Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

Lagu ‘Berona’ – Single Terbaru Rizky Febian

Rizky Febian baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Berona di semua platform digital. Lagu ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang sangat mencintai kekasihnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya.

Lagu Berona yang ditulis oleh Rizky Febian sendiri ini adalah lagu pertama dari album keduanya yang berjudul BERONA. Ia akan dilancarkan pada Jumaat 21 Julai 2023. Lagu ini mengisahkan tentang ekspresi cinta mendalam yang ditunjukkan pada kekasih demi membahagiakan kekasihnya. Perasaan cinta yang makin mendalam itu membuat dia lebih yakin untuk menjalani hubungan cinta tersebut. Lagu ini berdasarkan pengalaman mereka yang sangat mencintai pasangan mereka sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja demia kehidupan bersama. Rizky Febian berharap lagu Berona song dapat mewakili perasaan pendengar dan boleh dinikmati kesemua pencinta muzik Indonesia dan negara jiran berdekatan.

Video muzik BERONA juga akan dilancarkan pada Jumaat, 21 Julai 2023 bersama dengan tarikh pelancaran album. Konsep video muziknya menceritakan seorang jejaka yang dilahir dan dibesarkan di sebuah kawasan kampung pedalaman dan jatuh cinta dengan seorang gadis. Namun walaupun mereka akhirnya bersatu, kekasihnya meninggalkannya untuk berhijrah ke bandar.  Dia menunggu khabar dari kekasihnya itu namun tidak mendapat sebarang perkembangan sehingga dia pergi mencarinya di kota.

Setelah melewati pelbagai halangan dia akhirnya bertemu kekasihnya. Namun pertemuan itu bukanlah seperti yang diharapkan, kerana dia melihat kekasihnya bersama seorang jejaka lain. Ini membuat keyakinannya pudar dan hilang arah. Sambil memikirkan nasibnya di pinggir jalan, dia menerima bantuan dari seorang lelaki yang ingin membantunya. Video muzik ini adalah kisah permulaan buat konsep video muzik lagu-lagu dalam album BERONA. Video muzik kedua bakal dilakonkan oleh beberapa pelakon dan pelawak dengan pembabitan  Rizky Febian sebagai watak tritagonis.

Rizky Febian adalah seorang penyanyi pop yang sudah lama berjaya dalam menghiburkan peminat muzik Indonesia sejak tahun 2015, lewat lagunya yang berjudul Perfection of Love. Kini, Rizky Febian berada di bawah syarikat rakamannya sendiri yang bernama RFAS Music, yang ditubuhkan pada tahun 2020. EP pertama yang mereka hasilkan adalah Garis Cinta, yang terdiri daripada tiga karya hebat iaitu Makna Cinta, Cuek, dan Mantra Cinta. Ketiga-tiga lagu ini mempunyai lebih daripada 50 juta tontonan di laman YouTube peribadi Rizky Febian.

Sejak penubuhan RFAS Music, Rizky Febian dan pasukannya telah berjaya mengadakan tiga konsert. Yang pertama pada tahun 2020 di Bandung, kedua sewaktu pandemik pada tahun 2021, serta sebuah konsert antarabangsa di Kuala Lumpur pada 2022. Kini, Rizky Febian serta pasukannya di RFAS Music sedang menyiapkan album keduanya dan juga konsert luar negara.

Single BERONA boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 11 Julai 2023 ini, video muzik BERONA akan mula ditayangkan pada 21 Julai ini secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Rizky Febian.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k