Konsert Search Rockin on Rooftop Menjadi Fenomena Luar Biasa

Seramai 3,000 peminat yang menghadiri ke Konsert Search Rockin On Rooftop Di Kompleks Campbell untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan lagenda tanah air iaitu Search dengan penampilan vokalis daripada negara seberang iaitu Denden Gonjalez.

Walaupun hujan lebat di lokasi konsert, namun ia tidak mematahkan semangat Search untuk meneruskan persembahan yang terbaik dengan menyajikan lagu khas untuk peminat yang hadir.

Selain itu, beberapa rakan artis turut turun padang untuk memberikan sokongan dan menyaksikan Konsert Search Rockin on Rooftop seperti Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip.  Ratu rock negara, Ella turut ditampilkan bersama untuk berduet dengan Denden Gonjalez melalui persembahan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan.

Kid selaku pemain gitar berkata “Kami risau sebab hujan seperti tidak akan berhenti namun hujan adalah rezeki buat kami… Alhamdulillah.  Tidak sangka kehadiran peminat yang cukup luar biasa walaupun terpaksa bermandi hujan. Kami berpeluang bersama dalam waktu yang agak singkat.  Namun, kami gandakan usaha dan latihan.  Akhirnya kami dapat hasil yang baik malam tadi.”

Selain Kid, Denden dan Din, Konsert Search Rockin on Rooftop turut menampilkan Yan yang bermain bes dan Min (drum).

“Pada mulanya gementar untuk menyanyi di hadapan peminat Search.  Namun selepas itu, semuanya okay.  Maklum balas peminat di Indonesia juga baik.  Terima kasih untuk semuanya kerana terus menyokkong kami.  Saya akan ingat malam ini sampai bila-bila” ujar Denden Gonjalez.

Sebanyak 17 belas lagu yang dipersembahkan sepanjang konsert yang berlangsung selama dua jam.  Berikut adalah senarai lagu:

  1. Bencana
  2. Metropolitan
  3. Pasti
  4. Purnama
  5. Melastik Ke Bintang
  6. Di Pintu Sepi
  7. Bersalah Atau Tidak
  8. Rock N Roll Pie
  9. Emannuelle
  10. Melayar Bahtera
  11. Bayangan
  12. Diari Habil & Qabil
  13. Fantasia Bulan Madu
  14. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  15. Teguh
  16. Neo Romantik
  17. Wasted Years
CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k