Membina Masa Depan FELDA: Pelan Strategik 2025-2030 Menyusun Hala Tuju Kumpulan FELDA

Membina Masa Depan FELDA: Pelan Strategik 2025-2030 Menyusun Hala Tuju Kumpulan FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menyerahkan Pelan Strategik dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 seperti yang disarankan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, semasa Majlis Berbuka Puasa bersama warga FELDA pada 26 Mac yang lalu. Pelan ini menjadi landasan penting dalam memperkukuh kedudukan FELDA sebagai pemangkin ekonomi negara, terutamanya di kawasan luar bandar. Ia merangkumi strategi utama dan pelan tindakan yang menyeluruh bagi membentuk ekosistem organisasi yang lebih dinamik dan mampan.

Pengurusan Kumpulan FELDA menegaskan komitmen mereka untuk melaksanakan pelan ini dengan penuh dedikasi, seiring dengan keperluan semasa dan masa depan pemegang taruhnya. Pelaksanaan pelan ini memerlukan usaha kolektif dan sokongan berterusan daripada semua pihak agar kesejahteraan komuniti FELDA dapat terus dipertingkatkan. Dirangka secara teliti melalui enam sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh, pelan ini memberi fokus kepada pelbagai inisiatif strategik yang berimpak tinggi.

Penyerahan pelan ini mencerminkan kesungguhan FELDA dalam menjayakan agenda transformasi dan memperkasa daya saing organisasi. Ia bukan sahaja menggambarkan hala tuju yang jelas bagi tempoh lima tahun akan datang, malah mencerminkan aspirasi FELDA untuk kekal relevan dalam landskap ekonomi negara yang semakin mencabar.

CATEGORIES
TAGS
Share This