KARNIVAL JOM HEBOH GEGARKAN PUTRAJAYA

PUTRAJAYA 25 JUN 2022. Antara aktiviti menarik di gerai pameran NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali dengan acara padang tahunan terbesar sejak 2003 yang sentiasa di nanti-nantikan oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya yang berkeluarga untuk bersama-sama berhibur dan merakam memori indah. KJH ini berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya.

Kemunculan KJH ini bermakna apabila Malaysia Book of Records telah mengiktirafkannya sebagai Karnival Jom Heboh Acara Padang Paling Lama di Malaysia pada tahun ini.

Pelbagai booth disediakan oleh Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia dan WOWSHOP dengan aktiviti – aktiviti menarik serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular. Para pengunjung dapat menyaksikan bagaimana siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi dijalankan. Mereka juga berpeluang untuk berkaraoke bersama-sama dengan artis jemputan. Tidak ketinggalan juga peluang untuk beramah mesra dengan barisan pelakon Drama Sangat iaitu Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus) dan Ummi Nazeera & Zara Zya (Risik Pada Hati) manakala Sophia Albarakbah & Nazeera Sardi (Air Mata Allisya) dan Ruzana Ibrahim & Salina Saibi (Gerak Khas Undercover 2). Hujung minggu anda bersama keluarga bertambah bermakna apabila dapat merakamkan memori indah bergambar dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

PUTRAJAYA 25 JUN 2022. Antara aktiviti menarik di gerai pameran NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Bagi menyemarakkan lagi suasana di KJH, raikan Hari Rekriasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan acara-acara menarik seperti zoo pelihara di Festival Pecinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing, Flying Fox, senamrobik, mini penalti, bola bowling dan banyak lagi.

Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tag #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k