PADAMU BUAH TANGAN FATTAH AMIN UNTUK PEMINAT

Pada April lalu telah dilancarkan lagu Padamu di semua platform digital. Padamu merupakan hasil ciptaan komposer dan penyanyi Ikhwan Fatana dan Wan Salleh.

Lagu ini berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian. Berpegang teguh kepada prinsip, jika berlaku kegagalan atau doa yang belum dimakbulkan, sebagai hamba jangan pernah bersangka buruk kepada Allah dan teruslah melafazkan rasa syukur atas segala kurniaan ataupun ujian yang diberikan.

Menurut suami kepada pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, lirik asal Padamu terpaksa dirombak bagi memenuhi permintaan penyanyi tersebut. Dilihat cukup selesa merakamkan lagu berunsur ketuhanan, Fattah menyifatkan lagu sebegini mampu menjadi terapi jiwa kepada mereka yang mendengar.

Berkongsi pengalaman di studio, Fattah meluahkan rasa syukur kerana proses rakaman lagu itu berjalan lancar. Mengulas pembikinan muzik video (MV) lagu ini, Fattah mengakui berdepan cabaran untuk menghasilkannya berikutan tarikhnya bertembung ketika umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut Lebaran.

MV Padamu sudah boleh ditonton di saluran Youtube rasmi penyanyi itu sejak 9 Jun lalu.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k