KABINET DIROMBAK: LIMA MUKA BARU DAN SATU MENTERI DIGUGURKAN
Sebelum menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan, Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan, yang akan bermula pada pukul 2.30 petang nanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan kabinet di pejabatnya pada pukul 11 pagi tadi.
Anwar juga sempat berkongsi berkenaan ahli jemaah menteri baharu yang keseluruhannya berjumlah 60 orang, namun jumlah keseluruhan ahli jemaah menteri ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan 70 orang barisan kabinet pada ketika pentadbiran sebelum ini.
Justeru, terdapat lima menteri baru yang dilantik sebagai ahli jemaah menteri baru baru ini adalah, Gobind Singh Deo, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Johari Ghani, Steven Sim dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Manakala, menteri yang digugurkan dari kabinet ialah YB Sivakumar a/l Varathraju.
Jumlah keseluruhan menteri meningkat dari 28 orang ke 31 orang.
Sementara itu, lima timbalan menteri yang baharu adalah Datuk Seri Noraini Ahmad, M Kulasegaran, Dato Ramanan, Wong Kah Wohdan Dr. Zulkifli Hassan yang menggantikan dua timbalan menteri yang digugurkan iaitu, Ramkarpal singh dan Datuk Siti Aminah Aching.
Demikian, jumlah keseluruhan timbalan menteri meningkat daripada 27 kurang daripada 29 orang.
Berikut adalah senarai nama dan jawatan ahli jemaah baharu bagi ahli kabinet 2024 :
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: YB Lim Hui Ying
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: YB Datuk Hajah Rubiah Wang
Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Dato’ sri Fadhilah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Luar Negeri : Dato’ Seri Mohamad Hassan
Menteri Komunikasi: YB Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi: YB Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan Tinggi: Dato seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Menteri Digital: YB Gobind Singh Deo
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan): YB Dr. Zaliha Mustafa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali