Kuala Lumpur Bersedia Sambut Andra & The Backbone Dalam Persembahan Spektakular

Mungkin hanya segelintir peminat muzik di Malaysia yang mengenali Andra & The Backbone dan mengenai peranannya sebagai ‘pendukung’ Dewa 19.

Namun, bagi kelompok peminat Dewa 19 yang sering dipanggil sebagai Baladewa dan Baladewi, pastinya telah sering mendengar nama Andra disebut. Meskipun muzik Andra & The Backbone memiliki ciri yang lebih berat daripada Dewa 19, terdapat persamaan yang menarik, terutamanya dalam aspek lirik cinta yang memikat.

Vokal Dedy yang memiliki suara ‘husky’ tampaknya cocok dengan aliran muzik Andra & The Backbone. Dengan kata lain, kolaborasi antara Andra, Dedy, dan Stevie, yang juga merupakan anggota band death metal Deadsquad, memberikan dimensi yang sangat berbeza dalam muzik band ini.

Jadi, dalam muzik yang dipenuhi warna-warna unik ini, jelas bahawa konsert mereka akan menjadi satu pengalaman yang sangat mengasyikkan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai konsert mereka yang akan datang. Sertai kami dalam malam yang penuh kenangan dan kejutan!

Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur.  Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai ‘opening Act’ untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.

Setelah 17 tahun membina empayar, ‘Andra & The Backbone’ sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’.  Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

Bagi pihak Qew Comm, pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19.  Selain itu mereka juga percaya bahawa Andra & The Backbone punya kelompok peminat mereka sendiri.

Mereka juga percaya bukan hanya kelompok peminat rock tetapi peminat muzik ‘berat’ juga bakal hadir ke konsert itu nanti kerana ukhwah di kalangan mereka cukup kuat.

Menerusi jenama Andra And The Backbone mereka telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .

Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”,  “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku.

Bagi anda yang menggemari lagu-lagu yang sarat dengan mesej tersirat, ini peluang untuk menyaksikan kehebatan Andra dengan lebih dekat, apatah lagi beliau memilih untuk jadi anggota paling pendiam jika beraksi bersama Dewa19.

Konsert ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’ bakal merungkai sisi sebenar Andra, Stevie dan Dedy yang pasti memberi momen indah dan lebih ‘intim’ sekaligus memaku kesempurnaan Andra & The Backbone.

Tiket dengan harga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP) akan mula dijual bermula 12 Okt ini di myticket.asia.

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k