KONSERT FAZTIVAL FAZURA 2022 DIKHASKAN UNTUK PEMINAT

Konsert Faztival Fazura 2022

 

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin bakal menganjurkan konsert Faztival Fazura 2022 pada 11 September depan yang akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan dan dari Indonesia, khas untuk para peminat dan penyokong beliau.

 

Nur Fazura atau lebih dikenali mesra sebagai Faz rasa bersyukur dan teruja kerana dapat menghimpunkan ramai nama besar untuk konsert ini yang juga merupakan penyanyi dan kumpulan muzik terkemuka kegemaran beliau.

 

“Alhamdulillah Faz bersyukur kerana konsert ini akhirnya dapat juga direalisasikan kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama dengan rakan-rakan seni yang amat saya kagumi di bawah satu acara yang gilang gemilang.” kata Fazura semasa ditemui di majlis sidang media ‘FAZTIVAL FAZURA 2022’ di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

 

Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk meraikan para peminat Fazura yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya beliau dan juga rangkaian produk jenama Fazura yang diasaskan oleh beliau termasuk hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty, dan rangkaian fesyen serta aksesori Fazbulous.

Dikhaskan untuk semua peminat Fazura

 

Konsert ini juga dianjurkan untuk meraikan para stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang menunjukkan pencapaian yang terbaik dan konsisten sepanjang menjadi wakil jualan produk jenama Fazura. Mereka merupakan nadi dalam menggerakkan program Fazura Rewards, di mana pelbagai barangan ekslusif dapat ditebus menggunakan mata ganjaran yang dikumpul.

 

“Konsert ini bakal ditunjangi oleh dua penyanyi luar negara yang tidak asing lagi dari Indonesia, Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani berserta isterinya, Mulan Jameela yang sudi untuk membuat persembahan di konsert sulung Faztival Fazura 2022 ini.” jelas beliau.

 

Selain penyanyi dari Indonesia, konsert Faztival Fazura 2022 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil juga mengemukakan nama-nama terkemuka tempatan seperti Dato’ M.Nasir, Dato’ Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Konsert gilang gemilang tersebut juga bakal disertakan dengan persembahan dari kumpulan Ruffedge Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi pada malam Ahad tersebut.

 

“Harga tiket pula sudah tentunya harga yang mampu dimiliki, kerana #miliksemua sudah begitu sinonim dengan jenama Fazura.”

 

“Selain dari persembahan hebat dari para artis yang Faz kagumi ini, beberapa kejutan istimewa juga bakal kami tampilkan semasa konsert ini kelak, Inshaa-Allah. Saya berharap agar penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya supaya dapat dijadikan sebagai konsert tahunan, Inshaa-Allah,” tambah Fazura lagi.

Konsert Faztival Fazura 2022 yang bakal berlangsung di Axiata Arena

 

Konsert Faztival Fazura 2022 ini diuruakan oleh Icon Entertainment dan tiket bakal dijual pada 19 Ogos 2022 dengan harga yang bermula dari RM147 melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my atau talian hotline WhatsApp di +6 0199919055

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k