MALAM AGUNGNYA CINTA JANJI KELAINAN

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan menganjurkan program makan malam amal yang mempamerkan subjek “Kasihnya Baginda kepada Anak-anak Yatim” buat pertama kali pada 17 September 2023, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Menurut Dato’ Sri Muhamad Khanafi Hussin, program ini adalah mengabungkan elemen-elemen penceritaan dan persembahan nasyid islamik kontemporari yang mengetengahkan barisan artis baru dan lama antaranya adalah lagenda nasyid tanah air iaitu Hijjaz dan juga yang akan membuat persembahan adalah UNIC serta Naim Daniel.

‘Konsep penceritaan yang akan dibawakan adalah berkisar kisah Nabi Muhammad S.A.W yang mana Baginda juga adalah anak yatim dan Baginda begitu kasih dan cinta kepada anak-anak yatim ini. Menariknya penceritaan ini akan diolah sendiri oleh Ustaz Don Daniyal bin Don Bijayid, Ikon Mahabbah YIDE dan disertai oleh Pnecetus Ummah Akram Ikrami’

YIDE telah mengadakan pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi MAIS bagi memperkenalkan barisan artis serta memperkenalkan barisan penaja untuk Malam Agungnya Cinta (MAC 2023).

‘Disamping itu juga pada hari ini kita semua diperdengarkan dan dipertontonkan persembahan khas daripada anak-anak yatim yang mempersembahkan bakat cilik mereka seperti Nasyid, Sajak, Qiraat, Hafazan dan Penulisan Khat. Bakat anak-anak yatim ini dicungkil di setiap rumah kebajikan seliaan YIDE agar dapat diasah dimasa akan datang’

‘Berkenaan MAC 2023, pihak YIDE menyasarkan kutipan sumbangan bernilai RM 400,000.00 bersamaan 50 meja terjual dan untuk hari ini sahaja sebanyak 16 meja telah terjual dengan jumlah kutipan terkini RM 145,000.00, Alhamdulillah satu permulaan yang sangat positif’

‘Setiap meja yang ditaja mempunyai 3 pakej korporat yang diperkenalkan bermula dengan jumlah RM 5,000.00 (Warahmah), RM 10,000.00 (Mawaddah) dan juga RM 20,000.00 (Sakinah)’. Disini juga kepada para penaja yang membeli meja dan akan hadir ke MAC 2023 akan datang, mereka akan bersama dengan anak-anak yatim di meja tersebut ianya adalah bagi mengukirkan senyuman kepada anak-anak yatim yang diundang khas. Tetapi untuk MAC 2023 ini juga bukan setakat syarikat korporat malah jika ada individu yang hendak menaja turut boleh dengan jumlah RM 499.00 untuk satu kerusi.’

‘Hasil kutipan infaq melalui tajaan meja ini akan disalurkan ke dalam Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, yang mana Alhamdulillah bermula 25 Jun 2023 yang lalu pihak kontarktor yang dilantik telah melaksanakan kerja-kerja awalan seperti pembersihan kawasn tapak. InsyALLAH bermula bulan depan iaitu Ogos akan dilaksanakan kerja-kerja tanah seperti piling dan sebagainya’

‘InsyaALLAH pada Malam Agungnya Cinta yang akan berlangsung pada 17 September 2023 kelak, akan diperdengarkan lagu khas anak yatim hasil kolaborasi antara YIDE dan penulis lirik Isman Hijjaz’

‘Dikesempatan ini saya menyeru kepada rakyat di Negeri Selangor dan syarikat korporat/swasta menyalurkan infaq bagi membantu merealisasikan projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah dan kepada para penyumbang yang telah menyalurkan infaq, YIDE menzahirkan penghargaan terima kasih infaq jariah yang diberikan kepada anak-anak yatim ini.’

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k