Majlis Anugerah Top CEO 2022

Bertempat di M Resort & Hotel di ibu negara, Majlis anjuran IKON Malaysia telah diadakan pada 25 Julai 2023. Terdapat sejumlah 100 anugerah dan setiap anugerah dikhaskan untuk setiap sektor perniagaan. Seramai 30 usahawan tanah air dari pelbagai bidang industri menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah Top CEO 2022.

Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian Ketua Pegawai Eksekutif muda Malaysia yang berwawasan perniagaan terkemuka di semua sektor industri dan untuk menghargai sumbangan besar  ke arah pembangunan ekonomi negara. Majlis anugerah itu juga bertujuan untuk menggalakkan keazaman mereka untuk terus berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga untuk mengekalkan dan mencabar di peringkat global.

Penerima anugerah bagi kategori CEO Of The Year ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy manakala bagi kategori Young CEO of The Year, Pengarah Urusan MDI Fortune Sdn. Bhd., Mohamad Ashraf Md Iqbar.

Enam lagi kategori turut diketengahkan iaitu Top Influential CEO, The Most Outstanding CEO, The Most Promising CEO, Top Leadership CEO, Top Breakthrough CEO, Top Elite CEO dan Rising Star CEO.

Pada tahun ini, IKON Malaysia memperkenal kategori baharu di mana individu yang mengetuai agensi-agensi kerajaan juga berpeluang meraih anugerah yang berprestij itu.

Ismail Sabri dalam ucapannya mahu pengiktirafan anugerah itu sebagai satu platform memastikan lebih banyak syarikat tempatan terus berkembang maju dan bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut Ismail Sabri, lanskap perniagaan pasca pandemik Covid-19 sudah mula berubah di mana dunia menyaksikan perubahan perniagaan secara konvensional kepada perniagaan secara dalam talian.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k