Konsert Slam Nurkasih himpunkan peminat di Zepp KL, 6 Ogos depan

Pada 6 Ogos 2023 di Zepp Kuala Lumpur telah berlangsung Konsert Slam Nurkasih yang bermula pada jam 8.30 malam. Sekali lagi kumpulan SLAM tampil untuk meghiburkan para peminatnya dengan menggunakan tajuk lagu ‘Nurkasih’. Seramai lebih kurang 2000 peminat memenuhi ruang berprestij pada malam tersebut.

Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak mungkin Berpaling, Rindiani serta puluhan lagu hits malar segar yang telah di hasilkan oleh kumpulan SLAM.

Kehebatan Kumpulan SLAM yang ditunjangi oleh Shah, Eddie, Lili, Man dan Zamani memberi Satu aura yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka pasti di nantikan serta mendapat sambutan hangat dari peminat.

Konsert yang di beri judul NurKasih, yang merupakan salah satu jodol lagu hits Kumpulan SLAM, ia juga membawa maksud KASIH dan SAYANG SLAM kepada peminat yang di ibarat kan seperti sentiasa memberikan CAHAYA (NUR) kepada Kumpulan SLAM selama ini.Konsert ini juga antara hadiah istimewa SLAM kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong mereka selama ini.

Konsert ini dibawakan oleh AV Group & WMD Event selaku penganjur utama serta Belbis sebagai rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik konsert ini.

Konsert dimulakan dengan lagu Kembali Merindu disusuli dengan lagu Biarkannya, Buat Seorang Kekasih, Suratan Entah Mengapa, Kurnia, Rindiani, Sinar Menunggu, dan Maria Mariana.

Seterusnya untuk segmen kedua pula lagu Manisnya Rindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Tak Mungkin Berpaling, Kita Terpaksa Bermusuhan, Nurkasih, Gerimis Mengundang, Mentari Muncul lagi dan diakhiri dengan Kembali Terjalin.

Walapun pada pertengahan konsert, peminat agak tergamam seketika apabila Zamani penyanyi utama kumpulan tersebut tiba-tiba hilang. dan dikatakan terpaksa berhentikan konsert kerana beliau dikatakan tidak sihat. Namun muncul kembali untuk menyambung nyanyiannya. Rupanya itu hanyalah sebuah ‘gimmick’ untuk diingati peminatnya sampai bila-bila.

Keseluruhannya peminat SLAM terhibur dengan konsert pada kali ini dan masih menantikan konsert SLAM pada masa akan datang.

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k