KONSERT REPVBLIK BERLANGSUNG PADA 11 OGOS 2023 DI ZEPP KUALA LUMPUR

Repvblik Band berjaya memikat peminatnya dalam ‘Konsert Repvblik 19th Anniversary Live in Kuala Lumpur’ Jumaat lalu pada 11 Ogos 2023 yang bertempat di Zepp, Kuala Lumpur. Seramai 1,700 peminat yang hadir bagi meraikan kehadiran ulang tahun band dari Indonesia itu.

Kumpulan muzik berasal dari berasal dari Bogor, Indonesia yang cukup popular dengan lagu-lagu cinta seperti Sandiwara Cinta, Sayang Sampai Mati, Selimut Tetangga dan banyak lagi telah mengadakan konsert istimewa sekaligus meraikan sambutan ulang tahun ke-19 mereka.

Konsert anjuran Aytie Management dan Boomset Planning menyajikan sebanyak 20 buah lagu kepada peminat dengan menggabungkan karya-karya baharu dan lama.

Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) membuai perasaan penonton dengan lagu-lagu cinta sepanjang konsert berdurasi hampir dua jam setengah ini. Pelbagai seleksi lagu-lagu yang menjadi kegemaran peminat dipersembahkan seperti Aku Yang Terluka, Sandiwara Lagi, Andaikan, Selingkuh dan banyak lagi.

Repvblik yang dianggotai Ruri, Tyar, Eii, dan Lavy turut berkongsi rasa teruja mereka dapat kembali ke Kuala Lumpur dan tampil untuk membuat persembahan di hadapan peminat.

Konsert berdurasi dua jam setengah itu menyaksikan Repvblik mempersembahkan lagu-lagu popular mereka. Antaranya, Hanya Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga. mereka juga mempersembahkan lagi popular Malaysia iaitu Buih Jadi Permadani atau Mengintai Dari Tirai Kamar yang dipopularkan kumpulan Exist.

Kesimpulannya, kumpulan Repvblik dapat membuatkan hampir 1,700 penonton terpukau dan sangat berpuas hati dengan persembahan mereka pada minggu yang lalu.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k