Kemeriahan Raya Dengan Koleksi ‘Raya Series’ Varisha, Amira Othman Sebagai Duta!

Kemeriahan Raya Dengan Koleksi ‘Raya Series’ Varisha, Amira Othman Sebagai Duta!

Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaru mereka, “Raya Series”, yang berlangsung dari 9 hingga 12 Januari 2025 di Central i-City, Shah Alam. Pelancaran koleksi ini juga menjadi platform istimewa untuk meraikan pelantikan Amira Othman sebagai duta selebriti rasmi Varisha, di samping melancarkan lagu terbaharu beliau, “Bila Nak Kahwin”.

Lagu “Bila Nak Kahwin” yang dikeluarkan oleh Sony Music Malaysia ini turut merangkumi kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures dan telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025. Sementara itu, video muzik bagi lagu ini akan mula disiarkan pada 11 Januari 2025, pukul 3 petang. Lagu pop yang penuh emosi ini adalah hasil ciptaan komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K, bersama Amira Othman sendiri.

Sebagai sebahagian daripada acara pelancaran koleksi “Raya Series”, Varisha memperkenalkan Ultra Comfort Cotton Voile, satu fabrik istimewa yang direka menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelembutan yang luar biasa, ketahanan tinggi, serta reka bentuk elegan yang sangat sesuai digunakan pada hari biasa mahupun acara khas. Material ini tidak hanya memberikan gaya dan keanggunan, tetapi juga keselesaan optimum, mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika, menjadikannya pilihan sempurna untuk pemakaian seharian.

Pada 11 Januari 2025, acara kemuncak pelancaran koleksi ini akan berlangsung antara pukul 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan membuat persembahan eksklusif dengan lagu baharu beliau, “Bila Nak Kahwin”, serta beberapa lagu hit seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”. Pengunjung juga berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen khas “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman”, yang dijangka menarik ramai peminat.

Varisha juga telah menjalankan pelbagai inisiatif promosi seperti kempen media sosial, kerjasama dengan influencers, dan kolaborasi dengan Key Opinion Leaders (KOLs) untuk memastikan pelancaran koleksi ini berjalan lancar dan mencapai kejayaan besar. Langkah-langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita dalam bergaya setiap hari.

Dengan slogan Varisha for EVERYONE, EVERYDAY, Varisha terus komited untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita moden, memastikan mereka tampil yakin dan selesa setiap hari.

CATEGORIES
TAGS
Share This