendapat sambutan yang sangat positif daripada pengguna pakaian bersaiz besar. Jenama ini menawarkan pelbagai rekaan pakaian, termasuk beberapa corak dan rekaan unik yang dihasilkan sendiri oleh Izzati. Selain itu, IzzelisLuxe juga akan memulakan inisiatif amal pada Januari 2025 dengan menyumbang RM5 dari setiap pembelian produk untuk membantu Pusat-Pusat Dialisis di Selangor. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli keperluan pesakit, memperbaiki perkhidmatan seperti pengangkutan, dan mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung oleh pesakit.

Izzati berkongsi, “Ibu saya sendiri adalah salah seorang pesakit dialisis, dan saya melihat betapa besar perjuangan mereka dalam menjalani proses ini. Ada pesakit yang tidak mendapat bantuan penuh dan terpaksa menanggung kos ubat seperti tambah darah. Saya merasa bertanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan.” Melalui langkah ini, IzzelisLuxe berharap untuk memberi kesan positif bukan hanya dalam dunia fesyen, tetapi juga dalam kehidupan mereka yang memerlukan bantuan.

“Rezeki yang kita perolehi sekarang juga adalah rezeki orang lain. Saya percaya walaupun sedikit, kita boleh membantu mereka yang memerlukan,” tambahnya. Izzati berharap dengan inisiatif ini, lebih ramai orang akan sedar bahawa individu bersaiz besar berhak untuk berfesyen dengan keyakinan. Impian IzzelisLuxe adalah untuk memperkenalkan fesyen bersaiz besar yang tidak hanya bergaya, tetapi juga mengangkat martabat dan keyakinan diri mereka. “Saya mahu orang ramai melihat wanita plus size sebagai individu yang bergaya dan yakin, bukan sebagai seseorang yang dipandang rendah,” ujarnya lagi.

Dengan visi yang besar dan tekad yang kuat, IzzelisLuxe berhasrat untuk meluaskan pasaran dan memberikan peluang kepada lebih ramai wanita bersaiz besar untuk tampil bergaya dan percaya diri. Semoga usaha IzzelisLuxe diterima baik oleh masyarakat dan dapat memberi impak yang lebih besar dalam industri fesyen tanah air.

CATEGORIES
TAGS
Share This