MAJLIS PERASMIAN STARVENDORS MEGA RAYA FEST, FESTIVAL GAYA RAYA KUSKOP

Jenama beli belah terbesar tanah air, StarVendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran StarVendors Mega Raya Fest 2022 di WTC pada 22 hingga 24 April 2022.

Selepas dua tahun tidak dapat melaksanakan ekoran penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara, pastinya kemunculan semula StarVendors Mega Raya Fest memberikan nafas baharu buat usahawan tempatan.

Starvendors Mega Raya Fest dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar

Festival selama tiga hari ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh bin Haji Omar. Tan Sri Noh turut meluangkan masa untuk sama-sama berbuka puasa dan seterusnya melawat ruang pameran.

Tan Sri Noh bin Haji Omar menyatakan bahawa kerajaan sentiasa menyokong usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia membantu para usahawan dengan membiayai sebahagian daripada kos penyertaan mereka di Festival ini. Usaha sekaligus dapat membantu merancakkan semula aktiviti perniagaan supaya ekonomi terus berkembang.

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar meluangkan masa melawat ruang pameran

Acara kemuncak festival tahun ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada malam 24 April 2022. Di mana pada malam tersebut, acara cabutan bertuah akan turut diadakan yang menawarkan 2 hadiah utama motosikal RXZ. Pengungjung hanya perlu membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit dari mana-mana gerai jualan yang ada serta membeli produk premium keluaran StarVendors bernilai dari Rm10 untuk melayakkan mereka menyertai peraduan Shop & Win Havoc di StarVendors Mega Raya Fest ini.

Ifa Raziah selaku Pengarah Urusan dan Pengasas Starvendors Event Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn. Bhd., Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini tetap sama seperti sebelumnya iaitu bagi memberi platform kepada usahawan tempatan untuk berniaga.

Menariknya, program yang berlangsung bermula jam 9 pagi 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April ini akan cuba mencatat rekod penganjuran acara selama 75 jam tanpa henti. StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam negara seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Tujuan utama StarVendors ini adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga.

StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya 2022 bakal menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ AC Mizal, Dato’ Sri Vida, Dato’ Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin, Dato’ Fizz Fairuz, Dato’ Jovian Mandagie, Fad dan Achey Bocey.

Selain itu, program ini turut ditaja oleh Serifa Beauty, Secret Desire, Origina, SugarBomb, Todak, Doctor Kayu, Semblance. Juga tidak ketinggalan rakan media iaitu SukeTV, Ideaktiv dan Suria FM.

Pada tahun 2019 penganjuran acara ini selama 72 jam telah mencatatkan pengunjungan seramai 1.2 juta orang. Pada tahun ini StarVendors menyasarkan peningkatan jumlah pengunjung kerana sudah 2 tahun acara seumpama ini tidak diadakan.

 

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k