MELALUI LAGU GEMILANG, EVIE FEROZA SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK

Finalis program realiti Lagu Cinta Kita 2, Evie Feroza muncul dengan single terbaharu berjudul Gemilang bersempena menyambut bulan kemerdekaan. Lagu moden ini berunsurkan semangat patriotik dan merupakan hasil ciptaan komposer berbakat, Dave Kitzkiniki dan Afiq Aiman.

Lirik dan gubahan lagu Gemilang yang unik ini dilihat dapat menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Keunikan inilah yang membuatkan Gemilang dipilih menjadi runut bunyi bagi telefilem ‘The Patriot Games Malaysia’ yang akan bersiaran secara eksklusif secara HD di Tonton pada 30 Ogos 2023. Telemovie karya Robert Ong ini merupakan karya sinematik dalam menampilkan kekuatan, daya tahan, perpaduan dan persahabatan lima remaja di Malaysia. Telemovie ini bermatlamat untuk membangkitkan semangat patriotik yang mendalam dan menyemarakkan lagi rasa bangga serta cinta kepada  negara. 

Robert Ong, Pengarah dan Penerbit ‘The Patriot Games Malaysia’ berkata, “Lagu Gemilang ini bukan sekadar iringan muzik. Ia telah menjadi sebahagian daripada telemovie yang akan menghubungkan emosi penonton dengan jalan cerita telemovie ini. Lagu Gemilang juga akan memberikan penonton dan pendengar satu pengalaman sinematik yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga boleh menyemai perasaan bangga akan negara dan semangat kekitaan di antara rakyat Malaysia”.

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun ‘Gemilang’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Joox, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Evie Feroza menerusi Instagram: @evieferoza ,Tiktok: @evieferoza ,Twitter: @Evie Feroza ,Facebook: @Evie Feroza. 


Turut disertakan adalah lirik lagu Gemilang:


V1

Lihat, tanah air ku

Di sini, Ku berdiri

Indah, cinta dan kasihmu

Gemilang, di seluruh dunia

 

Pre chorus

Walau badai banyak menghalang

Perbezaan arah tujuan

Kita pasti kita pasti 

Percaya 

Keresahan yang tak terbatas

Kepercayaan mulai goyah 

Kita pasti kita pasti

Berjaya…. ooohhhhhh..

 

Chorus

Melangkah lah membawa mimpimu

Menuju cahaya gemilang

Mengenggam erat 

Harapan…

(I can do it better)

Bersama ki-ta berganding tangan 

Menggapai ‘cita-cita dan’

Impian pasti kan tercapai

Gemilang…..

 

V2

Menjadi terhebat

Azam tuk berjuang 

Mari lah bersama

Menuju kejayaan….

 

Pre Chorus

Walau badai banyak menghalang

Perbezaan arah tujuan

Kita pasti kita pasti 

Percaya 

Keresahan yang tak terbatas

Kepercayaan mulai goyah 

Kita pasti kita pasti

Berjaya…. 

 

Chorus

Melangkah lah membawa mimpimu

Menuju cahaya gemilang

Mengenggam erat 

Harapan…

(I can do it better)

Bersama ki-ta berganding tangan 

Menggapai ‘cita-cita dan’

Impian pasti kan tercapai

Gemilang…..

 

 *Gemilang

  Gemilang

  Untuk tanah air ku

  Berjuang

  Untuk tanah air ku

 

CATEGORIES
TAGS
Share This