KamiSempoi International Agency (KSIA) Raih Pengiktirafan Utama Sebagai Top TikTok Agency di Asia Tenggara

KamiSempoi International Agency (KSIA) dengan bangga mengumumkan pencapaian mereka setelah lebih dari dua tahun beroperasi sejak Disember 2021. Dalam tempoh yang singkat itu, KSIA telah mendapat pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan salah satu daripada Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara. Kejayaan ini menandakan kedudukan KSIA sebagai agensi TikTok terkemuka di rantau ini, yang telah melahirkan banyak pencipta kandungan dan pempengaruh di platform media sosial tersebut.

Bukan sahaja itu, KSIA juga telah memperluaskan kehadiran mereka ke Singapura dan Indonesia, dengan lebih daripada 1300 live host TikTok di Malaysia, 100 di Singapura, dan 550 di Indonesia. Mereka juga mempunyai 21 sub-agensi di bawah sayap mereka. Kesemua ini adalah bukti komitmen KSIA untuk memberikan platform kepada individu yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendapatan sebagai host live TikTok.

Sejajar dengan kejayaan ini, KSIA telah membuat pembaharuan dalam logo dan penjenamaan mereka, menandakan komitmen mereka untuk terus memperbaharui diri dalam dunia pemasaran digital. Mereka juga menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk mengiktiraf pencapaian live host TikTok dan sub-agensi mereka yang telah membantu meningkatkan nama KSIA sebagai pemain utama dalam industri agensi TikTok.

Pengasas KSIA, Pakcik Chin Swee, menyatakan bahawa kejayaan mereka adalah hasil daripada kesungguhan mereka dalam memberikan latihan kepada live host TikTok mereka. Latihan ini disediakan secara percuma, baik oleh KSIA mahupun oleh sub-agensi mereka. Fokus utama latihan ini adalah untuk mengasah kemahiran mencipta konten yang menarik dan bermanfaat, serta bagaimana untuk berinteraksi dengan pengikut dengan efektif.

Pakcik Chin Swee menekankan pentingnya konten yang bermanfaat dan mengelakkan konten yang bersifat mengemis. KSIA berusaha untuk memastikan bahawa live host mereka memahami garis panduan komuniti TikTok dan dapat menghasilkan konten yang mematuhi standard yang ditetapkan. Mereka percaya bahawa dengan bimbingan yang tepat, live host TikTok mereka dapat menjadikan platform tersebut sebagai sumber pendapatan yang stabil.

KSIA juga komited untuk membantu individu dari pelbagai latar belakang menjadi live host TikTok. Mereka telah melihat kejayaan dari pelbagai golongan, termasuk selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumah tangga, dan golongan kurang upaya. Banyak daripada mereka telah menjadikan live hosting sebagai kerjaya sepenuh masa, dengan pendapatan yang mencapai enam digit.

Di antara selebriti yang bekerjasama dengan KSIA adalah Riezman Khuzaimi, Nita Hamzah, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa, dan Achong Sweetchild. KSIA memberikan kelonggaran kepada selebriti dalam menjalani latihan, memahami komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka.

Perlatikan Riezman Khuzaimi sebagai duta KamiSempoi International Agency

Pada sidang media ini, aktor Riezman Khuzaimi atau Abang Don telah dilantik sebagai duta KamiSempi International Agency. 

Menurut Pakcik Chin Swee, pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA. 

“Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif. 

“Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya. 

Sementara itu, Riezman pula  berkata, permilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA. 

“Insya Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya. 

Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2023

Bagi meraikan pencapaian KSIA mengukuhkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara, sebuah penganjuran acara berbentuk anugerah iaitu KamiSempoi Golden Award 2023 telah diadakan di Exhibition Hall, Pavilion Bukit pada 20 April lalu. 

Sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 

Pakcik Cin Swee berkata, selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat merfeka menganjurkan acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan mereka yang telah bekerja-keras selama ini. 

“Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini. 

“Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah ini di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This