Kerjasama Tiga Penjuru UNITAR-UPNM-PRIHATIN untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan Pendidikan tinggi untuk memacu pertumbuhan negara

 

Universiti Antarabangsa UNITAR (“UNITAR”), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (“UPNM”), dan Yayasan Prihatin Nasional (“PRIHATIN”) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman tiga pihak yang bertujuan untuk membangunkan, menyokong dan memperkaya penyelidikan dan pembangunan pendidikan tinggi untuk memacu pertumbuhan negara.

Sempena majlis tersebut yang telah di adakan di kampus induk UNITAR di Kelana Jaya, dan sebagai sebahagian daripada aktiviti Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (“JPKM”), turut diadakan acara penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”) kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang termasuk computer riba, wang tunai dan keperluan kelengkapan diri.

YB Datuk Seri Jalaludin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan turut menghadiri dan menyempurnakan program majlis dengan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut.

Menurut Naib Canselor UNITAR, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr.Sahol Hamid Bin Abu Bakar, UNITAR, yang meraikan sambutan jubli peraknya yang ke -25 tahun ini, adalah university maya pertama di Asia Tenggara yang mampu mewujudkan inisiatif dan aktiviti berasaskan teknologi, seperti pembelajaran dalam talian yang telah menjadi nadi dan kepakaran UNITAR yang telah diiktiraf ramai dalam industry Pendidikan.

 

Tambah beliau, UNITAR kini mempunyai Sekolah Pengajian Siswazah, yang menempatkan segala program akademik dan inisiatif berkaitan pasca siswazah dengan lebih daripada 50 profesor adjung, yang terdiri daripada para pemimpin industry berkepakaran, berpengalaman dan berkaliber. Beliau yakin bahawa pengetahuan mereka yang mendalam berserta pengalaman yang luas di dalam industry akan memberikan nilai tambah kepada segala bentuk Kerjasama antara UNITAR, UPNM dan PRIHATIN.

Berikutan perbincangan antara UNITAR dan UPNM, kedua-dua university melalui pemeterian Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak hari ini, berhasrat untuk mewujudkan Kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan Pendidikan tinggi dalam bidang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua industry seperti:

  • Menjalankan kolaborasi latihan pemindahan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran dalam talian;
  • Melaksanakan sangkutan staf (staff attachment) kepada staf akademik dan bukan akademik;
  • Membangynkan kolaborasi penyelidikan dalam bidang-bidang tujahan yang berkaitan; dan
  • Melaksanakan program-program akademik dan lain-lain program yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak, misalnya Micro-Credentials.

Menurut Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya bin Abdullah, pihak UPNM beraspirasi dan sentiasa percaya bahawa setiap ahli masyarakat, khususnya anak-anak muda yang berasal dari keluarga berkeperluan, mesti diberikan sokongan yang sewajarnya dan peluang untuk menda[at akses Pendidikan terbaik. Dalam merealisasikan Hasrat ini, UPNM berasa bahawa UNITAR dan PRIHATIN adalah rakan-rakan strategik yang sesuai untuk sama-sama berkonsgi wadah sepunya untuk membina upaya mahasiswa sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

Beliau menambah bahawa sebagai antara Universiti Swasta terawal ditubuhkan di Malaysia, UNITAR amat terkenal dan disegani dengan prestij serta kehebatannya dalam penawaran pelbagai program pengajian, manakala ekosistem PdP dalam talian bertaraf global yang menerima penarafan QA 5 Bintang adalah pencapaian yang menjadi bukti kerja keras warganya. Sesungguhnya, beliau berasa bahawa peningkatan kapasiti UNITAR yang begitu luar biasa, menjadi inspirasi dan contoh terbaik dalam amalan tadbir urus kepada university lain termasuk UPNM. Justeru, beliau percaya Kerjasama UPNM dengan UNITAR akan membuahkan hasil yang baik untuk memacu perkembangan positif dalam penyelidikan dan Pendidikan tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali, matlamat mereka sebagai rakan strategik adalah agi mengangkat martabat serta menjayakan program-program berteraskan Pendidikan untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia mendapatkan ilmu pengetahuan dan mendapat peluang meneruskan pengajian ke peringkat Menara Gading.

 

Tambah beliau, MAIWP turut menjadi rakan strategik PRIHATIN sejak penubuhan yang telah banyak menyumbangkan dana bagi memastikan program-program PRIHATIN terlaksana, seperti penyerahan computer riba bagi Bantuan Pendidikan JPKM hasil sumbangan dana daripada MAIWP kepada anak-anak Wilayah Persekutuan yang layak pada majlis hari ini.

Beliau berharap agar PRIHATIN dapat memeteraikan perjanjian dan berkerjasama dengan lebih banyak Institusi Pengajian Awam mahupun Swasta serta agensi kerajaan bagi membantu dan meringankan beban lebih ramai anak-anak Keluarga Malaysia, measyarakat dan rakyat Malaysia yang terkesan dan tidak bernasib baik di samping kita juga dapat menyahut seruan kerajaan yang menekankan prinsip ‘Keluarga Malaysia’.

Beliau turut merasakan bahawa melalui Kerjasama Prihatin bersama UNITAR dan UNPM, pelbagai aktiviti dan program dapat dirancang dan dilaksanakan bersama dalam pembangunan pelajar yang berdaya saing kea rah melahirkan modal insan dalam kalangan graduan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.

 

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k