Janna Nick Bertukar Identiti, Berjayakah Beliau Mencari Pasangan Berduet?

Pada episod yang akan datang, Janna Nick bertukar identiti kepada artis jemputan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri setelah beliau bijak memainkan peranan sebagai salah seorang penyiasat tetap di pentas I Can See Your Voice Malaysia 5.

Kelebihan yang dimilikinya sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan pengarah merupakan faktor bagi menyempurnakan misi.  Berbekalkan pengalaman beliau dan juga masak dengan selok-belok permainan yang pernah disaksikan, adakah Janna Nick akan tenang dan kekal fokus dalam membuat keputusannya?

Kehadiran Fatin Affefa, Mark Adam dan Dini Schatzmann sebagai panel penyiasat jemputan Malaysia 5 bersama-sama penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor dan Andi Bernadee menggamatkan lagi suasana pentas minggu 11 I Can See Your Voice Malaysia 5 serta membuatkan penonton tidak kering gusi menonton episod ini dengan gabungan mereka berlima.

Selain itu, terdapat berlakunya pertelingkahan diantara Janna Nick dan salah seorang panel penyiasat jemputan minggu ini dan siapakah gerangan tersebut?  Semuanya akan terjawab di I Can See Your Voice Malaysia 5 pada hari Ahad in!

ICSYVMY5 ini dibawakan oleh Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM rakan radio, Oh Bulan, Xtra, dan Senang Terhibur sebagai rakan digital.   Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, pada setiap Ahad, 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di http://www.tonton.com.my.  Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

CATEGORIES
Share This