KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER AKAN DIADAKAN PADA 16 DISEMBER 2023

Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya.

Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa!

‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu.

‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak sebagai Rakan Strategik bakal ‘meluaskan’ kuasa jajahan takluknya di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini. Pastinya dimensi berbeza dari pada konsert-konsert sebelum ini bakal diterjemahkan menerusi nada, melodi, aksi dan energi Wings itu sendiri.

Berpaksikan peminat adalah segala-galanya, maka ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ menawarkan harga ‘mampu’ buat mereka yang selama ini mengangkat Wings sebagai sebuah ‘jenama’.  Lebih menarik ini adalah antara konsert Wings yang memberikan harga tiket yang rendah berbanding siri konsert sebelumnya.

Bukan hanya penawaran tiket harga ‘rahmah’ tetapi turut memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka yang berusia 7 tahun keatas (dengan tiket), diskaun 10% bagi pemegang kad OKU dan pemegang kad pelajar untuk bersama-sama menikmati wirama ‘Belenggu Irama’ hingga ‘Menakluk Kosmos’ yang menjadi terapi jiwa khalayak sejak dahulu hingga kini. (Rujuk nota dibawah untuk keterangan lanjut)

Mungkin dianggap ‘berat’, tetapi percaya pada maksud fatamorgana yang diimplimentasikan dengan unsur teaterikal dan elemen pementasan, permainan cahaya, paparan video, kostum menarik dan perjalanan sesebuah kisah yang disenyawakan dengan lagu yang bakal disajikan.

Inilah keistimewaan ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dimana mereka tidak mahu menghidangkan konsep yang sama yang kerap diulang-ulang

Konsert ini disokong oleh Sinar FM(Radio Rasmi), ERA FM dan Gegar FM (Support Radio Official), Astro Gempak sebagai rakan rasmi digital media serta dengan kerjasama True Pixel dan Sayap-Sayap Wings.

Peminat yang ingin berkongsi frasa dasawarsa ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ boleh mendapatkan tiket konsert yang berharga RM95 – CAT 5 Free seating, RM135 – CAT 4 Free seating, RM175 – CAT 3 Free seating, RM155 – CAT 2 Free seating, RM205 – CAT 1 Free seating

RM125 – Rockzone Free standing, RM355 – Rock Gold numbered seat, RM335 – Rock Silver numbered seat, RM455 – Rock Emperor numbered seat. Pembelian boleh di buat dengan melayari

https://wings.ubertickets.asia.

* Golongan OKU tidak dilupakan, pemegang-pemegang  kad OKU layak membeli tiket dengan harga istimewa bagi kategori Rock Gold dan Rockzone sahaja (1 kad OKU 1 tiket) via https://wings.ubertickets.asia

** Harga pelajar juga ditawarkan atas permintaan ramai! Pemegang-pemegang kad pelajar IPT seluruh Malaysia yang masih aktif bakal menikmati 10% diskaun bagi pembelian tiket Rockzone sahaja, via https://wings.ubertickets.asia

** Pakej korporat bagi pembelian secara pukal turut ditawarkan, sila whatsapp 0192888092 untuk keterangan lanjut

 

 

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k