MALAM GEMPAK ROCK KAPAK: KONSERT HEBAT BAND ROCK MALAYSIA !

Kehebatan muzik rock pada era 1980-an telah membawa fenomena yang luar biasa kepada industri muzik Malaysia. Gelombang kegemilangan ini telah melebar jauh, menjangkiti negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, dan Indonesia, serta banyak lagi.

Semakin menggembirakan, demam muzik rock meresap begitu mendalam sehingga kumpulan-kumpulan rock Malaysia menjadi pusat perhatian utama. Sambutan yang diterima di seluruh rantau ini sungguh mengagumkan, dan hasil penjualan album mencatat kejayaan yang cemerlang.

Pada masa yang sama, kelahiran banyak kumpulan rock baru membanjiri pasaran, dan syarikat rakaman berlumba-lumba untuk merekodkan album bagi kumpulan-kumpulan rock ini.

Dalam sejarah muzik Malaysia, babak baru telah digerakkan. Lagu-lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan rock ini telah mendapat tempat tersendiri di hati peminat muzik, dan kini mereka mendominasi carta lagu di Malaysia dan negara-negara jiran.

Kemuncak kejayaan ini tercapai pada tahun 1990, apabila peringkat akhir Juara Juara Lagu (Muzik Muzik TV3) dikuasai oleh kumpulan-kumpulan rock terkemuka ini. Ia adalah era yang mempesonakan dalam sejarah muzik Malaysia, yang meneruskan warisan rock kapak yang abadi dan memukau seluruh rantau.

Kini setelah hampir 40 tahun lagu-lagu dari Kumpulan-kumpulan Rock ini masih berkumandang serta diminati termasuk oleh generasi baru. Juga, ramai penyanyi-penyanyi masa kini cover lagu-lagu dari Kumpulan-kumpulan Rock 80’an 90’an ini sehingga mendapat tumpuan hebat dan ada yang menjadi viral.

Konsert-konsert Rock juga banyak dianjurkan untuk memenuhi permintaan peminat-peminat yang dahagakan hiburan dan merindui nostalgia muzik Rock 80’an.

Walaupun begitu tidak semua Kumpulan-kumpulan yang pernah popular satu masa dahulu diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Hanya segelintir Kumpulan-kumpulan yang merupakan nama besar dalam industri muzik berulang kali dijemput untuk mengadakan konsert.

Oleh itu Boss Production Enterprise dan Attah Music mengambil inisiatif untuk menganjurkan Konsert Rock Kapak yang menampilkan Kumpulan-kumpulan yang tidak diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Boss Production dan Attah Music sedar mungkin pulangan dari segi pendapatan tidak memberansangkan, tetapi yang lebih penting adalah memberi kegembiraan serta kepuasan kepada peminat-peminat serta Kumpulan-kumpulan yang terlibat. Kami percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

En. Naz Hamzah CEO Boss Production Pte Ltd dari Singapura yang merupakan syarikat induk kepada Boss Production Enterprise juga menegaskan tujuan penganjuran Konsert Rock Kapak ini bukan untuk bersaing dengan produksi yang sediada.

Ianya lebih kepada usaha untuk meluaskan peluang dan mempertingkatkan perniagaan ke aras yang lebih tinggi disamping antaranya meneruskan legasi pertandingan nyanyian Who’s The Boss yang sebelum ini diadakan di Singapura. Pertandingan nyanyian yang melibatkan peserta-peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia ini bakal dianjurkan di Malaysia.

Walaupun target Boss Production untuk 2024 mengadakan sekurang-kurangnya 3 – 4 event yang menampilkan artis-artis luar negara dari Singapura, Indonesia, Hong Kong dll namun dalam masa yang sama bukan sekadar memilih artis-artis dan Kumpulan-kumpulan berdasarkan populariti. Boss Production tetap fokus untuk memberi peluang kepada semua.

Junction, Desire dan Meditasi akan tampil menghiburkan peminat-peminat di dalam Konsert Rock Kapak dengan lagu-lagu hit mereka seperti Akan Ku Kenang, Monolog Untuk Rina, Bias Cinta, Dian Cinta, Bidadari, Biar Pedih Kasih Memanjang serta banyak lagi lagu-lagu lain.

Lagu-lagu Rock keras akan turut didendangkan untuk memeriahkan suasana dan memenuhi kehendak peminat-peminat muzik sebegini.

Sebelum persembahan Kumpulan-kumpulan Junction, Desire, Meditasi, Bloodbrothers dan Revenge akan membuka tirai Konsert Rock Kapak dengan penampilan tersendiri.

Konsert Rock Kapak ini akan diadakan pada 07 Oktober 2023 bermula Sabtu 08.00mlm di Panggung Asia Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Untuk pembelian yang berharga RM85.00 tiket sila hubungi 0192333435, 0105667384, 0192407994 & 0199247924 atau secara online

https://rockkapak.ubertickets.asia/

Hadiah2 istimewa utk pembelian tiket :

  • 2 pakej percutian di Pulau2 Semporna, Sabah (tajaan AR Travel & Tours)
  • 2 voucher penginapan di AMES Hotel Ayer Keroh, Melaka
  • 2 unit gitar eletrik Ibanez GRX70QA (tajaan Gama Rock House JDT)
  • Kasut rare Fung Keong (tajaan Mentari Merah Entertaiment dgn signature Pengarah Filem Nasir Jani)
  • Gitar akustik, Jaket kulit, drum stick, poster, button band Rock Kapak, t’shirt serta byk lagi untuk Pakaian Rock Terbaik & Cabutan Bertuah.
  • Lain2 penaja adalah AF Services dan W3 Studio utk studio latihan

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k