LAH AHMAD JATUH CINTA AT ISTANA BUDAYA

Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produksi yang  ditubuhkan pada tahun 2015 bermula sebagai syarikat pengurusan majlis, pengurusan artis,  pengendalian penaja dan pemasaran serta video korporat. Pada tahun 2018 Rubbertapper  Production House (M) Sdn Bhd mengembangkan lagi perkhidmatan perniagaan sebagai  syarikat pembekal program TV tempatan dan juga antarabangsa serta penyewaan peralatan  penggambaran TV. 

Syarikat ini diterajui oleh Qaseh Anita Abd Shukor yang mempunyai latar belakang sebagai  Pegawai Perhubungan Awam syarikat perhotelan antarabangsa dan kemudian memulakan  langkah di dalam industri ini juga sebagai Pegawai Perhubungan Awam di beberapa syarikat  penerbitan. Beliau juga aktif didalam beberapa pementasan konsert dan teater di Istana  Budaya sebagai Pegawai Pemasaran dan juga Pengarah Projek. 

Buat julung kalinya Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd menganjurkan konsert di  Istana Budaya serta memilih Lah Ahmad sebagai penyanyi utama untuk konsert ini. Konsert  ini diarahkan oleh YBhg Dato’ Haji Reduan Yusof sebagai Pengarah Projek. 

Sudah semestinya pemilihan Lah Ahmad untuk konsert ini juga adalah berdasarkan  keupayaan beliau memberikan persembahan secara langsung dan jiwa beliau yang sentiasa  memberikan persembahan terbaik kepada peminat. Serta sejarah beliau di dalam industri yang sudah pun menjangkau lebih dari 25 tahun. 

Beliau juga pernah memenangi Persembahan Vokal Terbaik di AJL ke 22. Selain tampil dengan  irama R&B, beliau boleh membawakan pelbagai genre muzik dengan baik. Sepanjang  pembabitan beliau di dalam industri ini, beliau telah menerbitkan 4 buah album. Antara lagu  yang popular adalah Sempurna dan Terbaik, Adinda, Kerna Sayang dan Ayu yang mana ia juga  dijadikan antara nama untuk tiket konsert beliau. 

 GABUNGAN PEMUZIK 

Konsert ini akan memberikan kelainan yang mana Lah Ahmad akan bergabung bersama  Orkestra Simfoni Universiti Malaya ini di bawah pimpinan YBhg Profesor Dr. Hanafi Husin iaitu  Dekan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya. 

Pemilihan lokasi konsert di Istana Budaya adalah kerana kesesuaian dengan konsep  persembahan, ia bertaraf antarabangsa dan berprestij. 

Lah Ahmad akan menghiburkan peminat selama dua jam dan anggaran 21 lagu akan  diperdengarkan. Lah Ahmad juga akan membuat kejutan dengan menjemput beberapa  penyanyi undangan. Konsert ini akan diketuai oleh En. Muhammad Shahwalnaz bin Hussin  selaku Pengarah Muzik. Beliau juga merupakan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di  Istana Budaya.

ISTIMEWA UNTUK PEMINAT 

Untuk konsert ini, Ideas Kuala Lumpur adalah sebagai penginapan rasmi yang bekerjasama  dengan Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd yang juga menaja lokasi untuk majlis  sidang media di Pool Side Bistro. 

Semoga dengan kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi industri muzik yang mana Pool Side  Bistro juga menyediakan satu tempat yang menarik untuk hiburan dimana pengunjung akan  dihiburkan dengan persembahan ‘live band’. 

Selain dari itu,peminat Lah Ahmad yang berada di luar Kuala Lumpur juga akan mendapat  harga istimewa sekiranya mereka menginap di Ideas Kuala Lumpur. 

Konsert ini juga disokong penuh oleh Radio SINAR sebagai radio rasmi. Radio SINAR juga  memberikan tiket percuma kepada para pendengar melalui kuiz yang mereka sediakan. 

Tiket konsert telah mula dijual pada 25hb Ogos yang lalu dan boleh dibeli secara atas talian  dengan melayari Lah Ahmad Jatuh Cinta Live at Istana Budaya – iLasso Ticket.

Kepada peminat yang membeli tiket AYU, mereka boleh bertemu dengan Lah Ahmad untuk  sesi Meet & Greet di Istana Budaya selepas selesai konsert berlangsung. 

Projek yang mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta My Creative  Venture ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada peminat Lah Ahmad, selain dapat  memajukan lagi industri dengan melahirkan banyak lagi konsert ataupun aktiviti seni supaya  industri ini maju seiring dengan tema Malaysia Madani. 

Kami dari Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih  kepada Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Mycreative Ventures diatas sokongan  kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan  Digital Persembahan Muzik. Sokongan pihak media juga telah mewarnai industri seni  Malaysia dan konsert ini. Kami dari pihak Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd amat  menghargainya. 

Semoga konsert LAH AHMAD JATUH CINTA LIVE AT ISTANA BUDAYA akan memberi kenangan  manis kepada peminat beliau bukan saja di Malaysia malah dari Singapura dan Brunei!

MAKLUMAT PERSEMBAHAN

TAJUK  

PERSEMBAHAN

LAH AHMAD JATUH CINTA AT ISTANA BUDAYA
TARIKH  

PERSEMBAHAN

7HB OKTOBER 2023 

HARI SABTU

MASA  

PERSEMBAHAN

8.30 MALAM
HARGA TIKET AYU RM390.00 

ULANGTAHUN RM290.00 

SEMPURNA DAN TERBAIK RM210.00 

KERNA SAYANG RM170.00 

ADINDA RM130.00

PENJUALAN  

TIKET

Lah Ahmad Jatuh Cinta Live at Istana Budaya – iLasso  Tickets

 

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k