MEDAN PERTEMPURAN VOKAL TERBAIK FAMILI SELEBRITI
Family Duo, sebuah rancangan realiti nyanyian di TV3, telah kembali untuk musim baharu bersama tujuh pasangan selebriti terkenal Malaysia. Rancangan ini disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3 dan turut disiarkan dalam bentuk HD di www.tonton.com. 18 Disember 2022 akan menjadi hari pertama saya.
Famili Duo ialah program realiti nyanyian yang unik dan berlainan daripada program-program yang lain dimana ia menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka. Selepas perkenalan musim pertamanya pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah mencapai objektifnya yang bertujuan mengangkat nilai kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.
Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh Penaja Bersama iaitu Good Virtues Co. dan Polident. Program 8 episod ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap Ia menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan berentap (battle) pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan iaitu RM 10,000! Lebih menarik, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM 100,000 di pentas akhir nanti! Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (80%) dan undian atas talian oleh penonton (20%).
Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo, pasangan manakah bakal menambat hati juri tetap dan para penonton? Jangan ketinggalan untuk mengikuti persembahan mingguan mereka iaitu Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).
Musim baharu Famili Duo diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit. Gunakan hashtag #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.