Kerjasama Magnum dan KLFW Meraikan Pengalaman Premium

Jenama aiskrim terkenal, Magnum, menyambut kerjasama pertamanya dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan menampilkan rekaan eksklusif daripada dua jenama tempatan, SHALS dan Tact. Rekaan ini diilhamkan daripada kelazatan aiskrim Magnum, menyatukan kenikmatan dengan fesyen secara sempurna.

Penampilan perdana Magnum di pentas peragaan melambangkan perpaduan kreativiti, keanggunan, dan pencarian kenikmatan sejati. Kolaborasi ini bersama pereka tempatan SHALS dan Tact menyerlahkan gabungan sempurna antara glamor dan kemewahan, sejajar dengan semangat Magnum untuk mencipta pengalaman yang luar biasa.

“Di Magnum, kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan pengalaman yang memecah sempadan demi menawarkan kenikmatan sebenar. Kami sangat teruja untuk membawa kerjasama sulung ini bersama KLFW kepada pencinta kenikmatan di Malaysia. Pertemuan antara Magnum dan fesyen ini adalah penyatuan sempurna antara kenikmatan dan gaya,” kata Pengurus Jenama Ais Krim Magnum Malaysia, Leow Chi Shen.

“Kolaborasi ini bagi kami adalah satu perjalanan penuh semangat dan inovasi,” kongsi Pengasas SHALS, Shalma Ainaa, yang terkenal dengan rekaannya yang selesa, anggun, dan bergaya. “Menggabungkan semangat Magnum ke dalam fesyen adalah pengalaman yang sangat mengujakan, mendorong kami untuk meneroka dimensi baharu dalam mengangkat gaya dan kenikmatan.”

Pengasas Tact, Ridduan Ttfga Ismail, yang terkenal dengan pendekatan minimalis, turut berkongsi sentimen yang sama. “Dedikasi Magnum terhadap kenikmatan sejajar dengan falsafah reka bentuk kami. Saya amat berbesar hati untuk menterjemahkan semangat kembara jenama itu ke dalam fesyen,” ujar beliau.

“Kerjasama ini melambangkan kreativiti dan kemewahan, dan saya bangga untuk mempersembahkan inovasi ini dalam semangat fesyen dan kenikmatan. Kami di KLFW sentiasa meraikan kreativiti dan seni. Kini, kami teruja untuk menyampaikan pengalaman deria yang unik dan serasi dengan penonton kami, menggabungkan dunia fesyen dengan kenikmatan mewah,” kata Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan.

Kerjasama dengan KLFW ini juga merupakan pencapaian penting untuk Magnum. Ia bukan sahaja menegaskan komitmen jenama terhadap pengalaman premium dan kualiti, tetapi juga dedikasi berterusan untuk menginspirasi kreativiti dan keseronokan dalam setiap pengalaman, dipacu oleh semangat “True to Pleasure”.

Bagi memeriahkan lagi acara, Magnum memperkenalkan perisa baharu, Magnum Mango Yoghurt Parfait, yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Dengan gabungan tekstur yogurt yang lemak berkrim dengan kemanisan tropika mangga, ia menawarkan pengalaman mewah yang mengujakan dan menyegarkan.

Kolaborasi ini mencerminkan bagaimana Magnum terus membawa inovasi dalam dunia aiskrim sambil menggabungkan unsur-unsur mewah dalam setiap langkahnya.

CATEGORIES
TAGS
Share This