MR D.I.Y. PLUS

Baru-baru ini MR D.I.Y. telah membuka cawangan baharu di Mid Valley Megamall yang diberi nama MR D.I.Y. PLUS. MR D.I.Y. di Mid Valley Megamall merupakan cawangan yang bersaiz dan berskala besar.

Kedai berkeluasan 30,000 kaki persegi tu mempamerkan kira-kira 20,000 jenis produk dalam lima kategori utama iaitu perkakasan, barangan kegunaan rumah dan perabot, elektrik, alat tulis dan produk kelengkapan sukan dan lain-lain (termasuk permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, produk makanan dan minuman serta produk penjagaan diri dan kesihatan).

Menurut Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, “Para pelanggan kini bijak dan berpengetahuan. Mereka mahukan nilai, kemudahan sebuah kedai sehenti dan manfaat daripada pengalaman membeli-belah yang menarik serta menyeronokkan. MR D.I.Y PLUS menawarkan semua ini dalam satu ruang yang menghiburkan, maka tidak hairanlah lebih 200,000 pelanggan telah mengunjungi kedai ini pada bulan pertama sejak pembukaannya pada 19 Mei 2022.”

MR D.I.Y. PLUS ini dibangunkan berdasarkan maklumat dan maklum balas pelanggan yang dikumpul oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan pelanggan dan analisis data yang berterusan.

Tambah Goh, “Kami bukan sekadar ingin membina sebuah kedai yang besar semata-mata, MR D.I.Y. PLUS adalah sebuah ruang yang telah diatur dengan teliti untuk membawakan rangkaian barangan keperluan harian kami di sebuah lokasi yang menyenangkan. Kajian kami menunjukkan pasca pandemic pelanggan mahukan lebih lagi jaminan barangan harga terendah dan dengan cara yang baru, menyeronokkan serta interaktif, mereka mahukan sesuatu yang menghiburkan.

Ia menjanjikan para pelanggan bahawa mereka bukan sahaja dapat membeli barangan keperluan harian, tetapi juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan selain memperoleh pengetahuan dan inspirasi sepanjang proses membeli-belah.

MR D.I.Y. adalah jenama terkini dari rangkaian jenama Kumpulan MR D.I.Y. yang turut merangkumi jenama asal MR D.I.Y. yang dilancarkan pada 2005. Pembukaan MR D.I.Y. PLUS menjadikan jumlah keseluruhan kedai milik Kumpulan MR D.I.Y. melebihi 950.

Bersempena dengan acara pembukaan rasmi MR D.I.Y. PLUS, peruncit akan mengadakan satu siri aktiviti dan promosi dari 1 hingga 3 Julai 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y. PLUS, layari laman web MR D.I.Y www.mrdiy.com , platform e-dagang www.mrdiy.com.my dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k