Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

KPDN tumpaskan aktiviti seleweng LPG di Mantin

Dalam satu (1) serbuan di lokasi tidak dikenal pasti di Mantin, Negeri Sembilan pada 13 Jun 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menghentikan operasi gas petroleum cecair (LPG) atau decanting.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 11.00 malam itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan selama dua (2) minggu sebelum operasi dilakukan.

Semasa serbuan, seorang individu lelaki didapati sedang leka melakukan aktiviti pemindahan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong LPG berkapasiti 14kg bersubsidi kepada tong LPG berkapasiti 50kg. LPG 50kg itu seterusnya akan dijual kepada pihak industri dengan harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar mengikut pasaran.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli LPG 14kg bersubsidi terus daripada lori-lori penghantaran LPG di sekitar daerah Sepang, Nilai, Mantin dan Broga. LPG bersubsidi tersebut kemudiannya 2 akan dibawa ke stor haram terbabit seterusnya akan dipindahkan ke tong LPG 50kg untuk kegunaan industri.

Beberapa tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 12kg, 14kg dan 50kg, kenderaan jenis lori 2.5 tan, alat penimbang pelantar elektronik, hos penyambung, telefon bimbit serta beberapa dokumen perniagaan lain yang turut ditemui telah disita bagi siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000.00.

Seorang lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan awal 40 an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta mengenalpasti rantaian pengedaran LPG terbabit.

KPDN ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) 3 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini. Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Kementerian juga akan sentiasa menggerakkan anggota penguat kuasanya dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan serta pemantauan 4 bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibendung daripada terus berleluasa di seluruh Negara.

Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh mengakibatkan impak negatif kepada rakyat dan Negara.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

  • WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
  • Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my;
  • Call Centre 1-800-886-800;
  • E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my);
  • Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, dan;
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k