JAYA GROCER DAN GRAB MALAYSIA TAWARKAN TIGA (3) INISIATIF PAYUNG RAHMAH

Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini telah melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia yang diadakan di Jaya Grocer, KL East Mall, Kuala Lumpur.

Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia merupakan sebahagian daripada kerjasama antara KPDN dan kedua-dua syarikat tersebut. Untuk makluman, pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia berikutan peningkatan kos sara hidup

Menerusi kerjasama ini, Jaya Grocer dan Grab Malaysia akan menawarkan promosi eksklusif melalui tiga (3) inisiatif di platform Grab:

  • Pakej RAHMAH – Tawaran pakej “Mix & Match” dari serendah RM18 di GrabFood.
  • Jualan RAHMAH – Diskaun sehingga 40% untuk barangan keperluan harian, eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart.
  • Bakul RAHMAH – Menyokong komuniti pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas.

Pada masa yang sama, sebanyak hampir 1,000 perniagaan telah mengambil bahagian dalam Inisiatif Payung RAHMAH bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia, peniaga dan rakan kongsi penghantaran juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan permintaan dan peluang pendapatan tambahan.

KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.

Di bawah Program Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Program Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k