LAPORAN KAJIAN KHAS BAZAR RAMADAN DAN AIDILFITRI 2022

Nilai jualan Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada 2022 merekodkan RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan, seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dapatan laporan ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan dari 3 hingga 29 April (bulan Ramadan). Kajian ini meliputi semua bazar yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi bagi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan 31,563 orang terlibat. Ini diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur dengan RM0.4 bilion (10,993 orang bekerja), dan JohorRM0.3 bilion (22,423 orang bekerja). Ketiga-tiga negeri ini menyumbang 55.5 peratus kepada nilai jualan keseluruhan. Di peringkat daerah pentadbiran, Petaling mencatatkan nilai jualan tertinggi dengan RM230.2 juta, diikuti Johor Bahru RM126.3 juta, dan Ulu Langat RM117.9 juta.

Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi dengan RM527.4 juta, diikuti W.P. Kuala Lumpur dengan RM359.2 juta, dan Johor dengan RM257.4 juta. Seterusnya di peringkat daerah pentadbiran, Petaling mencatatkan jualan terbanyak dengan RM213.8 juta. Ketua Perangkaan Malaysia itu juga mendedahkan bahawa Selangor mempunyai bilangan Bazar Ramadan tertinggi dengan 27,078 orang.

Selangor mencatatkan jumlah nilai jualan tertinggi dengan RM115.8 juta, diikuti Melaka RM66.7 juta, dan Johor RM44.4 juta. Dari segi bilangan orang yang terlibat di Bazar Aidilfitri, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 4,485 orang. Melaka adalah yang kedua dengan 4,.215 orang, dan diikuti oleh Terengganu2,442 orang. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang menjalankan Kajian Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas Isi Rumah (HIES/BA) 2022 dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 dan Tinjauan Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) dari 15 April hingga 30 September 2022.

DOSM turut mengeluarkan statistik ekonomi dan sosial iaitu Pocketstats yang mengandungi statistik suku tahunan dan tahunan yang boleh diperolehi daripada portal DOSM atau melalui pautan https://bit.ly/pocketstatsS1_2022

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k