Blog

  • ‘Zamzam’, Karya terbaharu oleh Hafiz Hamidun

    “Zamzam”, ciptaan Hafiz Hamidun, bagaikan sebuah simfoni puitis yang mengantarkan pendengarnya menyelami lautan keimanan, kesetiaan, dan pengabdian kepada Sang Pencipta. Lagu ini terinspirasi dari kisah telaga Zamzam yang suci, sumber air kehidupan di Mekah, Kisah ini menjadi simbol teguhnya keyakinan kepada rezeki Allah dan kekuatan iman yang tak tergoyahkan.

    Lirik lagu yang ditulis dengan indah oleh ITO Lara membawa kita menyusuri jejak Siti Hajar dan Nabi Ibrahim dalam perjalanan penuh keimanan dan ketaatan mereka kepada Allah. Lagu ini dibuka dengan gambaran nyata para jemaah haji yang memulai perjalanan mereka dari Safa.

    Di tanah suci ini, kenangan akan kesetiaan dan cinta Siti Hajar kepada suaminya, Ibrahim, muncul kembali, mengingatkan kita tentang penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak Allah.

    Melodi yang penuh penghayatan mengiringi penggambaran pendakian penuh emosi ke bukit Marwah, melambangkan perjuangan tanpa henti Hajar dalam mencari air untuk Ismail. Pengalamannya yang diulang tujuh kali, dikenal sebagai sa’i, menjadi manifestasi kegigihan dan harapan yang tak pernah padam.

    Reffrain lagu ini bagaikan mantra suci yang menggema, “Zamzam… Zamzam…”, membawa pendengarnya merasakan kesejukan air Zamzam, bukan hanya sebagai penawar dahaga fisik, tetapi juga penyejuk jiwa dan penguat iman. Lagu ini menjadi pengingat bahwa di tengah kesulitan dan ujian hidup, selalu ada sumber kekuatan dan harapan yang tak terhingga, yaitu iman dan keyakinan kepada Allah SWT.

    “Zamzam” bukan hanya sebuah lagu, tetapi sebuah karya seni yang menyentuh hati dan membangkitkan rasa syukur atas keagungan Allah dan kekuatan iman. Melodi dan liriknya yang menyatu dengan indah menjadikannya sebuah syair pujian yang memukau, mengantarkan pendengarnya pada perenungan diri dan kedekatan dengan Sang Pencipta.

    “Zamzam” akan resmi dirilis pada tanggal 5 Juli 2024 dan dapat diunduh di iTunes dan dinikmati di semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

    Mari dengarkan “Zamzam” dan rasakan sendiri kekuatan musik yang mampu menggugah jiwa dan membangkitkan semangat.

    Title: Zamzam

    Artist: Hafiz Hamidun

    Composer: Hafiz Hamidun

    Lyricist: ITO Lara

    (Intro)

    (Verse)

    Tika kaki menjejak dataran Safa

    Terimbau kisah keagungan cinta

    Kesetiaan isteri terhadap suaminya

    Ketaatan hamba kepada Tuhan-Nya

    (Pre-Chorus)

    Tika mendaki perbukitan Marwah

    Ku teguk secangkir air menghilang dahaga

    Dinginnya meresap ke relung jiwa

    Melengkapkan saie tujuh pusingannya

    (Chorus)

    Zamzam lambang kesetiaan Hajar

    Rela ditinggalkan di gurun terhampar

    Zamzam lambang ketaatan Ibrahim

    Akur perintah Ar-Rahman Ar-Rahim

    (Pre-Chorus)

    Tika mendaki perbukitan Marwah

    Ku teguk secangkir air menghilang dahaga

    Dinginnya meresap ke relung jiwa

    Melengkapkan saie tujuh pusingannya

    (Chorus)

    Zamzam tidakkan pernah kering airnya

    Sumber mata air terpancar dari syurga

    Zamzam cemburu di benak wanita

    Bukan perasaan yang direka-reka

    Zamzam lambang kesetiaan Hajar

    Rela ditinggalkan di gurun terhampar

    Zamzam lambang ketaatan Ibrahim

    Akur perintah Ar-Rahman Ar-Rahim

    Zamzam tidakkan pernah kering airnya

    Sumber mata air terpancar dari syurga

    Zamzam cemburu di benak wanita

    Bukan perasaan yang direka-reka

    (Bridge)

    Sebening Zamzam

    Menyingkap sejarah silam

  • MINI ESPORTSCON DI PARLIMEN MALAYSIA: PENGHARGAAN TERHADAP INDUSTRI E-SUKAN MALAYSIA

    Mini EsportsCon yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) merupakan acara pertama kali yang menghimpunkan para pemain esports dari penerbit permainan terkemuka tempatan dan antarabangsa di bangunan utama Parlimen Malaysia.

    Acara ini bertujuan untuk merayakan perkembangan dinamik industri esports di Malaysia sambil memberi peluang kepada pemain industri dan wakil-wakil Parlimen, terutamanya Ahli Dewan Rakyat, untuk berinteraksi dalam proses pembuatan undang-undang negara.

    “Kami mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada semua Ahli Parlimen yang hadir dan warga Parlimen yang menyokong Mini EsportsCon di Parlimen. Acara ini merupakan pencapaian penting dalam mengiktiraf potensi industri esports yang dinamik dan berpengaruh. Kami berharap inisiatif ini diterima dengan baik dan memberikan pandangan yang lebih jelas kepada pembuat dasar mengenai perkembangan landskap esports yang semakin pesat,” kata Yang Berhormat Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan ketika melakukan sesi walkabout di Mini EsportsCon di Dewan Bankuet, Bangunan Utama Parlimen.

     

    Acara ini turut disokong oleh Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), bersama dengan Moonton, Tencent, Raceroom Asia, Gamesbond, Ammobox Studios, Kaigan Games, dan Todak Studios.

    Terdapat tarikan utama seperti sesi pengenalan kepada sukan elektronik. Di sini, pengunjung berpeluang mempelajari tentang sejarah, jenis permainan, dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam sukan ini. Sesi ini disampaikan oleh para pakar dalam bidang sukan elektronik dan terbuka kepada semua peringkat umur.

    Bagi mereka yang ingin merasai sendiri keseronokan bermain sukan elektronik, disediakan demonstrasi permainan yang menampilkan pelbagai judul popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, dan PUBG Mobile. Pengunjung berpeluang bermain bersama pemain profesional dan mencuba strategi permainan yang berkesan.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk sesi pengenalan kepada sukan elektronik serta demonstrasi permainan yang memberikan pengalaman langsung dengan pelbagai judul permainan. Acara ini juga mempersembahkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG), yang dirangka untuk menyokong pelaksanaan strategi di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik Kebangsaan 2020-2025. MESF turut memperkenalkan Esports MedicA, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memberikan pendidikan dan khidmat nasihat kesihatan kepada para penggiat industri, khususnya para pemain.

  • KEMANA NAIM DANIEL PERGI? Mahu berhenti sebagai penyiasat?

    Jom siasat sambil seronok bersama I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY 7), di mana episod terbaru ini bakal disajikan dengan lebih kejutan! Kali ini, kami menghadirkan tidak dua, tetapi tiga penyiasat jemputan yang pastinya menarik perhatian anda: penyanyi terkenal dan pelakon hebat tanah air seperti Sufian Suhaimi, Azhan Rani, dan Noorkhiriah. Kehadiran mereka bersama penyiasat tetap akan memeriahkan lagi hujung minggu anda.

    Walau bagaimanapun, tanpa kehadiran Naim Daniel, adakah pilihan artis jemputan kali ini memadai? Mengapa Naim Daniel tampaknya menarik diri dari tanggungjawabnya?

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton ICSYVMY7, setiap Ahad jam 9.00 malam hanya di TV3. Anda juga boleh menonton secara langsung dalam HD di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton dari Google Play atau App Store. Sertai misi baru anda dan siasat bersama keluarga dalam ICSYVMY7!

    ICSYVMY7 yang diterajui oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit, terus memikat peminat dengan konsep dan format asal dari Korea Selatan yang menggabungkan hiburan, lawak berkelas, drama, dan teka-teki mencabar.

    Episod terbaru, yang mengusung tema Seram sempena filem seram komedi terkini arahan Dr Ahmad Idham ‘Saka Perawan’, telah menggegarkan penonton dengan suasana riuh-rendah yang meriah. Namun, dalam kehebohan tersebut, episod ini turut menyaksikan kegagalan Afieq Shazwan dalam memilih penyanyi sebenar, dipengaruhi oleh pandangan yang bertumbuk dari panel penyiasat tetap dan jemputan seperti Nadia Brian dan Afifah Nasir.

    Episod ketiga ICSYVMY7 menampilkan Amy Mastura, seorang pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia, sebagai artis jemputan. Tugasnya adalah menilai bakat-bakat di hadapan panel penyiasat untuk mengenal pasti penyamar bersuara sumbang. Dengan ketiadaan Naim Daniel, satu-satunya penyanyi dalam panel penyiasat tetap, mampukah Amy Mastura menggantikan peranan ini dengan pengalaman serta pengetahuan dalam dunia seni suara?

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ICSYVMY7 setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau menonton secara langsung dalam HD melalui Tonton di www.tonton.com.my. Untuk kemaslahatan program, sertai perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #ICSYVMY7. Untuk berita terkini, layari laman sosial TV3 seperti Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia, serta Instagram Drama Sangat di @dramasangat.

  • “Kerjasama SINERGI Astro & Nu Ideaktiv Melalui Hello Kedah”

    Alor Setar, Kedah – Penganjuran program Hello Kedah yang bakal diadakan pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah menampilkan sinergi kreatif Nu Ideaktiv sebagai rakan penganjur bersama Astro dengan misi untuk memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

    Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan silaturahim komuniti dengan mewujudkan platform untuk masyarakat berkumpul dan berinteraksi bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim antara penduduk. Dengan program Hello Kedah ini, dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat.

    Masyarakat Kedah tidak ketinggalan menyertai program Hello Kedah ini dengan menjadi vendor-vendor jualan makanan dan minuman secara tidak langsung dapat membuka peluang untuk penduduk Kedah menambah pendapatan di samping membuat promosi jualan murah produk-produk jualan mereka. Vendor makanan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional serta moden yang sedap dan terkenal di Kedah.


    Program Hello Kedah ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui penggunaan tenaga kerja tempatan yang terlibat dengan pelbagai pengurusan dan pelaksanaan acara sepanjang tempoh program ini berlangsung. Selain daripada itu, program ini juga dapat memberi sokongan ekonomi kepada peniaga kecil dan sederhana di Kedah dengan menyediakan platform untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Sokongan ini bukan sahaja membantu peniaga tempatan tetapi juga mengukuhkan ekonomi setempat dengan menggalakkan penggunaan produk dan perkhidmatan buatan tempatan.

    Program “Hello Kedah” menampilkan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu, kami juga akan merasmikan pelancaran aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK, yang pasti akan menarik perhatian ramai dan membawa manfaat besar kepada komuniti. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 portal majalah terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi, seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari.


    Di SeeNI, terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video, sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda. Manakala Kliik, ialah sebuah portal komuniti aktif, di mana kami menggerakkan pelbagai aktiviti untuk pengguna atas talian khususnya pengguna Ideaktiv. Setiap Kliik membawa manfaat seperti ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sample percuma, event, seminar dan webinar yang menarik semuanya di bawah satu portal!

    Program Hello Kedah ini akan menunjukkan kepada komuniti terdapat pelbagai rancangan di Astro serta penyertaan komuniti dari portal majalah kekeluargaan, Makanan, New Gen & lelaki daripada Ideaktiv. Antara aktiviti yang berlangsung adalah senaman “Pound Stick“, Himpunan citi-cita Bintang Kecil, Pertandingan mewarna Bintang Kecil dan juga gunting rambut secara percuma di booth Ideaktiv.

     

    Selain itu, program ini dirancakkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Shiha Zikir, Naqiu, Sepahtu dan ramai lagi yang menjanjikan aktiviti yang penuh dengan kemeriahan. Penampilan Khas selebriti tempatan ini telah memeriahkan suasana dengan persembahan mereka dan juga pengunjung berpeluang berinteraksi dengan artis kegemaran mereka melalui sesi autograf dan bergambar.

    Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim berkata, “Buat julung kalinya, kami diberi penghormatan untuk menganjurkan Siri Hello yang sememangnya sinonim dengan Astro dan kami gunakan kekuatan kami sebagai perantara komuniti untuk membentuk aktiviti dan program yang disediakan untuk Hello Kedah. Selain daripada menjadi usaha murni untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat, kami cuba untuk memastikan setiap program Astro dan pengisian jenama-jenama Ideaktiv dipromosikan secara maksimum.

    Hello Kedah ini juga dilihat sebagau medium untuk kami berinteraksi dengan warga Kedah dengan lebih dekat. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Marketing dalam menjayakan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK yang akan memberikan kemudahan dan manfaat besar kepada penduduk Kedah.

    Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dalam menganjurkan program ‘Hello Kedah’ adalah contoh terbaik bagaimana dua entiti besar boleh bergabung untuk membawa manfaat kepada komuniti.”
    Dengan ini, diharapkan program “Hello Kedah” akan menjadi satu acara yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.

    TENTANG NU IDEAKTIV

    Nu Ideaktiv Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama di antara Astro dan Karangkraf yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 2018. Nu Ideaktiv berusaha dalam menyebarkan informasi melalui kandungan media digital yang penuh inspirasi dan menjadi salah satu jenama peneraju dalam media Malaysia.
    Kunjungi laman web rasmi kami, https://www.ideaktiv.com/

    TENTANG SEENI

    SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 penerbit terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi, seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari.

    Di seeNI, terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video, sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda.

    TENTANG KLIIK
    Kliik, sebuah portal komuniti aktif, di mana kami menggerakkan pelbagai aktiviti untuk pengguna atas talian khususnya pengguna Ideaktiv. Sesuai dengan tagline kami “Join, Layan & Dapat Ganjaran” di mana pelbagai ganjaran menarik menanti di Kliik. Hub utama untuk gaya hidup di Malaysia! Setiap Kliik membawa manfaat seperti ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sample percuma, event, seminar dan webinar yang menarik semuanya di bawah satu portal! Pengguna boleh mengakses artikel daripada jenama pilihan yang diminati.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    She Mohamad Nor
    Eksekutif Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat
    Nu Ideaktiv Sdn Bhd
    Mobile: +60 19 662 8805
    Email: she@ideaktiv.com

    Nik Shazrul Ezwan Che Mohd Ariff
    Ketua Unit Pemasaran & Komunikasi
    Nu Ideaktiv Sdn Bhd
    Mobile: +60 17- 268 5609
    Email: ezwan@ideaktiv.com

    Nur Fatimah Zahrah Ahmad
    Eksekutif Pemasaran & Komunikasi Korporat
    Nu Ideaktiv Sdn Bhd
    Mobile: +60 19 9801618
    Email: faza@ideaktiv.com

     

  • Award Ceremony for the Top 500 Consumer Certification Trusty Brands

    The Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award presentation ceremony organized by the Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) was held at Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur on 14 July 2024. The event was officiated by Mr. Abu Bakar bin Yusof, Deputy Chief Executive Officer of MATRADE.

    The MTPN has selected 34 companies from various industries as winners at the event through a rigorous and transparent process of assessment and auditing.

    The awards ceremony is an important event highlighting the achievements of selected brands. MTPN selects these brands through a rigorous assessment and audit process to ensure their reliability and quality. This recognition helps the company gain consumer trust and national recognition.

    This prestigious program can encourage business excellence in Malaysia and identify and educate entrepreneurs on the importance of maintaining ethical business practices. The Consumer Choice Award also helps local businesses achieve special recognition as the consumer’s standard choice.

    The Consumer Top 500 Certification Award is an initiative by the Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) in Malaysia. This award recognizes companies that provide excellent and trustworthy services to consumers. It aims to promote business excellence and ethical practices among companies in Malaysia.

    By using this occasion, the National Consumer Action Council would like to congratulate all of the award-winning companies and hope that they would keep up their good work and innovation in order to provide more high-quality services to Malaysian consumers in the future.

    The list of winners of the Award for Top 500 User Certification

    1. INAI REPUBLIC

    2. BEWELL CHIROPRACTIC

    3. NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN BHD

    4. AGENSI PEKERJAAN UKHWAH SDN BHD

    5. BRILLIANT SKIN ESSENTIALS TRADING MALAYSIA SDN BHD

    6. DORA MILL ONLINE TRADING SDN BHD

    7. FANMASTER SDN BHD

    8. AGENSI PEKERJAAN KAWASAMA (M) SDN BHD

    9. BIOFUNCTION MARKETING SDN BHD

    10. OLICELL GROUP (M) SDN BHD

    11. DUOLEAF HEALTHCARE SDN BHD

    12. CHER’S (M) SDN BHD

    13. CEL-ELEMENTS HOLDINGS (M) SDN BHD

    14. ALLOY KITCHEN MARKETING SDN BHD

    15. EASTERN ECKARE MALAYSIA SDN BHD

    16. WIKI CAREER SDN BHD

    17. SUMATRAA INDUSTRIES SDN BHD

    18. NOROS VENTURE SDN BHD

    19. MIMPI NATURAL HEAD SPA & SALON

    20. MILI TECH SDN BHD

    21. PREMIUM PURE SDN BHD

    22. ANTASA ENTERPRISE SDN BHD

    23. YES TRAVEL AND HOLIDAYS SDN BHD

    24. KYUT SKIN

    25. TENQ GROUP SDN BHD

    26. VITAMODE

    27. HERO 99 SDN BHD

    28. EEB BEAUTY SDN BHD

    29. FULLY KITCHEN EQUIPMENT SDN BHD

    30. THE NATURAL MARKETPLACE SDN BHD

    31. MODERNMED SDN BHD

    32. PERTIMA TRENGGANU SDN BHD

    33. ALG WORLDWIDE SDN BHD

    34. SAUNA LUXE SDN BHD

  • Program ‘Sirih Pulang ke Gagang’ Memupuk Kesejahteraan Komuniti Vokasional

    Pusat alumni di institut pengajian menegaskan betapa pentingnya sumbangan bekas pelajar kepada pusat pengajian. Program Alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ 2024 SMV/SMT/KV ERT Setapak Kuala Lumpur dianjurkan oleh pentadbir pusat alumni Kolej Vokasional ERT Setapak, bertujuan menyatukan bekas pelajar dalam mendukung kesejahteraan komuniti vokasional dengan lebih baik.

    Program ini merupakan acara pertama kali diadakan di perkarangan Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur dan berhasil mengumpulkan 45 batch alumni dari tahun 1975 hingga 2023, dengan kehadiran seramai 400 orang. Turut hadir adalah Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak, Puan Hajjah Majmin Md. Noor, Dato’ Zainuri (Pengasas Nurizz Kosmetik dan Pengerusi Alumni), serta Rasta Rashid (Pengasas Rasta Creation).

    Majlis ini diatur untuk mengeratkan silaturahim di kalangan bekas pelajar sambil mengenang memori dan melanjutkan warisan di mana alumni dapat memberi inspirasi kepada masyarakat. Alumni SMV/SMT/KV telah menghasilkan banyak tokoh korporat dan figura terkenal dari seluruh Malaysia, seperti pereka fesyen selebriti, model antarabangsa, pensyarah terkemuka, chef di hotel berbintang, pemilik kosmetik terkenal, artis mekap terkenal, serta pengarah-pengarah syarikat bumiputra dan korporat.

    Idea untuk mengadakan program Sirih Pulang ke Gagang ini adalah inisiatif dari Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak, Puan Hajjah Majmin Md. Noor. “Selain mengumpulkan bekas pelajar, kami juga sedang mengumpul dana untuk memperbaiki perpustakaan sekolah vokasional. Jika ada kelebihan dana, ia akan digunakan untuk keperluan lain di sekolah,” jelas Rasta Rashid.

    “Kami memilih untuk tidak mengadakan program ini di hotel karena tidak semua dapat menanggung biaya yang tinggi. Dengan menggunakan dewan di Kolej Vokasional, kos dapat diminimakan sambil menyediakan semua kemudahan yang diperlukan,” tambahnya.

    Menurut Dato’ Zainuri, tujuan program ini adalah untuk menghimpun bekas pelajar yang telah berjaya. “Kami ingin menunjukkan bahawa bekas pelajar vokasional mampu mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Saya sendiri, semasa wabak Covid-19, tidak menghadapi kesukaran hidup kerana kemahiran memasak saya membolehkan saya untuk menjana pendapatan dan hidup dengan selesa,” katanya.

    Untuk perancangan masa hadapan, Dato’ Zainuri berharap untuk menubuhkan Persatuan Anak-Anak TVET di Malaysia. Harga tiket untuk menyertai program ini adalah RM100 seorang.

  • MALAYSIAN BUDGET & BUSINESS HOTEL ASSOCIATION PARTNERS WITH VENDFUN SDN. BHD. TO PROPEL SMART HOTEL INNOVATIONS IN MALAYSIA

    We are thrilled to announce a strategic collaboration with Vendfun Sdn. Bhd., a leading hospitality technology solutions provider in Malaysia. This partnership, formalized through a Memorandum of Understanding (MOU) signed today, aims to enhance technological advancements and promote smart hotel initiatives within Malaysia’s hospitality industry.

    The MOU establishes a collaborative relationship between MyBHA and Vendfun, marking a significant step towards the development of smart hotels. Both parties share a common vision of harnessing advanced technology to revolutionize the hospitality sector, enhancing guest experiences, and improving operational efficiency.

    Key objectives of the MOU include the development and promotion of smart hotels, enhancement of technological infrastructure, promotion of advanced technology solutions, and training and development programs. MyBHA and Vendfun will work together to develop and promote smart hotel concepts within Malaysia. This initiative includes introducing cutting-edge technological solutions that can transform traditional hotel operations into smart, efficient, and guest-friendly experiences.

    The collaboration will focus on upgrading the technological infrastructure in the hospitality industry. By integrating advanced technologies, hotels can offer seamless and personalized services, such as AI-powered guest interactions and smart room controls. The partnership will also promote innovative solutions like smart check-in and checkout systems, energy-efficient technologies, digital room key systems, and AI-powered personalized guest services. These advancements aim to streamline hotel operations and enhance the overall guest experience.

    Training and development programs will be provided for hotel staff, owners, and investors. These programs will include workshops, seminars, and hands-on training sessions to equip participants with the skills needed to manage and utilize new technologies effectively. Additionally, the partnership will foster joint research and development initiatives to innovate and adapt to evolving industry demands. By staying at the forefront of technological advancements, the collaboration aims to meet modern travelers’ expectations and maintain a competitive edge in the hospitality market.

    Dr. Sri Ganesh Michiel, President of MyBHA, expressed his enthusiasm for the partnership, stating, “This collaboration with Vendfun marks a significant milestone for MyBHA and the Malaysian hospitality industry. By embracing advanced technologies, we are not only enhancing the guest experience but also ensuring that our members remain competitive in an increasingly digital world.” Mr. Benny Wee, CEO of Vendfun Sdn. Bhd., shared similar sentiments, saying, “We are thrilled to partner with MyBHA to bring smart hotel solutions to Malaysia. Our goal is to leverage our technological expertise to create innovative and efficient hotel operations that benefit both guests and hotel owners. This MOU signifies our commitment to driving the future of hospitality in Malaysia.”

    The partnership between MyBHA and Vendfun is expected to have a profound impact on the Malaysian hospitality industry. By adopting smart hotel initiatives, hotels can offer enhanced services, improve operational efficiency, and reduce costs. The integration of advanced technologies will enable hotels to provide personalized and seamless experiences for guests, fostering customer loyalty and satisfaction.

    The collaboration will focus on several key smart hotel initiatives, including smart check-in and checkout systems, energy-efficient solutions, digital room key systems, and AI-powered personalized guest services. MyBHA and Vendfun will jointly organize training and development programs to equip hotel staff, owners, and investors with the necessary skills to manage and utilize new technologies. These programs will cover a range of topics, including hands-on workshops, informative seminars, and interactive training sessions.

    The partnership will also conduct joint research and development initiatives to innovate and adapt to evolving industry demands. By staying ahead of technological advancements, MyBHA and Vendfun aim to cater to modern travelers’ expectations and maintain a competitive edge in the market.

    The MOU between the Malaysia Budget & Business Hotel Association and Vendfun Sdn. Bhd. signifies a landmark collaboration aimed at transforming Malaysia’s hospitality industry through smart hotel initiatives. By leveraging advanced technologies, the partnership aims to enhance guest experiences, improve operational efficiency, and ensure the competitiveness of Malaysian budget and business hotels or resorts in the global market.

  • Alternate Records dan Universal Music Malaysia Lancar Era Baru Muzik Malaysia

    Dua label bergabung untuk memasarkan muzik tempatan secara strategik! Kerjasama antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman antarabangsa Universal Music Malaysia dijangka merevolusi landskap muzik tempatan dan membuka peluang baharu bagi artis-artis tempatan untuk memperluaskan pengaruh muzik mereka di peringkat domestik, serantau, dan global.

    Kerjasama ini menggabungkan pendekatan inovatif dan kreatif Alternate Records dalam penerbitan muzik dengan kepakaran Universal Music Malaysia yang terkenal dengan rangkaian artis ternama. Ini akan membawa perubahan baru dalam industri muzik tempatan dengan memenuhi cita rasa peminat muzik melalui gabungan kepakaran kedua-dua syarikat rakaman yang berbeza.

    Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, kerjasama dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya seperti Alternate Records adalah penting untuk mencungkil bakat baru dan menghasilkan kepelbagaian genre muzik. Ini adalah langkah penting dalam mengembangkan industri muzik tanah air.

    Kim Lim menyatakan, “Dengan menggabungkan kepakaran kedua-dua belah pihak, kami percaya kerjasama ini akan meningkatkan keupayaan kami dalam memahami selera tempatan dan mengukuhkan komitmen kami dalam menggalakkan inovasi dan kepelbagaian dalam industri muzik.”

    Tambah beliau lagi, “Bagi kami, yang lebih penting adalah jika muzik benar-benar berhubung dengan pendengar dan sesuai dengan visi yang kita cuba bina bersama, tanpa mengira dari mana asal artis tersebut.”

    Kim Lim menegaskan bahawa kerjasama ini tepat pada masanya, mengingat kejayaan Alternate Records & Talents dalam pasaran muzik masa kini. “Alternate Records & Talents telah berjaya mencungkil bakat dan menghasilkan artis, lagu, dan runut bunyi yang menonjol dalam pasaran. Pengumuman kerjasama ini hanyalah langkah pertama untuk mengembangkan lebih ramai bakat hebat dalam industri muzik Malaysia.”

    Sebagai sebahagian daripada usaha ini, beberapa artis seperti Marsha Milan, Rahmad Mega, Puteri Khareeza, Sonaone, Ernie Zakri, Bella Astillah, dan Ezra Kairo telah dan akan memulakan projek kerjasama ini. Kim Lim menyatakan, “Ini adalah antara beberapa senarai artis yang telah dan akan bekerja rapat dengan Alternate Records. Kami sangat teruja untuk terus bekerjasama dengan mereka dalam lebih banyak projek yang akan datang.”

    Puan Shahila Shah Harun, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Filem, Muzik, dan Kandungan Rancangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, berkongsi keterujaannya mengenai kerjasama ini, “Kerjasama antara Alternate Records dan Universal Music adalah langkah strategik untuk meluaskan pengaruh artis tempatan. Dengan sokongan Universal Music, kami yakin dapat menghasilkan karya berkualiti tinggi yang mampu menembusi pasaran muzik.”

    Tambah Puan Shahila Shah, “Alternate Records dan Universal Music mempunyai barisan artis berbakat dan kami akan memberi sokongan penuh dari segi promosi, produksi, dan pengedaran. Ini adalah permulaan era baharu dalam industri muzik Malaysia, membuka peluang kepada artis sedia ada dan bakat baru untuk menonjolkan potensi mereka. Usaha sama ini juga akan memfokuskan kepada pengeluaran muzik yang berani, segar, dan relevan dengan kehendak pasaran semasa.”

    Dengan pengumuman ini, industri muzik Malaysia akan membuka lebih banyak peluang kepada pemain industri untuk membawa muzik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Kolaborasi ini memberikan sinergi unik dan membolehkan kepelbagaian budaya dalam muzik Malaysia terus berkembang dan dikenali di peringkat domestik, serantau, dan global.

    Industri muzik Malaysia semakin diminati dan dihormati di persada serantau dan antarabangsa, membuka lembaran baru untuk insan kreatif Malaysia melalui platform yang lebih berdaya maju serta berprestij.

     

  • Bakat Muda Malaysia Bersinar di ICFW 2024

    FM Group, melalui program Precious Of Malaysia, menguji kreativiti pereka fesyen muda dengan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 Ogos di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.

    Acara ini, yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya, memberikan peluang kepada pereka muda untuk menunjukkan potensi mereka dalam mencipta rekaan busana yang inovatif dan kreatif.

    Jonathan dan Farel Mikhail, sebagai penganjur acara, mengakui bakat besar yang dimiliki oleh pereka muda Malaysia dan berharap ICFW menjadi titik tolak bagi mereka yang bercita-cita menjadi pereka fesyen tersohor.

    Mereka menekankan pentingnya kreativiti yang relevan dengan trend semasa, namun juga mengingatkan pereka fesyen untuk tidak ‘melacurkan’ budaya dengan rekaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif.

    Farel menggariskan bahawa sebahagian rekaan yang berpotensi melacurkan budaya termasuk rekaan seperti baju Melayu yang jarang kainnya atau penggunaan tanjak dalam konteks yang tidak sesuai. Menurutnya, hal ini boleh mempersendakan identiti budaya Melayu dan mencemarkan nilai estetika yang seharusnya dihormati.

    ICFW bukan hanya satu platform untuk menonjolkan kreativiti tetapi juga sebagai wadah untuk memahami dan menghormati adat istiadat budaya. Ini merupakan peluang yang penting bagi pereka fesyen untuk memperluaskan sayap mereka dalam bidang ini, tanpa mengabaikan nilai-nilai budaya yang telah lama dijunjung tinggi.

    FM Group juga mengumumkan bahawa tahun 2024 akan menyaksikan penambahan kelainan dalam ICFW dengan melibatkan penyertaan dari pereka fesyen serantau, menjadikan acara ini lebih meriah dan bersejarah dalam industri fesyen Malaysia dan serantau.

    “Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia, Filipina, Thailand dan India.

    “Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.

    “Untuk Malaysia, kami nak ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.

    “Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.

    Pertandingan ini melibatkan melibatkan 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.

    Antara penaja yang turut serta dalam Precious Of Malaysia adalah Affin Bank Berhad, Pavilion Damansara Heights, Vivo, MyCar dan banyak lagi.

    Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.

    Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1000 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut. Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos.

  • Yayasan MBI Memperkasa PMKS Menuju Era Digital

    MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (UPLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    Tentang pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) tidak hanya berperanan sebagai badan korporat, tetapi juga sebagai wakil kerajaan dalam melaksanakan aktiviti perniagaan di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

    Ketua Yayasan MBI Selangor, Encik Azri menekankan peranan penting organisasi ini dalam memajukan dan menyokong pembangunan Kerajaan Negeri Selangor. Beliau juga menegaskan komitmen Yayasan MBI dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dengan penuh dedikasi kepada masyarakat.

    PLATS telah memberi manfaat kepada lebih daripada 20,000 peniaga mikro di Selangor, sementara inisiatif PLATS Rakan Digital Selangor (RDS) mencipta lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan untuk golongan B40.

    “Platform Selangor (PLATS) merupakan inisiatif terkini Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk mengubah peniaga mikro, seperti penjaja dan peruncit kecil, ke era digital. Ia tidak hanya menyediakan platform promosi, tetapi juga menjadi direktori digital yang memudahkan mereka mengatasi cabaran ekonomi semasa yang dipengaruhi oleh pandemik COVID-19.

    “Meskipun pinjaman yang kita berikan tidak begitu besar, iaitu hanya RM3000. Kita percaya dengan modal permulaan itu, mereka mampu membuat inovasi terhadap diri sendiri sekaligus menganjak jati diri untuk terus berusaha dan berdaya saing agar terus maju”.

    “Beberapa inisiatif diteruskan dengan mewujudkan direktori digital dengan pembentukan Rakan Digital Selangor bagi membantu peniaga mikro dalam aktiviti promosi melalui saluran media digital dan sosial pada tahun 2021”, ujarnya ktika di temui media dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 yang telah berlangsung di Sunway Hotel & Resorts di Subang Jaya pada 12 Julai lalu.

    Sebanyak 37,018 peniaga telah mendaftar dengan PLATS hingga 31 Jun 2024, mencerminkan keberhasilan program yang digerakkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY). Inisiatif seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar semasa bulan Ramadan, dan Program U-PLATS Digital telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada pencapaian ini.

    “MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”

    Inisiatif PLATS oleh MBI Selangor dipandang sebagai tonggak progresif dalam memacu ekonomi digital Selangor, diharapkan dapat memperkasa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

  • BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN

    Album kompilasi terbaru bertajuk “Bintang Jalanan Kolaborasi Album Pemuzik Jalanan” telah dilancarkan dengan penuh gaya, menampilkan lima bintang pemuzik jalanan yang sudah mencipta nama dalam industri muzik tempatan. Mereka ialah Ammal (Naib Juara AF 2016), Amir (bintang Mentor), Islah (All Together Now), Yone (busker terbaik dari Pulau Pinang) dan Nan Blues (seorang legenda dalam dunia Buskers Malaysia).

    Album ini terinspirasi oleh ilham penerbit Amad selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terpacu oleh keterbatasan tersebut, Amad mengusulkan proyek ini kepada rekan-rekan musisi jalanan. Hasilnya adalah sebuah kolaborasi yang menggabungkan melodi-melodi indah dengan semangat pantang menyerah para buskers.

    Penghasilan album ini melibatkan kerjasama rapat dengan penyanyi dan pemuzik ulung, Oja, yang memainkan peranan penting dalam mengatur muzik yang memukau. Dari awal rakaman hingga proses penyelarasan terakhir, setiap langkah dijalankan dengan penuh profesionalisme untuk memastikan kualiti yang tiada bandingannya. Album ini tidak hanya menampilkan melodi yang menyentuh jiwa, tetapi juga mencerminkan dedikasi dan kecekapan Oja dalam dunia muzik.

    Pelancaran album ini telah berlangsung pada 14 Julai 2024 dalam Program Santai Seni@TAR, yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan turut mengundang kehadiran Dato Ito Blues Gang serta Dato Freddie Fernandez.

    Anjuran DBKL khusus bagi mengadakan program istimewa bagi seniman jalanan, rutin diadakan setiap minggu ke-2 dan ke-4 di bulan, sepanjang jalan Esfahan hingga jalan Melayu. Menyajikan hiburan secara percuma, mulai dari musik live, pertujukan seni lukis, penampilan maskot, tarian, serta permainan tradisional.

    Dengan dana yang diperoleh di bawah Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA, album ini menampilkan 10 karya baru yang menggabungkan beragam genre, mulai dari folk, blues, hingga reggae.

    Album “BINTANG JALANAN – KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN” merupakan bukti nyata bahwa bakat dan semangat dapat bersatu untuk menghasilkan karya muzik yang luar biasa.

    Senarai lagu:

    1. Dengar Dan Lihat – Nan Blues (Lagu / Lirik: Nan Blues)

    2. Superhero – Yone (Lagu / Lirik : Yone)

    3. Keroncong Biru Untuk Rose – Islah (Lagu : Amad & Oja / Lirik: Amad)

    4. Alam Sekitar – Ammal (Lagu / Lirik : Amal)

    5. A Shadow Play – Amir (Lagu: Amad, Amal, Amir Lirik: Amad)

    6. Blues Buskers Blues – Nan Blues (Lagu / Lirik : Nan Blues)

    7. Jiwa Kacau – Yone (Lagu / Lirik : Yone)

    8. Biar Saja Aku di Sini – Islah (Lagu : Islah, shamel Lirik: Amad, Islah)

    9. Ingin – Ammal (Lagu / Lirik : Amal)

    10. Lagu Baharu – Amir (Lagu & Lirik : Amad)

    Bonus Track: Semalam di Kuala Lumpur – The Columphor (Lagu & Lirik : Amad)

     

     

     

  • Malam Penganugerahan Kejayaan Usahawan Mikro Selangor 2024

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor mengadakan majlis gemilang Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 pada 12 Julai 2024, bagi meraikan para peserta siri pertama Usahawan Platform Selangor (U-PLATS).

    Encik Azri, Ketua Yayasan MBI Selangor, menegaskan peranan penting MBI Selangor dalam mempromosikan serta menyokong pembangunan Kerajaan Negeri Selangor, sambil melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan penuh dedikasi.

    Platform Selangor (PLATS) merupakan inisiatif terkini Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk mengubah peniaga mikro, seperti penjaja dan peruncit kecil, ke era digital. Ia tidak hanya menyediakan platform promosi, tetapi juga menjadi direktori digital yang memudahkan mereka mengatasi cabaran ekonomi semasa yang dipengaruhi oleh pandemik COVID-19.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBrs. Ts. Saipolyazan M Yusop berkata majlis ini amat bermakna untuk peserta PLATS kerana hal ini menunjukkan komitmen MBI Selangor dalam membangunkan serta memupuk bakat keusahawanan dalam kalangan rakyat Selangor.

    “Beberapa inisiatif diteruskan dengan mewujudkan direktori digital dengan pembentukan Rakan Digital Selangor bagi membantu peniaga mikro dalam aktiviti promosi melalui saluran media digital dan sosial pada tahun 2021”, ujarnya ktika di temui media dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 yang telah berlangsung di Sunway Hotel & Resorts di Subang Jaya pada 12 Julai lalu.

    Lebih dari 20,000 peniaga mikro di Selangor kini telah memperoleh manfaat daripada PLATS, dengan lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan dicipta untuk kumpulan B40 melalui inisiatif PLATS Rakan Digital Selangor (RDS)

    Seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS setakat 31 Jun 2024. Inimerupakan satu pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PBT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U-PLATS Digital.

    “MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”, jelasnya.

    MBI Selangor yakin inisiatif PLATS ini merupakan usaha progresif dan pemangkin kepada ekonomi digital di Selangor sekali gus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

     

  • Hannah Delisha Lancarkan Lagu Terbaru ‘Akan Tiba’ Ciptaan Faizal Tahir

    Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.

    Selepas tiga tahun, Hannah, 26, kembali sebagai penyanyi di bawah label Faithful Music. Sebagai buah tangan pertamanya, Hannah mempertaruhkan lagu Akan Tiba hasil ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Ja’a, Romeo, dan Eugene Lai.

    Hannah berkata bahawa Akan Tiba adalah sebuah lagu motivasi yang memaparkan mesej harapan dan daya tahan yang kuat.

    Apatah lagi selepas mengalami keguguran baru-baru ini, Hannah menyalurkan emosi hatinya ke dalam lirik, menggalakkan pendengar untuk bergerak ke hadapan, meninggalkan kesedihan lalu di belakang, dan percaya bahawa hari yang lebih cerah akan datang.

    “Akan Tiba bukan hanya sekadar sebuah lagu biasa. Lagu motivasi ini menyampaikan pesan-pesan inspiratif mengenai harapan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran dengan penuh semangat. Dengan ritma yang membangkitkan semangat dan lirik yang memancarkan positif, lagu ini mampu membangun keyakinan dalam diri pendengarnya.

    “Melalui melodi yang penuh semangat, Akan Tiba mampu merangsang perasaan positif dan memperkuat tekad untuk tidak menyerah di tengah cubaan hidup. Pesan motivasional dalam lagu ini sangat relevan dengan situasi keseharian ramai orang yang mungkin sedang berjuang melewati masa sukar.

    “Mendengarkan melodi yang menggerakkan jiwa dan lirik yang menghidupkan semangat, pendengar dapat merasakan kehangatan harapan yang mampu menyinari kegelapan. Dengan kata lain, lagu ini adalah sebuah sumber inspirasi yang mampu mempertajam fokus dan membangkitkan semangat juang untuk tetap melangkah maju dalam meraih impian,” katanya.

    Menurutnya, lagu Akan Tiba juga ditujukan khas kepada peminat-peminatnya yang setia sejak awal kariernya.

    “Akan Tiba bukan sekadar lagu, melainkan mewakili dari semangat pantang menyerah dan keyakinan atas datangnya waktu yang lebih baik dalam hidup setiap individu.

    “Diharapkan lagu terbaharu ini mampu diterima baik peminat serta membawa sentuhan yang segar dan berbeza dalam landskap muzik Malaysia,” katanya.

    Elemen kreatif yang digabungkan dalam lagu Akan Tiba, pastinya membuktikan bahawa Hannah adalah seorang artis serba boleh yang mampu mencipta impak dalam industri muzik tempatan. 

    Lagu Akan Tiba ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai ini menerusi sesi siaran langsung yang bakal dikendalikan oleh Hannah di akaun TikTok miliknya bermula jam 8 malam.

    Sesi siaran langsung ini dibuat selepas kali terakhirnya pada 2023 yang sebelumnya bersiaran tiga ke empat kali seminggu.

    Serentak dengan itu, lagu Akan Tiba juga boleh distrim di semua platform muzik digital dan video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music.

  • Sinergi Nu Ideaktiv dan Astro: Meriahkan Komuniti dengan ‘Hello Kedah’

    Penganjuran program “Hello Kedah” yang akan berlangsung pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, melibatkan sinergi kreatif antara Nu Ideaktiv sebagai rakan penganjur bersama Astro. Program ini bertujuan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat serta mengukuhkan silaturahim dengan menyediakan platform untuk masyarakat berkumpul dan berinteraksi.

    Masyarakat Kedah turut serta dalam program ini dengan menjadi vendor jualan makanan dan minuman, membuka peluang untuk penduduk Kedah menambah pendapatan sambil mempromosikan produk mereka. Vendor-vendor ini menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional serta moden yang terkenal di Kedah.

    Program “Hello Kedah” juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui penggunaan tenaga kerja tempatan untuk pengurusan dan pelaksanaan acara sepanjang program berlangsung. Ini memberi sokongan ekonomi kepada peniaga kecil dan sederhana di Kedah dengan menyediakan platform untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka, sekaligus mengukuhkan ekonomi setempat dengan menggalakkan penggunaan produk buatan tempatan.

    Program ini menampilkan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu, pelancaran aplikasi SeeNI dan laman web baharu KLiiK akan dirasmikan, menarik perhatian ramai dan membawa manfaat besar kepada komuniti. SeeNI menggabungkan lebih dari 20 portal majalah terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana, dan banyak lagi, menawarkan hidangan konten dalam pelbagai format menarik, dari artikel, video, hingga konten audio.

    Sementara itu, KLiiK adalah sebuah portal komuniti aktif yang menggerakkan pelbagai aktiviti untuk pengguna dalam talian, khususnya pengguna Ideaktiv. KLiiK menawarkan ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sampel percuma, acara, seminar, dan webinar yang menarik, semuanya di bawah satu portal.

    Program Hello Kedah ini akan menunjukkan kepada komuniti terdapat pelbagai rancangan di Astro serta penyertaan komuniti dari portal majalah kekeluargaan, Makanan, New Gen & lelaki daripada Ideaktiv. Antara aktiviti yang berlangsung adalah senaman “Pound Stick“, Himpunan citi-cita Bintang Kecil, Pertandingan mewarna Bintang Kecil dan juga gunting rambut secara percuma di booth Ideaktiv.

    Selain itu, program ini dirancakkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Shiha Zikir, Naqiu, Sepahtu dan ramai lagi yang menjanjikan aktiviti yang penuh dengan kemeriahan. Penampilan Khas selebriti tempatan ini telah memeriahkan suasana dengan persembahan mereka dan juga pengunjung berpeluang berinteraksi dengan artis kegemaran mereka melalui sesi autograf dan bergambar.

    Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim berkata, “Buat julung kalinya, kami diberi penghormatan untuk menganjurkan Siri Hello yang sememangnya sinonim dengan Astro dan kami gunakan kekuatan kami sebagai perantara komuniti untuk membentuk aktiviti dan program yang disediakan untuk Hello Kedah. Selain daripada menjadi usaha murni untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat, kami cuba untuk memastikan setiap program Astro dan pengisian jenama-jenama Ideaktiv dipromosikan secara maksimum.

    Hello Kedah ini juga dilihat sebagau medium untuk kami berinteraksi dengan warga Kedah dengan lebih dekat. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Marketing dalam menjayakan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK yang akan memberikan kemudahan dan manfaat besar kepada penduduk Kedah. Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dalam menganjurkan program ‘Hello Kedah’ adalah contoh terbaik bagaimana dua entiti besar boleh bergabung untuk membawa manfaat kepada komuniti.”

    Dengan ini, diharapkan program “Hello Kedah” akan menjadi satu acara yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.

  • Konsert Afgan dan Lyodra Bakal Gegarkan Kuala Lumpur September Ini!

    Konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ akan mempersembahkan Afgan dan Lyodra, dua penyanyi paling ‘top’ dari Indonesia, kepada peminat-peminat setia mereka di Malaysia. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 28 September 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, dan dianjurkan oleh Kharisma Music, penganjur konsert ternama negara.

    Sebagai penganjur utama, Kharisma Music berkerjasama dengan jenama kosmetik terkenal Alha Alfa, serta penganjur bersama Intan Gelombang dan Futurace. Segala-galanya masih misteri pada masa ini, dengan segala pertanyaan dijangka terjawab dalam sidang media khas yang akan diadakan pada bulan Ogos.

    Jualan tiket konsert ini akan dibuka pada 10 Julai 2024, jam 12:00 tengah hari, melalui laman web http://www.ticket2u.com.my/afganlyodra

    Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

    Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut: 

    • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
    • Escape (RM338, harga biasa RM438)
    • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
    • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
    • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
    • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

    Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

    Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!

  • Majlis Pembukaan Kilang FSD Industry Sdn. Bhd. Disambut Dengan Gembira

    FSD Industry Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan kilang ketiganya di Malaysia, memperluaskan kehadirannya dalam industri pembuatan tempatan. Kilang baharu itu dibangunkan dengan pelaburan besar untuk mengeluarkan produk aluminium berkualiti tinggi, termasuk tombol pintu, peralatan telekomunikasi dan komponen automotif.

    Pembukaan kilang ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat, malah banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan mewujudkan sebanyak 100 peluang pekerjaan baharu. Ini membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kawasan itu.

    Selaras dengan komitmen Industri FSD terhadap kelestarian alam sekitar, kilang ini akan beroperasi dalam persekitaran yang hijau dan mesra alam. Pendekatan ini termasuk penggunaan teknologi canggih yang mengurangkan pelepasan karbon dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Selain itu, Industri FSD juga menekankan kepentingan kitar semula dengan memproses aluminium terpakai sebagai sebahagian daripada operasi mereka. Ini mencerminkan dedikasi mereka terhadap amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mampan.

    Dengan penekanan kepada kemampanan dan inovasi, FSD Industry Sdn. Bhd. berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri pembuatan aluminium, menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan.

  • Saiful Jaicob Meraih Perhatian dengan Lagu Baru ‘Kali Kedua’

    Saiful Jaicob, atau nama sebenarnya Md Noor Saifullah, kembali merancakkan industri muzik Sabah dengan single terbarunya berjudul “Kali Kedua”. Lagu ini merupakan ciptaan Saiful Jaicob sendiri, dengan lirik oleh Kent, dan dirakamkan di Patauboys Home Studio, Sabah.

    Sebelum ini, Saiful Jaicob telah mengeluarkan beberapa single pada tahun 2014. Beliau mula menceburi dunia nyanyian secara lebih serius setelah menyertai sebuah program anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 bersama beberapa komposer tempatan Sabah yang lain.

    Dari titik permulaan tersebut, Saiful Jaicob telah merakamkan lagu terbaru untuk tahun 2024 yang berjudul “Kali Kedua”. Setelah siap, lagu ini dipersetujui untuk diedarkan secara digital oleh Luncai Emas.

    Menurut Saiful, “lagu ini mengisahkan tentang ketegasan prinsip seorang insan yang pernah ditinggalkan dahulu kemudian dirujuk kembali namun menolak dengan sepenuh hati. Kisah pahit akibat ditinggalkan telah meninggalkan kesan hitam dan hilangnya perasaan untuk membina semula cinta yang musnah. Biarpun kadang terfikir untuk memberi peluang kedua, namun biarlah ianya sebagai khayalan semata demi meneruskan kelangsungan hidup daripada diberi janji yang belum pasti kesudahannya. Kesengsaraan itu biarlah cuma sekali dan pastinya tidak berulang untuk kali kedua”.

    Tambahan pula, single “Kali Kedua” telah berjaya menjadi pencalonan baru dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) pada 1 April 2024, dan kini sudah memasuki minggu ke-13 serta menduduki tangga ke-2.

    “Kent yang hantar lagu ini pergi RTM Sabah, dan masuk dalam pencalonan baru. Akhirnya RTM Sabah hubungi saya selepas lagu ini lulus untuk siaran. Mungkin rezeki saya”. – jelas Saiful Jaicob.

    “Saya amat terpegun kerana lagu ini telah menduduki tangga ke-2 dan berharap ianya boleh bertahan hingga ke minggu akhir sekaligus menjuarai dalam Carta Lagu Artis Sabah 2024”. – ujar Saiful Jaicob lagi.

    Buat masa kini, Saiful Jaicob akan meriliskan single Kali Kedua di semua saluran digital mulai 5 Julai 2024 dan official audio di Youtube. Para peminat boleh membuat undian juga untuk lagu ini di ruangan Facebook Carta Lagu Artis Sabah.

    Semoga lagu ini berjaya memikat pendengar dan berkembang di seluruh Sabah serta Semenanjung Malaysia.

  • TNG Digital and CIMB Bank Introduce Seamless Digital Gold Investment

    TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital), Malaysia’s largest integrated fintech player, has introduced e-Mas, a gold investment product available within the TNG eWallet. This all-digital gold investment product provides users with a secure and convenient way to diversify their investment portfolios.

    The launch event, attended by YB Tuan Gobind Singh Deo, Minister of Digital, marked a significant milestone for TNG Digital and its partner, CIMB Bank Berhad. The Minister’s presence highlights the government’s commitment to promoting digital financial inclusivity and innovation.

    Alan Ni, Chief Executive Officer of TNG Digital, stated, “With the launch of e-Mas, we are expanding our range of investment products within the TNG eWallet, aiming to enhance financial empowerment and accessibility for Malaysians. We are honoured by the support from the Minister of Digital, YB Tuan Gobind Singh Deo, in our efforts to democratise digital financial offerings, such as digital gold investment. e-Mas allows users to invest in gold via TNG eWallet, with a low entry amount of RM10, offering a variety of products to suit different investment risk appetites.”

    Chu Kok Wei, Co-CEO of Group Wholesale Banking at CIMB Group, commented, “At CIMB, we are committed to pioneering a digital-centric approach to treasury products. As the liquidity provider for e-Mas, we leverage our strong capabilities in risk management and digital treasury solutions. Our collaboration with TNG Digital represents a significant step forward, complementing our long-standing presence in the wholesale financial market and demonstrating our dedication to providing tailored financial solutions across various client segments.”

    e-Mas enhances TNG Wallet’s existing investment offerings, enabling users to start gold investment from as low as RM10 with no hidden costs. Designed to provide a superior investment experience, it features a seamless end-to-end digital journey, allowing users to monitor gold prices with live updates and manage their investments directly from the eWallet.

    e-Mas represents just one of the many financial services products offered under the investment feature of TNG eWalet, aimed at empowering Malaysians to make better financial decisions. With a comprehensive suite of convenient, secure, and rewarding financial services products, TNG Digital is committed to providing users with the tools they need to manage their finances effectively.

  • KOMPILASI ‘ROCK NEVER DIES’ BUKTI SEMANGAT ROCK TIDAK AKAN MATI

    20 buah lagu baharu daripada 20 kumpulan muzik berteraskan genre rock yang dikeluarkan baru-baru ini berjaya membuktikan semangat memperjuangkan muzik rock yang kukuh dalam setiap anggota band terlibat seperti MELISSABAND, ROOTS N BOOTS, LEMON T, THE ALIF FT MARIONEXXES, BAHTERA, MEDITASI, SONS OF ADAM, THE VOLTAGE, SENNA, X-TERNAL, ZUBIRA, KOROKODEL, CROSSOVER, BUMANTRA, THE FLOW, XNERGY, BURNTARA, EXIT, SPIT IT OUT TIME, dan MANUSIA.

    Fakta menariknya, semua karya baharu ini dimuatkan dalam kompilasi album “ROCK NEVER DIES” yang diterbitkan oleh FGI Entertainment dan promosi oleh Melissa Record, sudah berada di pasaran sejak awal bulan Jun. Album ini dijual sendiri oleh setiap band terlibat dan hingga kini telah mencapai lebih dari sasaran awal cetakan iaitu hampir 800 keping CD (beserta pendrive)!

    Oleh itu, satu majlis Sidang Media mengumumkan bahawa album ROCK NEVER DIES telah berada di tangan para peminat muzik rock tempatan diadakan pada malam Ahad, 30 Jun 2024. Majlis ini ditaja oleh Restoran Asam Pedas London, Bandar Baru Selayang, yang menyediakan lokasi dan hidangan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran vokalis band gergasi Wings, Dato Awie, yang merasmikan acara, bersama wakil pemimpin DUN Taman Templer Selayang yang sentiasa menyokong perkembangan seni hiburan yang sihat dalam masyarakat.

    Dalam ucapan perasmiannya, Dato Awie menyatakan rasa terharu dapat hadir sekaligus menyokong perjuangan muzik ROCK NEVER DIES yang turut disertai oleh mereka yang telah lama berada dalam industri seperti Abg Lord dan lain-lain. Beliau juga bersyukur kerana kehadirannya di majlis ini seolah-olah merealisasikan impian sahabat lamanya, Ajak Melissa, yang tidak pernah putus asa meneruskan perjuangan muzik Melissa Band, meskipun sering dilanda pelbagai isu dan kontroversi. Sebelum mengakhiri ucapan, Dato Awie sempat memberi nasihat kepada pelapis baharu agar sentiasa fokus kepada matlamat dalam bidang muzik dan “kena rajin prektis”.

    Majlis malam itu turut disertai semua anggota 20 band terlibat, termasuk dari negara jiran Singapura. Hampir 200 tetamu hadir termasuk jemputan khas dari kalangan pemain media selain pempengaruh media sosial yang sinonim dalam perjuangan muzik rock tanah air.

    Di majlis yang sama itu juga, turut diumumkan KONSERT ‘ROCK NEVERDIES’ bakal diadakan pada 10 Ogos 2024 bertempat di WARISAN HALL STUDIO. Tiket dijual pada harga RM50 setiap satu. Tempahan tiket sudah boleh dibuat menerusi band- band yang bakal beraksi di pentas konsert hari berkenaan.

  • SYAZWAN SHUHAIMI TAMPIL DENGAN SINGLE TERBAHARU CINTA KE SYURGA

    Syazwan Shuhaimi, artis yang bernaung di bawah label hiburan terkemuka, telah mengumumkan pelancaran single terbarunya yang berjudul “Cinta Ke Syurga” setelah lebih dari dua tahun.

    Lagu ini adalah karya dari Aiman Sidek dan mengambil inspirasi dari suasana majlis perkahwinan yang Syazwan sering hadiri. Beliau mendedikasikan lagu ini sebagai sebuah “wedding song” yang merangkumi momen bahagia dalam perkahwinan.

    Syazwan menjelaskan bahawa tujuan lagu ini adalah untuk merayakan kisah cinta dan mengingatkan tentang perjalanan yang sukar sebelum mencapai hari bahagia perkahwinan. “Saya ingin lagu ini menjadi ungkapan perayaan untuk pasangan-pasangan yang bahagia, semoga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga,” katanya.

    Mengenai proses penghasilan lagu ini, Syazwan mengakui bahawa beliau awalnya tidak yakin dengan keputusan untuk merakam lagu ini. Beliau menghadapi cabaran dengan jadual perjalanan yang padat ke luar negara, hanya sempat untuk satu sesi latihan sebelum masuk ke studio rakaman. “Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan pada hari rakaman dan saya sangat gembira dengan hasil akhirnya,” tambahnya.

    Single “Cinta Ke Syurga” telah dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan boleh didapati di pelbagai platform digital termasuk iTunes, Apple Music, Deezer, Spotify, dan YouTube. Video lirik lagu ini juga akan disiarkan secara rasmi pada 28 Jun 2024 pukul 9 malam di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

  • ‘Semesta’ Buah Tangan Terbaharu Adrianna Cinta


    Rocketfuel Entertainment, label hiburan terkemuka di Malaysia, bersama-sama Sony Music Malaysia, menjalin kerjasama untuk mencipta runut bunyi untuk drama bersiri X-Changed. Drama ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Arfie Shah (Khalif), Joey Long (Lilian), Dato’ Rosyam Nor (Yakob), dan Marisa Yasmin (Mariam).

    Adrianna Cinta, penyanyi muda yang semakin mendapat perhatian, telah melancarkan single terbarunya bertajuk “Semesta”. Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang sedang mengalami perjalanan untuk mencari dan mengenali dirinya sendiri, sambil dihadapkan pada pilihan besar dalam hidup yang menimbulkan tekanan emosional.

    “Semesta menceritakan kisah seseorang yang mengalami krisis dengan dirinya sendiri, sering merasa sedih dan menangis di waktu malam, dan berharap semua akan berakhir saat matahari kembali menyinari. Dia berharap agar semesta akan membimbing hidupnya,” jelas Adrianna.

    Adrianna juga menceritakan cabaran utama dalam proses penulisan lagu ini, di mana dia perlu menentukan naratif utama yang perlu ditonjolkan dan cara cerita tersebut disampaikan. Setelah menerima skrip dari drama “X-Changed”, Adrianna membuat keputusan untuk menulis tentang karakter utama yang mengalami krisis identitas dan emosi, termasuk dalam konteks kemurungan.

    Menurut Adrianna, proses penulisan lagu “Semesta” berjalan dengan cepat dan lancar. Dia berterima kasih kepada Farouk Roman, komposer lagu ini, yang memberikan bantuan besar dalam menghasilkan lagu yang bermakna ini. Menariknya, Adrianna hanya memerlukan waktu 30 minit untuk merakamkan lagu ini di studio, menjadikan proses rakaman ini salah satu yang paling pantas dalam pengalamannya.

    Lebih istimewa lagi, runut bunyi untuk drama bersiri X-Changed ini bukan sahaja mempunyai versi Bahasa Melayu namun ianya turut mempunyai versi Bahasa Mandarin berjudul 迷雾 (Fog) yang dinyanyikan Joey Leong yang merupakan salah seorang pelakon untuk drama bersiri ini.

    Menurut Joey, cabaran utama dalam merakam lagu ini adalah bagaimana beliau mahu menyampaikan lagu ini dari wataknya sendiri, Lilian.

    “Saya perlu mengambil sedikit masa untuk mendapatkan emosi yang betul sebagaimana saya gambarkan penceritaan lagu dan juga keseluruhan drama bersiri ini.”

    Joey juga menyatakan beliau hampir menitiskan air mata kerana lirik dan lagu tersebut sangat dekat dengan dirinya. Selain itu, beliau berasa sangat gembira kerana pihak produksi telah memilihnya untuk menyanyikan lagu ini.

    “Saya merasakan lagu ini sangat istimewa. Jadi, saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak produksi kerana memilih saya untuk menyanyikan lagu ini.” kata Joey.

    Sepanjang pembikinan lagu ini juga segala-galanya turut mudah dan kerjasama bersama Farouk Roman memudahkan lagi proses rakaman yang dilakukan dalam versi Mandarin.

    Untuk makluman, lagu Semesta & 迷雾 (Fog) bakal dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music pada hari yang sama. Manakala, lirik video Semesta dari Adrianna Cinta akan ditayangkan secara rasminya pada 28 Jun 2024 bermula jam 9 Malam pada saluran YouTube Adrianna Cinta Vevo dan Fog dari Joey Leong pada saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

  • ‘Nadi’ Yonnyboii dan Jobranko Sampaikan Mesej Kebebasan dan Kekuatan Diri

    Yonnyboii kembali dengan lagu yang menyampaikan mesej yang mendalam, berjudul Nadi, yang merupakan hasil kolaborasi dengan pemain gitar terkenal Jobranko.

    Lagu ini sangat istimewa bagi Yonnyboii kerana terinspirasi dari pengalaman peribadinya sendiri. Dicipta bersama komposer Amy Bong, Yonnyboii yakin lagu ini dapat menyentuh hati banyak orang.

    Baginya, mengekspresikan pengalaman peribadi melalui Nadi memberikan kelegaan. Dia percaya ramai yang mungkin mengalami perasaan serupa. “Saya ingin lagu ‘Nadi‘ ini dirasai secara mendalam oleh pendengar. Saya menulis tentang keresahan dan ketakutan saya ketika berinteraksi dengan orang baru. Saya merasa ragu untuk meminta bantuan. Saya berharap lagu ini dapat memberi kekuatan kepada mereka yang menghadapi situasi serupa,” katanya.

    Yonnyboii menekankan bahawa mesej utama Nadi adalah untuk memberi semangat kepada pendengar. Dia yakin semua orang menginginkan kebebasan dari perasaan gelap. “Lagu ini mencerminkan bagaimana saya berjuang dengan perasaan tertentu dan ingin membebaskan diri dari itu. Pada akhirnya, saya mengejar kebebasan,” tambahnya.

    Bagi Yonnyboii, satu lagi hal yang istimewa adalah berkolaborasi dengan Jobranko, yang merupakan legenda dari kumpulan Wings. Baginya, ini merupakan penghormatan besar karena dapat bekerja dengan seseorang dari generasi sebelumnya. “Jobranko benar-benar memberikan kekuatan kepada ‘Nadi‘. Permainan gitarnya menghidupkan lagu ini dan membawa dimensi baru. Saya bangga dapat berkolaborasi dengan beliau dari dua generasi yang berbeza,” ujarnya dengan bangga.

    Jobranko juga memberi pendapatnya bagi kolaborasi ini. “Sebenarnya kolaborasi ini memang sesuatu yang tidak dijangkakan. Secara jujurnya, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi dalam lagu Nadi dengan Yonnyboii. Saya sangat menghargai kerana artis muda and masih meningkat masih lagi mengenali Jobranko untuk membuat satu kolaborasi bersama- sama”.

    “Saya mahu berterima kasih kepada producer Amy Bong, semua warga Universal Music Malaysia  termasuk team Yonnyboii untuk kolaborasi ini” kata Jobranko, bekas anggota kumpulan WINGS.

    Sudah melancarkan muzik video (MV) baru-baru ini, Yonnyboii sangat gembira dengan hasil sentuhan pengarah kreatifnya, Andrew Lim. Hakikatnya, MV itu disifatkannya cukup memuaskan.

    Menurutnya, dia cuma memberikan panduan kepada Andrew bagaimana konsep diinginkan dalam kepala secara asas saja. Kepercayaan itu jelas digalas begitu cemerlang oleh pengarah terbabit.

    “MV pun dilunaskan dengan begitu baik oleh Andrew dan sejujurnya saya serahkan kepercayaan itu kepadanya. Dia berjaya beri hasil yang sangat baik untuk menggambarkan isi hati saya. “Hakikatnya, Andrew yang mencipta keseluruhan jalan ceritanya. Misalnya adegan saya melarikan diri dari kontena, kenapa saya berbuat demikian, dan sebagainya. “Disebabkan lagu ini adalah sebuah karya bergenre rock jiwang, cuma beritahu mereka konsep diinginkan iaitu sesuatu yang ‘grunge’ dan rock,” katanya.

    Yonnyboii turut berharap Nadi mampu mengulang kejayaan lagu-lagu terdahulunya. Dia inginkan mesej dalam lagu ini akan berjaya membekas di hati sesiapa juga. “Saya memang meletakkan harapan yang cukup besar terhadap Nadi. Semoga lagu ini akan digemari ramai dan mesej yang cuba saya sampaikan dapat menusuk hati ramai pendengar,” katanya.

    Nadi boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music pada 21st Jun 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Yonnyboii pada 21st Jun 2024.

  • OPPO Merentas Batas dengan Pelancaran Reno12 dan Reno12 Pro: Keunggulan AI dan Reka Bentuk Inovatif Menyertai Era Baharu Siri Reno

    OPPO Merentas Batas dengan Pelancaran Reno12 dan Reno12 Pro: Keunggulan AI dan Reka Bentuk Inovatif Menyertai Era Baharu Siri Reno

    Pada 27 Jun 2024, OPPO mengumumkan pelancaran dua telefon AI baharu, Reno12 dan Reno12 Pro, yang memperkenalkan ciri-ciri GenAI peneraju industri untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti ke tahap yang lebih tinggi. Model-model ini mewakili bab baru dalam sejarah siri OPPO Reno yang popular dan merupakan pelancaran utama yang pertama di bawah komitmen OPPO untuk mempercepatkan penggunaan telefon AI.

    Kedua-dua Reno12 dan Reno12 Pro menampilkan reka bentuk Futuristik Fluid dan rangka aloi berkekuatan tinggi, mencipta penampilan yang menakjubkan sambil memastikan reka bentuk yang paling kukuh untuk telefon bimbit siri Reno hingga kini, dengan perlindungan yang dipertingkatkan terhadap ketahanan jatuh, tekanan, dan air. Mereka dilengkapi dengan platform mudah alih terkini 4nm MediaTek Dimensity 7300-Energy For Reno, yang dibangunkan secara eksklusif oleh MediaTek dan OPPO untuk memberikan kecekapan kuasa yang luar biasa.

    Dengan teknologi pengecasan kilat 80W SUPERVOOCTM OPPO dan bateri berkapasiti kuasa tertinggi 5,000mAh dalam sejarah siri Reno, Reno12 dan Reno12 Pro baharu memastikan hayat bateri yang ultra panjang, pengecasan sepantas kilat, dan jangka hayat bateri yang optimum sehingga empat tahun, mempamerkan siri Reno dalam melangkaui batasan kepraktisan, ketahanan, dan gaya terkini.

    Untuk mempercepatkan penggunaan telefon AI, OPPO telah bekerjasama dengan Google, Microsoft, MediaTek, Qualcomm, dan rakan kongsi lain awal tahun ini. Reno12 dan Reno12 Pro memperkenalkan set ciri GenAI yang inovatif untuk pelbagai penggunaan harian. AI Eraser yang baru dan dikemaskini membolehkan pengguna menghilangkan orang asing dalam foto dengan mudah dengan hanya satu ketukan, berkat kemampuannya untuk mengenal pasti secara automatik orang dan objek yang tidak diingini.

    Kedua-dua telefon ini juga dilengkapi dengan dua ciri AI yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti gambar berkumpulan. AI Clear Face memberikan semua orang dalam gambar berkumpulan sentuhan yang sama seperti bintang utama, dengan pemulihan definisi tinggi pada butiran seperti kontur wajah, rambut, dan kening, memastikan wajah mereka ditangkap dengan jelas walaupun berdiri jauh dari kamera. Sementara itu, AI Best Face boleh mengenal pasti orang dalam foto yang matanya tertutup secara automatik dan menggunakan teknologi GenAI yang canggih untuk membuka mata mereka, memastikan tiada tangkapan gambar berkumpulan yang disia-siakan.

    Untuk lebih banyak kemungkinan imaginatif, AI Studio boleh mencipta avatar digital atau gaya potret artistik daripada hanya satu foto pengguna, membolehkan pengguna membayangkan semula diri mereka dalam gaya yang berbeza menggunakan keupayaan GenAI yang baru.

    Selain daripada peningkatan kualiti foto, Reno12 dan Reno12 Pro juga memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan kecekapan dan kreativiti. Dibina di atas Model Bahasa Besar Google Gemini (Large Language Model – LLM), AI Toolbox merupakan tambahan baru pada bar sisi pintar yang memanfaatkan keupayaan pengenalan yang kuat untuk memahami kandungan yang dipaparkan di skrin dan mencadangkan ciri AI yang bersesuaian, seperti penjanaan kandungan media sosial yang cepat atau ringkasan kandungan untuk artikel panjang. Dalam aplikasi Rakaman, pengguna kini juga boleh menggunakan alat AI Recording Summary yang baru untuk merumuskan ringkasan teks secara pintar daripada rakaman suara dan menyusunnya menjadi nota, dengan maklumat seperti senarai tugasan, masa, lokasi, dan butiran lain diserlahkan dan diformatkan untuk meningkatkan kebolehbacaan.

    Reno12 dan Reno12 Pro membawa Siri Reno ke masa depan dengan rekaan bentuknya yang berani dan berpandangan jauh yang berpusat pada luaran perak era angkasa. Panel kaca belakang kedua-dua model telah dihasilkan dengan Tekstur Gelombang Fluid OPPO, mencipta sensasi 3D seperti air yang beralun di kolam. Penggunaan inovatif kesan paralaks memastikan sensasi visual ini dicapai sambil mengekalkan tekstur dan sentuhan licin seperti cermin, menjadi ciri tersendiri utama Siri Reno.

    Selain daripada penampilan perak baharu, kedua-dua model turut menawarkan pilihan warna. Sunset Pink pada Reno12 menggunakan proses kristal cecair grafik perintis OPPO untuk menghasilkan kelainan warna baru untuk Peach Fuzz, Warna Pilihan Tahun 2024. Untuk penampilan yang lebih klasik, Matte Brown menampilkan warna koko yang kaya dengan kemasan bebas tanda cap jari. Untuk Reno12 Pro, kedua-dua Sunset Gold dan Space Brown menampilkan reka bentuk matte-gloss dua ton dengan dua bahagian yang dipisahkan secara semula jadi oleh pita metalik bergaya yang melintang di bahagian belakang telefon.

    Bahagian hadapan Reno12 Pro menyaksikan evolusi terbesar pada paparan dalam sejarah Siri Reno dengan kehadiran Skrin Infinite View baharu, salah satu teknologi skrin paling canggih yang tersedia pada mana-mana telefon pintar. Dengan reka bentuk mikro-lengkung kuad, skrin ini menggabungkan estetika skrin lengkung dengan cengkaman skrin rata, memberikan keselesaan luar biasa dan visual yang amat mengasyikkan sambil mengurangkan bilangan sentuhan tidak sengaja yang berlaku secara ketara pada tepi lengkungan skrin.

    Kedua-dua Reno12 dan Reno12 Pro dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED 6.7-inci, 120Hz yang mampu memaparkan sehingga 1.07 bilion warna sambil menawarkan perlindungan mata rendah cahaya biru pada peringkat perkakasan. Tambahan pula dengan teknologi Splash Touch OPPO, satu penyelesaian proprietari yang membolehkan skrin berfungsi dengan betul walaupun skrin atau tangan pengguna basah.

    Perlindungan skrin ini pada Reno12 dijaga dengan Corning® Gorilla® Glass 7i dengan perlindungan jatuhan yang berkualiti tinggi. Reno12 Pro pula menampilkan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 – kaca pelindung paling lasak yang pernah dilengkapi pada telefon Siri Reno, memberikan ketahanan peringkat unggul terhadap impak, jatuhan, lenturan, dan calar. Dengan penarafan IP65, kedua-dua model juga memberikan ketahanan habuk dan air yang kukuh, sementara komponen kritikal di seluruh telefon, termasuk bukaan, pembesar suara, port USB-C, dan dulang kad SIM, telah diperkukuhkan agar telefon lebih kalis air.

    Dilengkapi dengan sensor Sony LYT-600 yang menampilkan autofokus omni-arah piksel penuh dan OIS, Kamera Utama Reno12 dan Reno12 Pro menawarkan fokus yang lebih pantas dan stabil untuk tangkapan gambar yang lebih jelas. Kedua-dua model juga mempunyai Mod Potret dengan zoom sehingga 2x untuk menangkap potret.

  • Johor Leads the Way: Malaysia’s First IoT Smart City Promises a New Era of Urban Innovation

    Johor Leads the Way: Malaysia’s First IoT Smart City Promises a New Era of Urban Innovation

    Today, Johor, Malaysia, has stepped boldly into the future as the chosen site for the nation’s inaugural IoT Smart City pilot project. Spearheaded by the visionary efforts of the newly established Association of International IoT Entrepreneurs, this initiative marks a monumental leap forward in global technology innovation, poised to redefine urban living through cutting-edge IoT solutions.

    The launch of Malaysia’s first IoT Smart City in Johor signals a pivotal moment in global technological advancement. With a steadfast commitment to fostering collaboration among leading technology firms, research institutions, and industry experts worldwide, the Association of International IoT Entrepreneurs aims to accelerate the pace of IoT technology innovation and standardization. This ambitious endeavor not only promises to bolster economic development but also to revolutionize IoT applications across diverse sectors, charting a new course for smart cities globally.

    Datuk Sri Steven Yong, the visionary founder of U-caring International, expressed his conviction, stating, “IoT technology is reshaping our world, redefining how we interact with cities and communities. The Association of International IoT Entrepreneurs will inject dynamism into the global IoT landscape, driving progress and prosperity.”

    The selection of Johor as the hub for Malaysia’s pioneering IoT Smart City project underscores its strategic importance and readiness for cutting-edge urban development. With its robust infrastructure and supportive innovation ecosystem, Johor is uniquely positioned to lead the charge in integrating AI robotics, smart homes, intelligent security systems, and innovative healthcare solutions into everyday urban life.

    The IoT Smart City project aims to revolutionize commercial centers, residential areas, and retirement communities, enhancing quality of life through enhanced connectivity and operational efficiency. Scheduled for completion within three years, the smart ecosystem is poised to set a new benchmark in urban management and sustainability.

    The realization of IoT Smart Cities necessitates global cooperation. The Association of International IoT Entrepreneurs is committed to forging partnerships with governments, corporations, and research institutions worldwide to propel the Johor project forward and pave the way for future smart city initiatives. International conferences, technology exchanges, and training programs will foster cross-border collaboration, driving IoT innovation on a global scale.

    Datuk Sri Steven Yong reiterated, “We are thrilled to announce Johor as the flagship location for Malaysia’s first IoT Smart City. This landmark achievement not only elevates Johor’s global stature but also underscores our unwavering commitment to technological innovation and urban excellence. We are fully dedicated to realizing this visionary project and setting new benchmarks in smart city development.”

    The Association of International IoT Entrepreneurs is a non-profit organization dedicated to advancing IoT technology on a global scale. Its membership comprises leading technology firms, research institutions, and industry pioneers united in driving the innovation and deployment of IoT solutions across international borders.

    U-caring International (Holdings) Group is at the forefront of introducing AI robotics to Malaysia and beyond. Committed to enhancing urban living through innovative technologies, U-caring International continues to expand its AI smart robot portfolio, serving diverse markets, including China’s dynamic population of 1.4 billion.

    As the world turns its attention to Johor’s IoT Smart City project, excitement mounts for a future where technology seamlessly integrates with urban life, enhancing efficiency, sustainability, and community well-being. The journey toward smart cities has begun, promising a transformative era of urban innovation and prosperity.

  • Lagu Baharu Dari Lisa Yang Berjudul “Rockstar”

    Hari ini, ikon rap, penyanyi, penari, dan ikon gaya global, LISA (Lalisa Manobal), telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul “Rockstar” melalui LLOUD Co./RCA Records. Dengarkan “Rockstar” di sini. Dalam lagu ini, LISA mempamerkan kehebatan rapnya yang lancar dan vokal pop yang bertenaga, terutama ketika dia menyanyikan lirik, “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.” Lagu baharu ini diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee, menunjukkan kolaborasi hebat yang menghasilkan karya yang mengagumkan.

    Selain lagu tersebut, LISA juga berkongsi video rasmi “Rockstar” arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead. Dirakam di Bangkok, video ini memberi peluang kepada Lisa untuk menyelami kota kelahirannya sambil memberi penghormatan kepada budaya Thailand dan kehidupan jalanan Thailand yang asli saat dia menampilkan dirinya sebagai seorang bintang rock sejati dengan selingan koreografi yang memukau. Tonton video tersebut di sini

    LISA pertama kali memperkenalkan sedutan lagu baharu ini pada awal bulan Jun di media sosial melalui hantaran di akaun TikToknya yang memecahkan rekod dunia Guinness dengan mendapatkan 1 juta pengikut dalam waktu 2 jam dan 18 minit. Selepas dia mengumumkan kelahiran single tersebut minggu lalu, ia disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan dari para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain.

    “Rockstar” adalah single solo pertama LISA yang dikeluarkan di bawah kerjasama terkini antara syarikat pengurusannya, LLOUD Co., bersama RCA Records. Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD CO. ditubuhkan oleh LISA dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.

    LISA paling dikenali sebagai anggota salah satu kumpulan nyanyian wanita K-pop paling popular dunia, BLACKPINK. Selain kejayaannya dengan BLACKPINK, LISA telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai seorang artis solo saat lagunya “Lalisa” dan “Money” memasuki carta top 10 Billboard Global 200 dan “Money” pula memegang rekod sebagai lagu yang paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.

    Pada tahun 2023, LISA memecahkan tiga rekod dunia Guinness dengan pengikut Instagram terbanyak untuk seorang artis K-pop (saat ini 103 juta pengikut di platform tersebut), dan dia juga merupakan pemenang solo K-pop pertama di MTV Video Music Awards dan MTV European Music Awards.

    Di luar dunia muzik pula, LISA akan membintangi musim terbaharu siri hit HBO Original, The White Lotus, musim ke-3. Watak ini akan menjadi pengenalan gahnya di layar TV, malah saat ini dirinya sedang menjalani penggambaran di negara asalnya Thailand.

    Selain dominasinya secara global dalam dunia muzik dan seni pentas yang tiada tandingan, dia dikenali juga kerana naluri fesyennya yang unik serta gayanya yang sentiasa mencetuskan trend, ini menjadi kekuatan utamanya dalam industri fesyen dunia. Dia memiliki beberapa kerjasama besar dan saat ini menjadi wajah Bulgari.

  • Fashion Extravaganza Unveiled: Malaysia Hosts Premier Tailoring Congress

    Fashion Extravaganza Unveiled: Malaysia Hosts Premier Tailoring Congress

    The Federation of Tailors’ Guilds Malaysia (FTGM) has announced the much-anticipated return of the 28th Congress of the Federation of Asian Master Tailors, set to grace the illustrious Grand Hyatt Kuala Lumpur from August 1st to 6th, 2024. After an 18-year hiatus, this grand event heralds Malaysia’s unwavering dedication to bespoke tailoring excellence and propelling emerging talents onto the global stage.

    With ambitions to attract a myriad of sponsors, exhibitions, and delegates, the Congress promises to ignite impassioned discussions and ignite unprecedented innovations within the industry. Attendees can expect an immersive experience teeming with diverse programs, ranging from exclusive masterclasses by distinguished luminaries to breathtaking fashion showcases.

    Mr. Sam Ng Teck Yau, President of the Federation of Tailors’ Guilds Malaysia, exuded his fervor in hosting this prestigious gathering, declaring, “The 28th Congress of the Federation of Asian Master Tailors stands testament to Malaysia’s enduring commitment to the artistry of bespoke tailoring and the nurturing of budding talents. Anticipating participation from 6 European and 10 Asian countries, with an anticipated congregation of 300 delegates, we are poised to dazzle a discerning global audience with the ingenuity and innovation of our designers. This assembly not only pays homage to Asia’s rich tapestry of tailoring traditions but also underscores our collective resolve to push the boundaries of creativity and craftsmanship.”

    He emphasized that the Congress aligns seamlessly with Malaysia’s national agenda to celebrate and promote kebaya, batik, and songket, showcasing their unique attributes through dedicated fashion shows aimed at captivating international guests.

    “We are set to offer foreign visitors immersive tours of Malaysia’s cultural and artistic landmarks, bolstering our tourism appeal and spotlighting our rich tapestry of arts and culture to entice more global visitors to explore our nation.”

    In a bid to bolster support, the Federation has extended invitations to representatives from the Ministry of Tourism, Arts, and Culture (MOTAC) and Tourism Malaysia to attend the upcoming media conference. Mr. Sam Ng expressed optimism that these esteemed bodies, alongside related ministries and the media, will lend their full-throated support to this landmark event.

    He extended heartfelt gratitude to all sponsors, MOTAC, Tourism Malaysia, and esteemed collaborators, recognizing their pivotal role in making this Congress a resounding success.

    YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Deputy Chairman of the Malaysian Tourism Promotion Board Of Directors, underscored the potential of leveraging the 28th Federation of Asian Master Tailors (FAMT) Congress 2024 to spearhead the establishment of a “Fashion & Design Hub” in Malaysia. He emphasized that this hub could potentially revolutionize Malaysia’s fashion industry, amplifying its global footprint and intertwining seamlessly with tourism, culture, and education sectors to create a magnet for tourists and educational pursuits alike.

    Event Highlights:

    August 2nd – 3rd, 2024: Eminent Professor Andrew M Ramroop OBE, from the Savile Row Bespoke Tailoring Academy, will impart exclusive Master Classes, setting unparalleled benchmarks in precision and artistry within the craft.

    August 3rd, 2024 (18:00 – 19:30): The “Fashion Flux” Malaysia Emerging Designers Fashion Show will unveil avant-garde creations by fresh graduates from prestigious institutions like Raffles, INTI, and Vocational College. Featuring 10 designers and 40 meticulously curated looks, this showcase promises to ignite a tapestry of talent and innovation.

    August 4th, 2024 (17:00 – 19:00): The “Fashion Mosaic” International Fashion Show will take center stage at the HGH Convention Centre, spotlighting the exemplary works of 30 designers from the Asia Master Tailors and MODA. With 162 meticulously crafted ensembles, this showcase epitomizes bespoke fashion at its zenith.

    August 5th, 2024 (16:00 – 18:30): The Kuala Lumpur International Suit Walk will embark on an epochal journey from Grand Hyatt Kuala Lumpur to Pavilion Kuala Lumpur. With 500 participants and the presence of 20 eminent opinion leaders, this event aims to etch its name in Malaysia’s annals of record-breaking feats.

    “Participation in the Congress, the Malaysia Emerging Designers Fashion Show, the International Fashion Show, and the Kuala Lumpur International Suit Walk offers a gateway to invaluable insights, networking opportunities, and a global platform to showcase one’s prowess. Let us unite in forging collaborations, nurturing innovation, and celebrating the timeless artistry of bespoke tailoring,” concluded Sam.

    The forthcoming 28th FAMT 2024 presents an unparalleled opportunity for stakeholders to steer the course of the tailoring industry. A heartfelt invitation is extended to sponsors, exhibitors, and delegates alike to partake in this enriching and transformative experience.

  • OPPO Memperkenalkan OPPO Enco Air4 Pro: Revolusi Audio Tanpa Wayar

    OPPO Memperkenalkan OPPO Enco Air4 Pro: Revolusi Audio Tanpa Wayar

    Pada hari yang penuh gemilang, OPPO telah memperkenalkan produk terbaru mereka, OPPO Enco Air4 Pro. Fon telinga tanpa wayar ini bakal mengubah cara anda mengalami audio dengan teknologi canggih dan prestasi yang mengagumkan.

    OPPO Enco Air4 Pro dilengkapi dengan teknologi Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) yang memukau, mampu mencapai kedalaman pembatalan bunyi hingga 49dB dan mencakup frekuensi hingga 4000Hz. Dengan tiga mikrofon seni bina double-fed, fon telinga ini menjamin kualiti bunyi yang jernih dalam setiap situasi, walau di lingkungan yang bising.

    Didukung oleh pemacu besar 12.4mm dan codec Bluetooth LHDC 5.0 yang disahkan oleh Hi-Res Audio, OPPO Enco Air4 Pro menawarkan pengalaman mendengar berkualiti studio sebenar. Peningkatan 89% dalam kawasan getaran berbanding pemacu dinamik standard memastikan aliran udara yang lebih baik dan kualiti bunyi bass yang mengagumkan.

    Dengan hayat bateri sehingga 44 jam bersama bekas pengecasnya, OPPO Enco Air4 Pro memastikan pengalaman mendengar anda tidak terganggu. Hanya dengan 10 minit pengecasan pantas, anda boleh menikmati muzik selama 4 jam – ideal untuk kegunaan harian anda.

    Dengan penarafan kalis habuk dan air IP55, OPPO Enco Air4 Pro sesuai untuk pelbagai aktiviti luar dan kegunaan harian. Berat hanya 4.4 gram setiap satu, ia direka untuk keselesaan maksimum sepanjang hari, sesuai dengan gaya hidup anda.

    Menggunakan Bluetooth 5.4 untuk sambungan yang stabil dan anti-gangguan, OPPO Enco Air4 Pro memastikan pengalaman lancar dalam permainan dan video. Ia juga menyokong ketersambungan dengan dua peranti secara serentak dan sesuai dengan pelbagai sistem operasi termasuk Android, iOS, dan Windows, dengan kemudahan tambahan Google Fast Pair untuk pengguna Android.

    OPPO Enco Air4 Pro akan mula dijual secara kebangsaan pada 27 Jun dengan harga yang kompetitif RM399. Tersedia dalam warna Moonlight White dan Midnight Black, fon telinga ini tidak hanya bergaya tetapi juga tahan lama dengan kemasan yang elegan.

    Jangan lepaskan peluang untuk memiliki OPPO Enco Air4 Pro, melangkah seterusnya dalam teknologi audio tanpa wayar. Dengan kombinasi prestasi canggih, kualiti bunyi yang luar biasa, dan keselesaan sepanjang hari, ia adalah pilihan utama untuk pengalaman audio anda yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi OPPO hari ini!

    (OPPO Malaysia juga mengumumkan produk tambahan termasuk OPPO Pad Neo LTE – Aurora Purple dan tali jam tangan Silver untuk OPPO Watch X, yang akan tersedia pada 27 Jun dengan harga yang kompetitif.)

  • UKKM Mencatat Sejarah Baru di World Trade Centre Kuala Lumpur

    UKKM Mencatat Sejarah Baru di World Trade Centre Kuala Lumpur

    Hari ini, pada 27 Jun 2024, World Trade Centre Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu peristiwa bersejarah yang menandakan pencapaian gemilang dalam bidang pendidikan tinggi keusahawanan dan koperasi di Malaysia. Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) memeriahkan majlis penting ini dengan pelantikan Datuk Ewon Benedick sebagai Canselor pertama, disokong oleh Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai Pro Canselor.

    Datuk Ewon Benedick, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada para peneraju UKKM seperti Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan, Datuk Mohd Ali Mansor, dan Prof. Dato’ Dr. Azali Mohamed, serta seluruh komuniti UKKM yang telah bersungguh-sungguh dalam pembangunan institusi ini.

    Dalam ucapannya, Datuk Ewon Benedick menekankan visi UKKM untuk memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih dalam sektor koperasi, menghasilkan profesional berpendidikan tinggi. Beliau dengan yakin menyatakan bahawa UKKM akan menjadi pusat keunggulan global dalam keusahawanan dan koperasi, mempersiapkan graduan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif global UKKM, telah diumumkan Program Menoktahkan Kemiskinan di Sabah yang akan menerima 20 pelajar setiap ambilan untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Tindakan yang lebih mencuri perhatian adalah pelantikan pelajar dari Palestin untuk program Ijazah Sarjana dan PhD di UKKM, menandakan komitmen universiti ini dalam diplomasi pendidikan antarabangsa.

    Datuk Ewon Benedick juga mengajak sokongan daripada sektor koperasi untuk mewujudkan visi dan misi UKKM melalui pelaburan, penajaan pelajar, serta kerjasama industri yang strategik.

    UKKM bukan sekadar sebuah institusi pendidikan tinggi; ia merupakan lambang harapan dan masa depan gerakan koperasi di Malaysia. Dengan semangat yang teguh, UKKM bersedia untuk mengangkat martabat sektor koperasi ke persada global, memastikan negara bergerak maju dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

    Momentum hari ini menandakan permulaan babak baru dalam sejarah pendidikan tinggi Malaysia. Semua pihak dipelawa untuk bersama-sama merealisasikan visi dan misi UKKM, memperjuangkan kemajuan sektor koperasi demi kejayaan negara.

  • Tawaran ESG SME Corp. Malaysia: Membangun Kelestarian PKS Menuju Pasaran Global

    SME Corp. Malaysia telah berjaya menganjurkan ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024 dengan gemilang di Hotel Sunway Putra hari ini. Lebih daripada 300 peserta dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan serta negara-negara ASEAN dan Hong Kong, China telah mengambil bahagian untuk memperdalam pemahaman tentang amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam konteks perniagaan.

    Acara ini bertindak sebagai platform utama untuk bertukar-tukar ilmu dan amalan terbaik dalam bidang kelestarian di kalangan PKS. Acara dibuka secara rasmi oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sempena sambutan Hari PMKS Sedunia 2024. Tema “Memperkasa Kelestarian PKS” menjadi fokus utama dalam sesi dialog dan bengkel yang melibatkan pakar akademik, pemilik PKS, dan wakil dari institusi kewangan.

    Dalam ucapan beliau, YB Datuk Ewon Benedick menegaskan komitmen Malaysia dalam mendorong PKS untuk menerapkan amalan ESG sebagai sebahagian daripada usaha mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB dan Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim. Sementara itu, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia, menekankan pentingnya ESG dalam meningkatkan daya saing PKS di pasaran global.

    Selain itu, SME Corp. Malaysia memperkenalkan Panduan Pantas ESG untuk PKS serta Anugerah Amalan ESG Terbaik E50 dalam Program Anugerah Enterprise 50 (E50), yang bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan PKS dalam menerapkan ESG dalam operasi mereka.

    Acara ini mendapat sokongan penuh daripada ASEAN-Hong Kong, China Free Trade Agreement Economic and Technical Cooperation (AHKCFTA ECOTECH) Work Programme, menunjukkan komitmen serius Malaysia serta negara-negara ASEAN dan Hong Kong, China dalam membangunkan ekonomi secara mampan.

    SME Corp. Malaysia akan meneruskan usaha untuk memperluaskan inisiatif ESG demi memastikan PKS di Malaysia mampu berdaya tahan dan bersaing dalam pasaran global yang semakin mencabar. Pantau terus perkembangan terkini dalam arena kelestarian perniagaan untuk mendapat informasi terkini!

  • ‘Enigma’ Bob Yusof Beri Sentuhan Emosi Buat Peminat

    Bob Yusof, yang lebih dikenali sebagai Bob Mesra dalam industri muzik tempatan, kini mempersembahkan single terbaharunya yang berjudul ‘Enigma‘. Ini merupakan single pertama beliau bersama Alternate Records dan juga lagu tema untuk drama “Dua Darjat” yang sedang disiarkan di slot Akasia, TV3. Anda boleh menonton “Dua Darjat” setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3, atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my, serta aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    Bob memulakan kerjayanya melalui pertandingan realiti televisyen dan terkenal dengan kekuatan vokalnya dalam lagu-lagu balada dan etnik. ‘Enigma‘ menandakan kembalinya Bob Yusof untuk mengubat rindu peminat yang merindukan suaranya yang unik. Ini merupakan karya kedua Bob Yusof bersama Alternate Records selepas kolaborasi pertama mereka dengan lagu ‘Tera Tari’ bersama artis dari Singapura.

    Lagu ‘Enigma‘ dicipta oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, dengan lirik ditulis oleh Ikhwan Fatanna sendiri. Lagu ini adalah sebuah balada yang penuh emosi dan melodi yang indah, yang mengiringi jalan cerita drama “Dua Darjat“. Lebih dari sekadar lagu tema biasa, ‘Enigma‘ menggambarkan kisah cinta tragis antara dua insan yang terhalang oleh jurang perbezaan status. Dengan alunan melodi yang mendayu, Bob berjaya membawa pendengar menyelami pergolakan hati dari impak buruk akibat mudah mengalah dalam percintaan.

    Genre balada, yang dianggap sebagai makanan jiwa kepada Bob Yusof, menjadi pilihan komposer dan penulis lirik, Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Kolaborasi ini telah lama dinantikan oleh kedua-dua pihak, akhirnya berhasil direalisasikan oleh Ikhwan Fatanna dengan sentuhan lirik dan melodi yang mampu menggetarkan jiwa pendengar. Lagu ini bukan sahaja memenuhi harapan Bob Yusof, tetapi juga memperkukuhkan reputasinya sebagai penyanyi balada terkemuka dalam industri muzik tempatan.

    Bob meluahkan rasa teruja yang luar biasa setelah mendengar demo lagu ‘Enigma’ buat pertama kalinya.  “Lagu ini benar-benar “wow” kerana susunan melodinya penuh dengan cabaran. Sesi rakaman hanya mengambil masa dua jam berkat kerjasama dan saling bertukar idea untuk memperindah karya ini. Pengalaman bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh juga amat  menyeronokkan. Banyak ilmu dan idea baharu yang dapat saya pelajari dari mereka. Jika diberi peluang lagi, saya pasti akan bekerjasama dengan gabungan dan berharap dapat menyanyikan lebih banyak lagu ciptaan mereka.”

    ‘’Harapan saya sangat tinggi agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan dapat pergi jauh, tersenarai dalam carta-carta muzik, stesen radio di Malaysia, Singapura, Brunei, malah Indonesia, dan mungkin layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Kepada peminat, dengarkanlah lagu ini kerana ia berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini. Dari segi susunan muzik, ia sangat segar dan mudah didengar.” tambah Bob. 

    Keterujaan Bob semakin bertambah apabila mendapat sokongan dan pujian dari rakan-rakan artis seperti Khai Bahar, Syamel, Marsha Milan, Mila Jirin, Mimi Fly dan Elly Mazlein yang telah meninggalkan kata-kata semangat dan komen positif  didalam kiriman mesej di media sosialnya. “Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan artis yang telah menyokong saya. Kata-kata semangat dan komen positif mereka amat bermakna dan memberikan saya dorongan untuk terus berkarya dan terus berusaha memberikan yang terbaik dalam bidang muzik,” ujar Bob dengan penuh rasa syukur.

    Sebagai komposer ‘Enigma’, Ikhwan Fatanna berkongsi bagaimana tercetusnya idea mengarap lagu ini, “Idea datang ketika pihak produksi drama Dua Darjat inginkan konsep lagu runut bunyi yang sedih dan sesuai dengan jalan cerita drama tersebut.  Saya pun mula mengarang dengan membayangkan sebuah hubungan yang tidak direstui keluarga kerana perbezaan darjat dan kedudukan. Mesej lagu ini adalah untuk memilih hubungan yang sesuai dengan personaliti dan keadaan diri kita. Jangan biarkan diri kita dihukum dan dihina hanya kerana kita insan biasa. Setiap manusia ada nilai dan harga diri,”

    Ikhwan Fatanna menambah apabila ditanya mengenai Bob Yusof  “Bob seorang artis yang merendah diri dan mudah bekerjasama. Dengan vokal mantap yang penuh jiwa, Bob sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap lagu yang dinyanyikan. Keunikan Bob terletak pada kekuatan lontaran vokalnya yang memukau dan mampu membuai jiwa pendengar.”

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Enigma’ nyanyian Bob Yusof yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian. Ayuh saksikan Dua Darjat menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

  • Insomniacks dan Nabila Taqiyyah Bergabung, ‘Belum Mulai’ Menggegarkan Industri Muzik

    Insomniacks dan Nabila Taqiyyah Bergabung, ‘Belum Mulai’ Menggegarkan Industri Muzik

    Kumpulan Insomniacks terus mengekalkan kejayaan mereka dalam dunia muzik tempatan dengan kolaborasi terbaru yang menarik perhatian ramai. Kali ini, mereka bersekutu bersama bintang Indonesia yang semakin popular, Nabila Taqiyyah, melalui lagu bertajuk ‘Belum Mulai’.

    Ditulis dan dikompos oleh Clara Riva dan S/EEK, lagu ini menggambarkan atmosfera muzik kugiran era 2000-an yang mengasyikkan. ‘Belum Mulai’ mengisahkan kisah seorang yang terpaksa merelakan cinta yang belum sempat bersemi. Keunikan lagu ini mampu menarik lebih daripada 850,000 tontonan di Instagram sejak diperkenalkan pada 12 Jun lalu, serta menerima lebih daripada 1,700 komen positif.

    Sebelum pelancaran rasmi pada 28 Jun jam 12 tengah malam, video muzik ‘Belum Mulai’ akan ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks pada jam 10 malam pada tarikh yang sama. Proses rakaman lagu telah dijalankan di Jakarta pada bulan Mac, sementara penggambaran video muzik berlangsung pada bulan Mei.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar audio pra-dengar ‘Belum Mulai’ yang pasti merentasi emosi anda. Kolaborasi ini bukan sahaja menunjukkan langkah besar Insomniacks dalam menjejaki pasaran antarabangsa, tetapi juga memberi platform kepada Nabila Taqiyyah untuk muncul di pentas muzik Malaysia. Teruskan mengikuti perkembangan terkini!

  • Rangkaian Menu Sedia Dimakan 7CAFé Dari Nasi Goreng Kampung hingga Pasta Keju Pedas

    Penggemar 7CAFé oleh 7-Eleven tentu sudah tidak asing dengan tawaran produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik, dan kini mereka memperkenalkan menu sedia dimakan terbaru.

    Sebagai kedai serbaneka pilihan ramai yang juga menjadi destinasi gaya hidup terkini, 7CAFé menyajikan menu sedia dimakan yang mengikut selera tempatan, pasti menggamit memori dalam setiap suapan.

    Antara menu sedia dimakan yang popular dan mesti dicuba di 7CAFé oleh 7-Eleven termasuk Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90), Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90), dan Pasta Keju Pedas (RM7.90).

    Dengan penawaran menarik ini, setiap menu memberikan pelbagai pilihan lazat kepada pelanggan pada harga berpatutan bermula serendah RM5.90, menggunakan bahan segar tempatan dan berkualiti tinggi, sambil mengetengahkan citarasa pilihan Malaysia.

    Kini, menu sedia dimakan ini boleh didapati di lebih 300 cawangan 7CAFé oleh 7-Eleven dan rangkaian kedai 7-Eleven terpilih seluruh negara, untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Nikmati pelbagai pilihan menu termasuk Nasi Goreng Belado (RM5.90), Nasi Goreng Telur (RM5.90), Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Paprik (RM6.90), Nasi Ayam Nyonya (RM6.90), Nasi Pad Kra Pao (RM6.90), Pasta Budae Jigae (RM8.90), Pasta Keju Pedas (RM7.90), Nasi Ayam Kong Pao (RM8.90), Nasi Ayam Sweet and Sour (RM8.90), Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90), dan Nasi Ayam Kari (RM8.90).