Konsert 25 Tahun Rabbani

Menurut Azadan, ahli Rabbani, Konsert Ulang Tahun ke-25 Simfoni Kesyukuran Rabbani kumpulan nasyid yang disukai ramai itu mungkin akan menjadi persembahan terakhir mereka.

Tinggal 8 hari lagi sebelum kami turun berkampung di Johor Bahru untuk Konsert 25 Tahun Somfoni Kesyukuran Rabbani. Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang akan menjadi saksi persembahan yang akan diadakan penuh gilang gemilang.

Konsert ini adalah hasil dari kolaborasi Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya bersama Rabbani Empire Resources.

Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. Kita bangkit bersama dari ujian pandemik.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k