MAJLIS ANUGERAH INSTITUSI PENDIDIKAN TVET@KPLB

Program yang ditawarkan oleh institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu merupakan platform terbaik untuk meningkatkan pengeluaran modal insan di negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata menerusi institusi Pendidikan TVET berkenaan, pelajar diberikan kemahiran yang membolehkan mereka menempatkan diri dalam pasaran kerja serta Berjaya dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata institusi Pendidikan TVET di bawah KPLB mendapat pelbagai pengiktirafan dan kejayaan di peringkat antarabangsa, antaranya Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka yang melakar sejarah menjadi institusi Pendidikan TVET pertama menerima Anugerah Platinum daripada Suruhanjaya Pensijilan dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC) pads April lepas.

“Enam lagi institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu MARA-Japan industrial Institute (MJII), KKTM Ledang, KKTM Sri Gading, KKTM Rembau dan KKTM Kemaman turut meraih Anugerah Emas di peringkat Asia Pasifik,” katanya Ketika berucap pada majlis Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB di sini hari ini.

Anugerah berkenaan diperkenalkan tahun ini bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada agensi, institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni yang menunjukkan kecemerlangan dalam ekosistem TVET KPLB.

Mahdzir berkata antara factor kejayaan institusi berkenaan ialah memberi focus kepada program TVET berimpak tinggi dalam bidang teknologi terkedepan seperti aerongkasa, pembinaan kapal, teknologi rel, robotic dan bioperubatan.

Menurutnya sehingga kini, terdapat 61,986 pelajar daripada 280 institusi Pendidikan TVET di bawah KPLB.

Sementara itu, dalam majlis berasingan seramai 5,694 mahasiswa institusi Pendidikan MARA daripada kumpulan B40 menerima peranti di bawah Program PerantiSiswa keluarga Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Mahdzir berkata peranti tersebut diberikan secara hak milik kepada mahasiswa tanpa perlu memulangkannya semula kepada kerajaan.

Menurutnya mahasiswa yang menerima peranti tersebut di peringkat institute pengajian tinggi KPLB terdiri daripada Universiti Kuala Lumpur, University College Agroscience Malaysia, Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kolej Poly-Tech MARA dan German-Malaysian Institute (GMI).

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k