Lagu ‘CHENTAKU’ Zizan Razak dan Sonaone meletop di Tiktok
Lagu Chentaku nyanyian Zizan Razak dan SonaOne terbitan Rocketfuel Entertainment telah mencapai 1 billion tontonan di TikTok. Lagu ini juga tular dan menjadi trending di media sosial.
Lagu Chentaku nyanyian Zizan Razak dan SonaOne mencatat pencapaian membanggakan dengan meraih 1 billion tontonan di platform TikTok. Lagu ini terbukti masih digemari ramai walaupun telah beberapa tahun dilancarkan, merentas pelbagai latar belakang dan golongan.
Zizan Razak meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kejayaan lagu ini. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghasilkan konten kreatif menggunakan lagu Chentaku, yang mana secara langsung menyumbang kepada pencapaian 1 billion tontonan tersebut.
Kejayaan lagu Chentaku turut didorong oleh promosi yang dilakukan oleh para influencer dan selebriti ternama di platform TikTok. Antara selebriti yang menggunakan lagu ini dalam video mereka termasuk Mimi Lana, Syafiq Kyle, Merqeen, Leona, Imranbard, Sherry Alhadad, Nabila Razali, dan bahkan Alan Walker.
Selain versi TikTok, video lirik lagu Chentaku di saluran YouTube Rocketfuel Network juga mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan hampir mencapai 10 juta tontonan selepas 7 tahun dilancarkan.
Chentaku dilancarkan pada tahun 2017 dan menceritakan kisah seorang pemuda yang jatuh cinta pada pandangan pertama kepada seorang gadis. Namun, rasa malu dan ragu-ragu menghalanginya untuk mendekati sang gadis, sehingga cintanya hanya terpendam dalam hati.
Lagu Chentaku merupakan hasil ciptaan SonaOne, dengan Joe Flizzow bertindak sebagai penerbit eksekutif. Lirik lagu ini pula ditulis bersama oleh Zizan Razak dan Joe Flizzow.
Anda boleh menikmati lagu Chentaku di pelbagai platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube, dan YouTube Music.
Kepada para peminat Chentaku, teruskan mencipta konten kreatif menggunakan lagu ini di platform TikTok dan Instagram Reels untuk menyemarakkan lagi kejayaannya!