NABIL AQIL MENCABAR ADAM LEE? BUDAK TEBING 3 TERUS DIUJI!

Sejak mula ditayangkan, drama bersiri Budak Tebing yang memfokuskan isu melanda golongan muda mendapat perhatian dan peminat. Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021 sepatutnya menganugerahkan drama Budak Tebing Anugerah Drama Terbaik kerana gambaran realistik kehidupan masyarakatnya.

Kembali dengan musim terbaharu, Budak Tebing terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. menemui penonton TV3 menerusi slot Lestary, mulai 14 Disember 2022, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Budak Tebing 3 bakal bersiaran selama 13 episod, diarahkan oleh Nizam Zakaria dan penulisan skrip oleh Shah Rizal Mashur. Musim baharu ini dijayakan oleh barisan pelakon handalan seperti Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Izz Ilham (Yoyol), Firdaus Ghufran (Talam), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria), serta memperkenalkan watak baharu iaitu Nabil Aqil (Kylo), Azhar Sulaiman (Badas) dan Nia Atasha (Husna).

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Budak Tebing 3 menerusi slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k