Blog

  • Shaping a Sustainable Future at Guangzhou Electrical Building Technology 2025

    Shaping a Sustainable Future at Guangzhou Electrical Building Technology 2025

    The upcoming Guangzhou Electrical Building Technology (GEBT) 2025, scheduled for 9-12 June at the China Import and Export Fair Complex in Guangzhou, promises to be a landmark event for the building and home automation technology sectors in Asia. The 22nd edition of this exhibition will focus heavily on low-carbon intelligent buildings and smart power distribution, offering a platform for showcasing innovative technologies designed to promote energy conservation and reduce carbon emissions in the construction industry.

    In the face of China’s ambitious environmental goals, including achieving carbon peak and carbon neutrality, GEBT 2025 will provide a space for industry leaders to exchange ideas, discover new business opportunities, and collaborate on the development of sustainable solutions. With the Chinese government pushing for the adoption of zero-carbon standards, the event is expected to highlight the latest advancements in energy management, IoT integration, and green building technologies.

    The exhibition will feature several thematic zones, each dedicated to a key area of building technology. These include the KNX zone, focusing on building automation systems, the Matter zone, which emphasizes the open-source standards for home automation, and the “Low-carbon intelligent building and energy management” zone, highlighting solutions aimed at reducing energy consumption in buildings. Major companies participating in these zones include industry leaders in electrical engineering, home automation, smart lighting, power distribution, and energy management, showcasing the wide scope of innovation driving the sector forward.

    In addition to the exhibition, GEBT 2025 will host a series of professional forums and discussions, bringing together global experts and business leaders to explore pressing issues and emerging trends in the building technology field. Key topics will include AI-driven building systems, the role of smart offices in a post-pandemic world, and the potential of zero-carbon hotels. These forums aim to foster collaboration across industries, facilitating the exchange of best practices and the exploration of new opportunities in the rapidly evolving market.

    One of the key highlights of the event will be the forum on the global expansion of China’s building electrical and home automation technologies, which will explore how Chinese companies can leverage international standards and localisation strategies to tap into global markets. Another significant forum will focus on the future of intelligent spaces, where experts will discuss how building automation systems like KNX are reshaping modern living environments and promoting sustainability.

    GEBT 2025 is set to be a critical event for the building technology industry, serving as a hub for innovation and collaboration aimed at accelerating the transition to a low-carbon, intelligent building future. As the world moves toward greener, more sustainable infrastructure, the exhibition will play a vital role in shaping the direction of the industry, offering insights and solutions that will contribute to a more energy-efficient and environmentally friendly world.

  • Intelligent Manufacturing Kuala Lumpur 2025: A Gateway to Digital Transformation for ASEAN’s Manufacturing Sector

    Intelligent Manufacturing Kuala Lumpur 2025: A Gateway to Digital Transformation for ASEAN’s Manufacturing Sector

    The upcoming Intelligent Manufacturing Kuala Lumpur (IMKL) 2025, set to take place from 14 to 16 May at the Kuala Lumpur Convention Centre, promises to be a major event for the ASEAN manufacturing industry. This conference-led gathering will bring together a diverse range of stakeholders, including business leaders, policymakers, academics, and industry experts, all focused on strengthening the digital readiness of manufacturers in the region.

    With the theme “Synergising Technologies and Workforce Adoption for Operational Success,” IMKL 2025 will focus on how digital technologies, from artificial intelligence (AI) to advanced production tools, can reshape the future of manufacturing. Key discussions will revolve around not only factory-level applications but also the overarching improvements needed across the entire ASEAN manufacturing supply chain. The event will offer valuable insights into the latest trends and strategies to enhance digital transformation within the industry.

    The two-day conference will feature 23 renowned speakers from eight countries, including Malaysia, China, India, Singapore, and Switzerland. Among the notable speakers is Mr. James Kok, Head of AIAP-X at AI Singapore, who will explore the role of AI in transforming industries. His session, “AI-First Nation: Transforming Industries Through AI,” aims to guide manufacturers on how to leverage Singapore’s proven AI programs for regional success.

    Another key speaker, Mr. Mohamed Taher Mouni, the founder of Beyond 4.0, will address the challenges of implementing sustainable digitalisation projects. His insights will be especially valuable for those looking to understand how to manage such projects on a global scale, focusing on cross-cultural engagement and overcoming implementation hurdles.

    Additionally, the conference will offer a comprehensive look into the intersection of human-machine collaboration. Mr. Edwin Yap, CEO of Jemco Retail Fixtures, will share practical strategies for managing hybrid workforces. His session will provide real-world examples from Jemco’s subsidiary, Jemco Technology Solutions, which is pioneering advancements in smart warehouse automation and AI robotics.

    A notable panel discussion will delve into the role of AI in workforce management. Industry experts, including Mr. Foong Chee Mun, Director of YTL AI Labs, and Mr. Sam Majid, CEO of the National AI Office Malaysia (NAIO), will explore how AI can drive productivity while also improving workforce dynamics.

    In addition to the conference sessions, IMKL 2025 will feature a dynamic product showcase area, where visitors can experience cutting-edge manufacturing technologies. Leading companies such as Schaeffler (Malaysia) Sdn Bhd, Quantum Computing, and Moxo Pte Ltd will showcase their innovations. Meanwhile, the Tech Lab will offer interactive sessions and technical demonstrations, including workshops on the United Nations’ Sustainable Development Goals (SDGs), aimed at educating participants on the global impact of these goals.

    One exciting addition this year is the SPS Stage Kuala Lumpur pavilion, which will introduce ASEAN manufacturers to the global Smart Production Solutions (SPS) network. Companies from the SPS network, including Belden, Bender, Bossard, and SICK, will showcase advanced solutions for smart factories and data connectivity. These corporations will also lead specialized Tech Lab sessions, giving participants a deeper understanding of key technologies driving the future of manufacturing.

    For those interested in attending, the conference offers several ticketing options, including an early bird rate and group discounts. Additionally, Malaysian delegates and HRD Corp-registered companies may be eligible for fee claims under the HRD Corp levy.

    IMKL 2025 offers a unique opportunity for manufacturers to explore the digitalisation journey and learn from global and regional experts. To register or learn more about the event, visit the official website at IMKL 2025 Registration.

  • “Setia” Dua Cara: Fian Ali Uji Sisi Berbeza Cinta

    “Setia” Dua Cara: Fian Ali Uji Sisi Berbeza Cinta

    Sudah bersedia untuk menyentuh sisi emosi pendengar, Fian Ali tampil dengan karya terbaharunya berjudul Setia, sebuah lagu balada yang sarat makna hasil ciptaan Amir Jahari dan lirik oleh beliau bersama penulis prolifik, Datuk Ayu Puteh. Keistimewaan Setia bukan sekadar pada melodinya yang meruntun jiwa, malah ia hadir dalam dua versi berbeza – satu perlahan dan mendalam, satu lagi lebih rancak namun tetap menggenggam mesej yang sama.

    Lagu ini dipilih sebagai runut bunyi bagi drama bersiri popular TV3, Bukan Sekadar Lafaz 2, dan mengangkat tema kesetiaan serta pengorbanan yang tidak mengenal syarat. Ia menggambarkan kekuatan hati yang terus bertahan meskipun dilukai berkali-kali. Menurut Fian, Setia bukan semata-mata lagu sedih. “Kesedihan itu bukan hanya tentang air mata. Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk keteguhan hati. Lagu ni sangat dekat dengan realiti,” luahnya jujur.

    Proses rakaman lagu ini menyaksikan beberapa cabaran, termasuk keadaan kesihatan Fian yang kurang baik ketika sesi pertama dijalankan. Nasihat yang diterima daripada Amir Jahari menjadi titik tolak penting dalam pembikinan lagu ini. “Amir selalu tekankan soal rasa. Katanya, nyanyian bukan soal kesempurnaan suara semata-mata, tapi bagaimana emosi itu sampai kepada pendengar,” cerita Fian, yang menganggap kolaborasi ini sebagai pengalaman penuh nilai.

    Dari sudut pandang Amir Jahari pula, lagu ini benar-benar dihasilkan dengan karakter Fian dalam fikiran. “Fian punya aura tersendiri – sopan, berprinsip, dan tegas. Lagu ni memang direka khusus untuk dia. Suaranya buat saya terinspirasi untuk hasilkan dua versi yang berbeza,” ujar Amir, yang mendapat ilham sewaktu berada di Yogyakarta, Indonesia.

    Kemunculan Setia memperlihatkan kematangan Fian sebagai seorang penyanyi dan pengkarya. Dengan dua versi yang menawarkan pengalaman emosi yang berlainan, lagu ini membuka lebih banyak ruang untuk pendengar memahami makna cinta sejati dari sudut yang lebih mendalam. Kini boleh dinikmati di semua platform digital utama, Setia bukan sekadar lagu cinta – ia adalah cerminan kekuatan hati yang terus setia, walau diuji.

    Ikuti perkembangan lanjut tentang Fian Ali dan projek muziknya menerusi saluran rasmi Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

  • Bolt Perkenal Ciri Tambang Tol Pintar, Tingkatkan Ketelusan & Kemudahan Pengguna

    Bolt Perkenal Ciri Tambang Tol Pintar, Tingkatkan Ketelusan & Kemudahan Pengguna

    Pengalaman menaiki perkhidmatan ride-hailing di Malaysia kini melalui fasa transformasi apabila Bolt memperkenalkan ciri terbaharu yang menggabungkan caj tol secara automatik dalam tambang perjalanan. Usaha ini menjadikan Bolt sebagai pelopor dalam pasaran tempatan, menawarkan pendekatan yang lebih telus dan mudah kepada pengguna serta pemandu.

    Kebiasaannya, penumpang dan pemandu perlu berurusan secara manual untuk bayaran tol selepas perjalanan, yang sering kali menyebabkan kekeliruan dan kelewatan. Dengan sistem baharu ini, semua kos tol dimasukkan terus ke dalam tambang yang dipaparkan sebelum perjalanan bermula, membolehkan pengguna membuat keputusan dengan lebih yakin dan tepat.

    Keadaan tol di Malaysia yang merangkumi hampir 200 plaza dengan sistem terbuka, tertutup dan campuran, sememangnya mencabar untuk diurus secara manual dalam perkhidmatan ride-hailing. Malah, sekitar satu pertiga daripada perjalanan yang ditempah melalui aplikasi Bolt melibatkan sekurang-kurangnya satu laluan bertol. Justeru, inovasi ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan, tetapi juga menyelesaikan isu operasi harian secara signifikan.

    Bagi pemandu pula, kelebihan utama ialah pengiraan tol yang dilakukan secara automatik tanpa memerlukan input tambahan atau perbincangan dengan penumpang. Ini membolehkan mereka memberi fokus kepada perkhidmatan dan menjimatkan masa, terutamanya dalam situasi trafik yang sibuk.

    Afzan Lutfi, Pengurus Besar Bolt Malaysia, menjelaskan bahawa inisiatif ini berakar daripada keprihatinan terhadap realiti mobiliti harian di negara ini. Menurutnya, dengan menambah baik aspek ketelusan harga, Bolt bukan sahaja memudahkan urusan pemandu dan penumpang, malah memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap platform tersebut.

    Maklum balas positif turut diterima daripada komuniti pemandu Bolt. Rahimah Ismail, salah seorang pemandu aktif dari Lembah Klang, menyatakan bahawa ciri ini banyak membantu mengelakkan kekeliruan dan menjimatkan masa, terutamanya semasa waktu puncak.

    Penambahbaikan ini diperkenalkan sempena sambutan Rumah Terbuka Raya Bolt, di mana syarikat turut mengumumkan beberapa inisiatif lain seperti peningkatan pengurusan jarak pengambilan dan akses pendapatan yang lebih fleksibel untuk pemandu. Kesemua pembaharuan ini dibangunkan hasil daripada maklum balas komuniti pemandu sendiri, menjadikan ia lebih relevan dan praktikal untuk diaplikasikan dalam operasi harian.

    Bolt terus mengukuhkan peranannya sebagai pemain utama dalam industri mobiliti dengan menumpukan kepada penyelesaian yang mesra pengguna dan mampan. Menerusi komitmen kepada inovasi tempatan dan pendekatan berasaskan komuniti, syarikat ini menetapkan penanda aras baharu bagi pengalaman ride-hailing yang lebih adil, mudah dan efisien di Malaysia.

  • “Raise The Star Malaysia”: Astro Tampilkan 5 Komposer Ternama Sebagai Mentor

    “Raise The Star Malaysia”: Astro Tampilkan 5 Komposer Ternama Sebagai Mentor

    Astro terus memperkukuh kedudukannya dalam dunia hiburan tempatan dengan pelancaran Raise The Star Malaysia, sebuah program nyanyian inovatif yang menggabungkan kehebatan lima komposer terkenal bersama bakat-bakat baharu negara. Buat pertama kali, pertandingan muzik ini dianjurkan dalam format digital sepenuhnya, menawarkan platform dinamik kepada vokalis Malaysia untuk menyerlahkan potensi mereka di hadapan penonton dan penggiat seni profesional.

    Antara daya tarikan utama program ini ialah penyertaan lima komposer dan artis tersohor tanah air – Ajai, Aina Abdul, Shila Amzah, Audi Mok dan Ikhwan Fatanna – yang bukan sahaja berperanan sebagai penerbit muzik, malah turut menjadi mentor eksklusif kepada peserta. Mereka akan membimbing peserta dalam mencari suara terbaik untuk menghidupkan karya asli masing-masing sepanjang lapan minggu pertandingan.

    Daripada ribuan penyertaan yang dijangka, hanya 30 peserta akan disenarai pendek untuk menyertai program ini. Mereka bakal menghadapi pelbagai cabaran vokal dan persembahan sambil dinilai oleh juri profesional serta meraih sokongan daripada undian penonton secara dalam talian. Kedudukan peserta akan ditentukan melalui carta berdasarkan markah dan populariti, dan mereka yang berjaya kekal hingga ke akhir berpeluang menyanyikan lagu yang diterbitkan oleh para komposer tersebut.

    Uji bakat kini sedang dijalankan secara dalam talian sehingga 8 Mei 2025 melalui media sosial menggunakan tanda pagar #RaiseTheStarMY. Sesi uji bakat secara fizikal pula dijadualkan berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Mei 2025 bermula jam 8 pagi.

    Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berbakat dalam nyanyian dan berpersonaliti menarik, tanpa mengira latar kaum atau etnik. Raise The Star Malaysia akan mula bersiaran pada 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), selain turut boleh ditonton menerusi Astro GO, sooka, On Demand dan portal Gempak.

    Dengan sokongan penaja utama, U Mobile, program ini bukan sekadar pertandingan – ia adalah ruang eksklusif untuk menjadikan bakat baharu sebagai suara masa depan industri muzik Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut serta penyertaan, layari gempak.com/raisethestar.

  • Smarter Sleep Starts Here: Unlock Better Rest with Galaxy Ring

    Smarter Sleep Starts Here: Unlock Better Rest with Galaxy Ring

    In the fast-paced rhythm of daily life, prioritising your health often feels like one more task on a long to-do list. That’s where the Galaxy Ring steps in — a cutting-edge, minimalist wearable designed to effortlessly blend into your lifestyle while quietly supporting your wellness journey. Constructed from lightweight, durable titanium and engineered for water resistance, it’s the kind of accessory you’ll forget you’re wearing — until you notice the difference it makes.

    The Galaxy Ring isn’t just smart; it’s intelligent. With up to seven days of battery life on a single charge, this ring keeps track of your body’s vital signs in real-time, using three embedded sensors to monitor your heart rate, energy levels, and sleep quality around the clock. No buttons, no hassle  just seamless tracking that works in the background as you go about your day.

    Thanks to Galaxy AI integration, all the data collected is transformed into personalised insights that truly matter. Instead of overwhelming you with numbers, it delivers simple, actionable tips  like encouraging a quick walk if you’ve been sitting for too long, or suggesting calming breathing exercises to help you unwind before bed. It’s wellness support that adapts to your routine, not the other way around.

    The ring’s true power shines through the Samsung Health app, which serves as your central hub for everything from activity logs to recovery advice. You’ll get nudges when your body needs attention and receive tailored recommendations based on your Energy Score  a unique daily summary that considers your sleep, movement, and heart rate. Whether you’ve had a rough night or a strenuous workout, the Galaxy Ring helps you pace yourself intelligently.

    Sleep, often overlooked, gets the attention it deserves here. The ring captures deep insights into your sleep cycles, including stages, movement, skin temperature, and heart rate. If you find yourself tossing and turning at night, the integrated Sleep Coaching program offers strategies to help you build healthier nighttime habits. For women, the ring’s skin temperature tracking also supports cycle prediction, making it easier to manage periods with more confidence and less stress.

    Even your physical activities are handled effortlessly walks and runs are auto-detected, letting you stay focused on the moment rather than fiddling with settings. After your workout, check your performance metrics in the app to stay motivated and see your progress at a glance.

    Compact, discreet, and designed with purpose, the Galaxy Ring represents a new chapter in health technology one where meaningful insights are always at your fingertips. To experience the convenience and intelligence of this innovative device, visit Samsung Malaysia’s official store.

  • Penuh Luka dan Air Mata, Aku Bukan Ustazah 2 Sedia Ganti Slot ‘Keluarga Itu

    Penuh Luka dan Air Mata, Aku Bukan Ustazah 2 Sedia Ganti Slot ‘Keluarga Itu

    Menyusul kejayaan musim terdahulu, Aku Bukan Ustazah 2 hadir dengan naratif yang lebih menyayat hati dan sarat emosi. Mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan dendam yang terpendam, drama 35 episod ini menyatukan kembali watak-watak utama yang pernah mengundang simpati dan perhatian penonton — Aminah, Adam, dan Omar.

    Disiarkan bermula 10 Mei 2025, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3, musim baharu ini mengupas lebih dalam tentang pergolakan batin dan cabaran kehidupan yang melanda watak utama. Aminah, lakonan mantap Erysha Emyra, kini berdepan ujian terhebat dalam hidupnya — bukan sahaja sebagai isteri dan ibu, tetapi juga sebagai wanita yang cuba bertahan di tengah tekanan mental dan trauma masa lalu.

    Dengan sentuhan pengarah tersohor Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, siri ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mendalam dan emosional. Penonton bakal menyaksikan bagaimana konflik lama mula timbul semula apabila Omar (Zahiril Adzim) muncul kembali dalam hidup Aminah dan Adam (MK K-Clique), mencetuskan semula luka yang belum sembuh.

    Dalam episod pembukaan, kebahagiaan Aminah bersama Adam dan anak mereka, Raykal, tampak sempurna menjelang kelahiran anak kedua. Namun kemunculan semula Omar mencabar kestabilan mereka, membuatkan Aminah kembali bergelut dengan trauma lama. Di tengah kelelahan mental yang kian meruncing, Dr. Syafiq (Nabil Aqil) muncul sebagai individu yang mungkin mampu membawa Aminah keluar dari kegelapan.

    Menurut Erysha, peranannya kali ini menuntut lebih banyak kekuatan emosi. “Banyak babak memerlukan saya menangis atau benar-benar menyelami penderitaan Aminah. Ia bukan mudah, tapi saya harap penonton dapat rasa keikhlasan itu,” katanya.

    Barisan pelakon yang turut kembali termasuk Shaza Bae dan Haneesya Hanee, menyemarakkan lagi nadi penceritaan dengan watak-watak yang mempunyai dimensi tersendiri.

    Bagi mereka yang ingin menonton lebih awal, episod baharu boleh distrim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau menerusi aplikasi Tonton di Google Play dan App Store. Ikuti juga perkembangan terkini drama ini melalui semua platform sosial TV3 (@TV3Malaysia) dan Instagram rasmi @dramasangat.

  • A Standing Ovation for 20 Years: BOH Cameronian Arts Awards Marks Milestone Anniversary

    A Standing Ovation for 20 Years: BOH Cameronian Arts Awards Marks Milestone Anniversary

    Marking a monumental chapter in Malaysia’s cultural story, the 20th BOH Cameronian Arts Awards unfolded on 4 May 2025 at Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). The night celebrated two decades of unwavering dedication to the performing arts, bringing together the best of theatre, dance, music, and musical theatre. With the theme 20 Years of Legacy: Igniting Inspiration for Tomorrow, this year’s ceremony went beyond honouring talent—it paid tribute to the pioneers who built the nation’s creative foundation while embracing a vibrant future for the next generation of artists.

    The evening was a dazzling showcase of Malaysian artistic brilliance. Productions such as Randai “MacBeth” and The Bee led the nominations in the Theatre category, with Randai “MacBeth” sweeping seven wins and standing out as a remarkable fusion of traditional form and contemporary storytelling. In the Dance category, the spotlight shone brightly on Geetha Shankaran-Lam, whose win for Best Featured / Lead Performer in Samskara – Past Reflections, Present Expressions at age 56 marked a triumphant testament to lifelong discipline and enduring artistic presence.

    In Music, excellence was again celebrated through the accomplishments of Dr. Bernard Tan and Dr. Poom Prommachart, who took home awards for Best Musical Direction and Best Solo Performance – Instrumental respectively. Their dual roles as performers and educators continue to elevate Malaysia’s musical landscape. Meanwhile, Teater Muzikal Sakti Merong Mahawangsa captivated audiences and critics alike, earning four awards for its imaginative narrative and powerful delivery in the Musical Theatre category.

    Three productions were distinguished with the coveted Best Of 2024 awards: Randai “MacBeth” by Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), Spice, Magic and Mystique by The Young KL Singers, and Teater Persiapan Seorang Aktor by Studio Sedar Ruang. Each production was a vivid reminder of the creativity and commitment driving Malaysia’s performing arts forward.

    The pinnacle of the evening came with the conferral of the BOH Cameronian Lifetime Achievement Award to Professor Dr. Tan Sooi Beng, a luminary in ethnomusicology from Universiti Sains Malaysia. Her decades-long contribution to the arts has not only enriched academic discourse but also empowered practitioners across the nation, embodying the very essence of the legacy the Awards sought to honour.

    Executive Chairman of BOH Plantations, Caroline Russell, expressed her heartfelt admiration for the community, highlighting the “countless Ummph moments” witnessed over the past two decades. Low Ngai Yuen, President of Kakiseni, echoed these sentiments, reflecting on the Awards as a vital platform that both celebrates excellence and envisions what the arts in Malaysia can become.

    As the ceremony came to a close, it left behind more than accolades—it reaffirmed a collective commitment to cultivating spaces for artistic courage, expression, and unity. From grassroots productions to polished showcases, the last 20 years have transformed Malaysia’s performing arts scene into a dynamic cultural force. With renewed energy and vision, the journey continues—honouring the past while boldly stepping into the future.

  • Penuh Emosi! Aksi Puteri Balqis & Amir Ahnaf Buat Penonton Menangis Dalam ‘Keluarga Itu’

    Penuh Emosi! Aksi Puteri Balqis & Amir Ahnaf Buat Penonton Menangis Dalam ‘Keluarga Itu’

    Drama TV3, Keluarga Itu, kini hangat diperkatakan selepas satu babak menyayat hati daripada episod terbarunya menjadi tular di TikTok. Klip video yang meraih jutaan tontonan itu memperlihatkan dua watak utama, Dhamiah dan Aman, dalam keadaan emosi yang amat meruntun jiwa apabila menemui mayat bayi yang dipercayai anak mereka, Jihad, yang sebelum ini dilaporkan hilang.

    Dalam babak penuh mendalam tersebut, penonton disajikan dengan luahan emosi yang cukup intens. Dhamiah, dilakonkan dengan penuh penghayatan oleh Puteri Balqis, kelihatan hilang kawalan sambil menjerit dan meraung, manakala Amir Ahnaf yang membawa watak Aman pula rebah tidak sedarkan diri akibat terlalu terkejut. Lakonan kedua-dua pelakon muda ini bukan sahaja meninggalkan impak besar, malah turut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    Pengguna TikTok membanjiri ruangan komen dengan pujian, kekaguman, dan teori konspirasi tentang punca sebenar kematian bayi Jihad. Ramai yang mengakui bahawa adegan tersebut membuatkan mereka menitiskan air mata, malah menyifatkannya sebagai antara momen paling ‘real’ dalam dunia drama Melayu masa kini. Komen seperti “Macam kena hempap batu rasa tengok scene ni,” dan “Luluh hati tengok Aqish menangis,” menjadi bukti kuat bahawa lakonan dua bintang muda itu benar-benar menusuk perasaan.

    Bukan itu sahaja, persembahan mantap Puteri Balqis dan Amir Ahnaf juga membuka perbualan tentang potensi mereka meraih pencalonan atau anugerah lakonan terbaik. Penonton seolah-olah sepakat bahawa bakat mereka berdua semakin menyerlah dan layak diberi lebih banyak pengiktirafan dalam industri.

    Selain mereka, drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan Izara Aishah. Keseluruhan naratif dan mutu produksi menjadikan Keluarga Itu antara karya yang memberi impak besar dalam musim tayangan kali ini.

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod terakhir drama ini pada 9 Mei, Jumaat, jam 9.00 malam di TV3. Untuk tontonan awal, anda juga boleh menstrimnya 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

    Ikuti juga perkembangan drama-drama TV3 di platform media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @dramasangat untuk info terkini serta sorotan eksklusif sepanjang tayangan!

  • Three Pillars of Growth: Huawei Highlights Carrier Contributions to the Pacific’s Digital Economy

    Three Pillars of Growth: Huawei Highlights Carrier Contributions to the Pacific’s Digital Economy

    At the Pacific Islands Telecommunications Association (PITA) 2025 event, Huawei’s President for the South Pacific Region, Mr. Denny Deng, highlighted the strategic role of carriers in shaping the future of the region’s digital economy. In his keynote address, Mr. Deng underscored the transformative potential of advanced ICT solutions, emphasizing how connectivity, industry applications, and readiness for the digital era form the foundation of growth for the Pacific Islands.

    Huawei’s intensified investment in research and development throughout 2024 was a key talking point, with the company channeling resources into next-generation technologies that drive both performance and sustainability. These innovations are empowering carriers to deliver faster, more reliable services while simultaneously reducing energy consumption through green ICT infrastructure. Mr. Deng acknowledged the strong partnerships that Huawei has built in the region, expressing appreciation for the trust placed in the company to help steer digital progress.

    As the Pacific region looks toward a digitally inclusive future, Deng pointed out that the digital economy is becoming a critical engine for growth spanning the business (2B), consumer (2C), and home (2H) sectors. From live streaming and e-learning to telemedicine and e-governance, improved connectivity is enabling new opportunities across industries. The increasing importance of artificial intelligence (AI) was also a central theme, with Mr. Deng advocating for ongoing infrastructure development to support AI integration. He highlighted how automation and smart technologies can boost efficiency, optimize services, and enhance the user experience across public and private sectors.

    Huawei envisions a smarter Pacific one that is connected, intelligent, and sustainable. Mr. Deng reaffirmed the company’s pledge to work collaboratively with local stakeholders, supporting a future where digital solutions drive social and economic development. His closing message, “In Pacific, For Pacific. Together, We Transform, Together, We Lead Digital Economy Growth,” captured the spirit of regional cooperation and Huawei’s long-term commitment to empowering Pacific nations on their digital journey.

  • Tiket Laku Keras, 6 Jilake Dapat Tayangan Tambahan

    Tiket Laku Keras, 6 Jilake Dapat Tayangan Tambahan

    Sebuah naskhah komedi aksi tempatan kembali mencuri perhatian ramai apabila “6 Jilake”, karya terbaru terbitan pengarah berpengalaman Aziz M. Osman, memperoleh tayangan tambahan di pawagam selepas menerima sambutan hangat. Karya ini bukan sahaja menandakan kemunculan semula Aziz dalam genre yang cukup dekat dengan dirinya, tetapi turut memaparkan sentuhan segar dan relevan dengan citarasa penonton masa kini.

    Pada peringkat awal tayangan, filem ini dilaporkan mengalami keterbatasan dari segi slot tayangan akibat persaingan sengit dalam pasaran filem tempatan. Namun, semuanya berubah apabila para pelakon utamanya, termasuk Saiful Apek, Amerul Affendi dan Bell Ngasri, menyuarakan kebimbangan mereka secara terbuka di media sosial. Rintihan mereka pantas meraih simpati dan sokongan para peminat, sekali gus mencetuskan gelombang baharu yang membawa kepada penambahan slot tayangan di beberapa lokasi utama.

    Barisan pelakon yang terlibat turut memainkan peranan besar dalam mempromosikan filem ini secara langsung. Mereka bukan sahaja aktif di platform digital, malah turut melibatkan diri dalam jelajah promosi bertemu penonton di pelbagai lokasi. Usaha ini nyata membuahkan hasil apabila maklum balas yang diterima daripada penonton amat positif – ramai memuji keseimbangan unsur lawak, aksi serta sindiran sosial yang dikemukakan dalam jalan cerita yang santai tetapi berkesan.

    Menampilkan gabungan pelakon generasi lama dan baharu, “6 Jilake” menyuntik nafas segar ke dalam genre komedi aksi. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa filem ini berjaya merapatkan jurang antara hiburan dan pengisian mesej, menjadikannya mudah dihadam oleh khalayak pelbagai peringkat umur. Malah, tidak sedikit yang memilih untuk menontonnya lebih dari sekali, membuktikan kekuatannya sebagai sebuah filem yang menghiburkan.

    Daripada krew produksi, penulisan skrip sehinggalah ke gandingan pelakon, setiap aspek menunjukkan kesungguhan menghasilkan karya berkualiti. Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat semula nama Aziz M. Osman, malah mengukuhkan kepercayaan bahawa filem tempatan mampu bersaing dan mendapat tempat di hati penonton asalkan dihasilkan dengan jujur, kreatif dan sepenuh hati.

  • Herbalife Bantu Rakyat Malaysia Tidur Lebih Nyenyak dengan Ramuan Herba Baharu

    Herbalife Bantu Rakyat Malaysia Tidur Lebih Nyenyak dengan Ramuan Herba Baharu

    Dalam dunia yang semakin pantas dan mencabar, ramai individu bergelut untuk mendapatkan tidur malam yang berkualiti. Menyedari keperluan ini, Herbalife syarikat global terkemuka dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan  telah melancarkan produk baharu khusus untuk pasaran Malaysia: Herbal Retreat Powder, sejenis teh herba tanpa kafeina yang dirumus khas untuk membantu pengguna mendapatkan rehat yang lebih baik.

    Herbal Retreat Powder mengandungi gabungan unik herba lemon, kamomil, lavender dan bunga markisa  ramuan semula jadi yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk menenangkan minda dan tubuh. Dihadirkan dalam perisa pudina yang menyegarkan, minuman ini bukan sahaja menenangkan tetapi juga mudah disediakan, rendah kalori, serta bebas daripada perisa dan pewarna tiruan.

    Tekanan harian, terutama yang berkaitan dengan kerja, semakin menjejaskan kesejahteraan rakyat Malaysia. Menurut Tinjauan Inersia Kesihatan Asia Pasifik, lebih dua pertiga responden Malaysia menilai kesihatan fizikal dan mental mereka sebagai ‘sederhana’ atau ‘kurang baik’. Malah, data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan kira-kira sejuta rakyat berumur 15 tahun ke atas mengalami kemurungan.

    Mengulas mengenai pelancaran ini, Steven Chin, Pengarah Kanan & Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, “Dalam menghadapi cabaran kesihatan masa kini, Herbalife komited untuk menjadi rakan sokong yang dapat membantu rakyat Malaysia memperbaiki kesejahteraan mereka. Dan semua itu bermula dengan tidur malam yang berkualiti.”

    Beliau turut menekankan bahawa teh merupakan sebahagian penting dalam budaya tempatan, bukan sekadar minuman harian, tetapi juga simbol ketenangan dan kebersamaan. Herbal Retreat Powder memperkaya pengalaman ini dengan manfaat tambahan bagi mereka yang ingin mencapai gaya hidup lebih sihat secara semula jadi.

    Sebagai sebahagian daripada rangkaian teh herba Herbalife, produk ini melambangkan usaha berterusan syarikat dalam menyediakan penyelesaian berasaskan herba yang selamat dan berkualiti tinggi. Herbal Retreat Powder kini boleh didapati di seluruh negara menerusi laman web rasmi Herbalife (herbalife.com.my) atau melalui Pengedar Bebas Herbalife.

  • Next-Gen AI Imaging Hadir ke Malaysia Bersama Siri HONOR 400 Baharu

    Next-Gen AI Imaging Hadir ke Malaysia Bersama Siri HONOR 400 Baharu

    HONOR memilih Malaysia sebagai lokasi pertama di dunia untuk memperkenalkan Siri HONOR 400, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai hab utama teknologi di rantau Pasifik Selatan. Dengan kehadiran teknologi Next-Gen AI Imaging, peranti ini menjanjikan pengalaman fotografi mudah alih yang belum pernah disaksikan dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan.

    Langkah strategik ini tidak hanya mencerminkan keyakinan HONOR terhadap pasaran tempatan, tetapi juga memberi peluang kepada pengguna Malaysia menjadi antara yang pertama menikmati inovasi terkini dalam dunia AI dan fotografi digital. Siri HONOR 400 bukan sekadar peningkatan, tetapi satu lonjakan besar dalam keupayaan peranti mudah alih.

    Teknologi Next-Gen AI Imaging yang dibawakan HONOR kali ini berfungsi secara menyeluruh – daripada merakam, menyunting, hinggalah berkongsi imej. Segala detik yang dirakam dipertingkatkan secara automatik dengan warna lebih hidup, kejelasan luar biasa dan perincian halus, memberikan hasil yang kelihatan seolah-olah diambil oleh jurugambar profesional.

    Dari segi reka bentuk, HONOR telah memperlihatkan sekilas pandang terhadap penampilan Siri HONOR 400 menerusi poster acah yang dikongsikan di saluran media sosial rasmi mereka. Peranti ini menampilkan sistem tiga kamera dalam susunan elegan serta kemasan warna Grey lembut yang menyerlahkan gaya moden dan premium.

    Selain keupayaan pengimejan, Siri HONOR 400 turut hadir dengan pelbagai peningkatan lain yang merangkumi kapasiti bateri yang lebih besar, paparan berkualiti tinggi, ketahanan lasak serta ciri-ciri AI tambahan yang menjadikan pengalaman penggunaan lebih intuitif dan pintar. Semua ini menjadikan siri ini antara pilihan terbaik dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan.

    Tandakan kalendar anda untuk 8 Mei 2025, hari di mana HONOR bakal mendedahkan maklumat lanjut mengenai kehebatan sebenar Siri HONOR 400. Untuk info terkini, layari laman web rasmi HONOR Malaysia atau ikuti mereka di Facebook.

  • “Kolaborasi Unik: 3 Pelakon Buka Kedai Kopi, Macam Mana Ceritanya?”

    “Kolaborasi Unik: 3 Pelakon Buka Kedai Kopi, Macam Mana Ceritanya?”

    Dalam kesibukan mempromosikan karya seni mereka, tiga pelakon terkenal, Shukri Yahaya, Siti Hariesa, dan Amerul Affendi, turut melangkah ke dunia perniagaan dengan membuka kedai kopi mereka sendiri, Bru Coffee Shop. Walaupun mereka dikenali di layar perak, ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka serius dalam bidang ini atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru di luar kerjaya seni. Namun, apa yang jelas, ketiga-tiga mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perancangan dan pembukaan kedai kopi ini.

    Bagi mereka, Bru Coffee Shop bukan sekadar tempat untuk menjual kopi, tetapi lebih kepada mencipta sebuah ruang yang memberi ketenangan, di mana orang ramai boleh berkumpul, berkongsi cerita, dan menikmati suasana yang jauh dari hiruk-pikuk kehidupan bandar. Mereka berharap kedai ini boleh menjadi tempat ‘escape’ bagi mereka yang mencari ruang untuk berfikir, menulis, atau sekadar menikmati secawan kopi yang sedap.

    Namun, persoalan besar yang timbul ialah, mampukah mereka menguruskan perniagaan ini dengan komitmen masing-masing sebagai pelakon? Dunia perniagaan, lebih-lebih lagi dalam industri makanan dan minuman, pasti penuh dengan cabaran dan memerlukan pengurusan yang bijak dan dedikasi tinggi. Walaupun begitu, ketiga-tiga mereka nampaknya bersedia untuk menghadapi segala rintangan ini.

    Pembukaan rasmi Bru Coffee Shop akan berlangsung pada Isnin, 5 Mei 2025, di APW Bangsar, dan ia pasti akan menjadi sebuah acara yang dinanti-nantikan. Ketiga-tiga pelakon ini dijangka hadir untuk memeriahkan suasana, sambil bertemu dengan peminat dan pengunjung. Bagi mereka yang gemar kopi dan ingin melihat sisi lain Shukri Yahaya, Siti Hariesa, dan Amerul Affendi dalam suasana yang lebih santai, inilah peluang terbaik untuk hadir dan menyaksikan pembukaan Bru Coffee Shop yang istimewa ini.

  • “Mawar Rashid Dilanda Dilema: Cinta Terlarang Bersama Suami Orang?”

    “Mawar Rashid Dilanda Dilema: Cinta Terlarang Bersama Suami Orang?”

    Sebuah drama penuh kontroversi, Nikmat Hanya Sesaat bakal menemui penonton dengan konflik dan emosi mendalam yang pasti akan mencetuskan perbincangan hangat. Memulakan tayangan pada 8 Mei 2025, drama ini menyajikan kisah seorang wanita, Sara, yang terperangkap dalam dilema cinta dan masa lalu yang gelap. Lakonan mantap oleh Mawar Rashid dan Fadlan Hazim memberi warna baru pada dunia drama Melayu, menyajikan bukan sahaja kisah cinta yang penuh rahsia tetapi juga persoalan moral yang besar.

    Bermula dengan latar belakang yang penuh penderitaan, Sara, yang terpaksa menjalani kehidupan sebagai pelacur kelas atasan demi menanggung keluarganya, bertemu semula dengan Zafrul, cinta pertamanya yang kini sudah berkahwin. Tanpa pengetahuan Zafrul tentang hidup gelap Sara, mereka berdua terjerat dalam konflik yang memerlukan keputusan sulit. Drama ini bukan sahaja menggali isu cinta terlarang tetapi juga menyoroti isu sosial yang relevan seperti diskriminasi, tekanan ekonomi, dan pencarian keinsafan.

    Diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan penulisan yang kuat dari Amin Shakib, Nikmat Hanya Sesaat mencabar persepsi penonton tentang kehidupan dan perjuangan seorang wanita yang cuba keluar dari bayang-bayang masa lalunya. Setiap watak, terutama yang dibawa oleh Mawar Rashid, memberikan kedalaman emosional yang kuat, membenamkan penonton dalam perjalanan mental dan psikologi wataknya yang kompleks.

    Selain itu, drama ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat lain seperti Lisdawati, Sherry Ibrahim, dan Shasha Abedul, yang turut memperkukuh cerita dengan lakonan yang sangat menyentuh hati. Gandingan Mawar Rashid dan Fadlan Hazim yang pertama kali dipertemukan dalam drama ini menjanjikan chemistry yang memukau, menarik penonton ke dalam dunia penuh rahsia dan konflik moral yang pastinya akan mencetuskan pelbagai reaksi.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama yang penuh dengan cabaran hidup, air mata, dan pencarian harapan ini, yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3. Anda juga boleh menonton episod baharu lebih awal melalui Tonton, serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai drama ini melalui platform media sosial TV3.

  • FENOMENA EJEN ALI – RAIH 1.5 JUTA TONTONAN, BERSIAP 22 MEI!

    FENOMENA EJEN ALI – RAIH 1.5 JUTA TONTONAN, BERSIAP 22 MEI!

    Sejak tayangan pertama Ejen Ali The Movie, peminat setia animasi tempatan ini tidak pernah berhenti menantikan sambungannya. Kini penantian itu terjawab dengan pelancaran treler rasmi Ejen Ali The Movie 2, dan sambutannya benar-benar luar biasa apabila berjaya meraih lebih 1.5 juta tontonan dalam tempoh hanya 12 jam di pelbagai platform digital. Angka ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenama Ejen Ali, malah membuktikan bahawa pengaruhnya dalam industri animasi tempatan dan serantau masih sangat kukuh dan relevan.

    Treler berdurasi 2 minit 45 saat itu memperlihatkan peningkatan ketara dari segi kualiti visual dan penceritaan. Dengan kemunculan sut baharu Satria, peminat mula berteka-teki mengenai misi terbaharu Ali yang kelihatan lebih mencabar, penuh emosi dan berisiko tinggi. Konflik yang dibayangkan tampak lebih kompleks, dengan ancaman teknologi yang lebih canggih dan musuh yang lebih menggerunkan. Reaksi peminat di media sosial juga sangat positif, dengan ramai meluahkan rasa teruja dan bangga terhadap kemajuan animasi tempatan. Antara komen yang mendapat perhatian termasuklah, “Meremang tengok trailer ni!”, “Umur dah 24 pun masih setia dengan Ejen Ali,” dan “Bangga jadi rakyat Malaysia – animasi kita dah world-class!”

    Lebih daripada sekadar sebuah sekuel, Ejen Ali The Movie 2 dilihat sebagai simbol evolusi animasi Malaysia. Hasil kerjasama Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions, filem ini memberi harapan besar kepada industri animasi tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Gabungan jalan cerita yang matang, visual yang mengagumkan dan nilai produksi bertaraf tinggi menjadikan filem ini sebagai sebuah karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh emosi penonton dari pelbagai peringkat umur.

    Ejen Ali The Movie 2 dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 22 Mei 2025. Dengan pencapaian hebat trelernya yang baharu dilancarkan, dijangka filem ini akan mencetuskan satu lagi fenomena besar dalam dunia animasi Malaysia. Bagi para peminat, inilah masa untuk bersedia menyertai misi terbaharu yang lebih hebat, lebih mendebarkan dan pastinya lebih emosional bersama Ejen Ali.

  • Perak Terus Maju: Hotel Casuarina@Meru dan TNB Perkasa Infrastruktur Pengecas EV

    Perak Terus Maju: Hotel Casuarina@Meru dan TNB Perkasa Infrastruktur Pengecas EV

    Komitmen Perak dalam memacu pembangunan lestari terus diperkukuh menerusi kerjasama antara Casuarina Meru Sdn. Bhd. (CMSB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk penyediaan kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV) di Hotel Casuarina@Meru. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha menyokong aspirasi negeri ke arah pelancongan hijau dan pembangunan berasaskan mobiliti rendah karbon seperti yang digariskan dalam Perak Sejahtera 2030.

    Kerjasama strategik tersebut dimeterai secara rasmi dalam satu majlis pertukaran dokumen di Casuarina Convention Centre, yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil syarikat terlibat, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, serta wakil eksekutif daripada PKNPk, Perak Corporation Berhad, dan Hotel Casuarina@Meru.

    Di bawah perjanjian ini, TNB akan memasang satu pengecas pantas DC 120kW dengan muncung berkembar (CCS2) dan dua pengecas AC 22kW, lengkap dengan tempat letak kereta khas EV, sistem pembayaran digital serta akses 24 jam. Fasiliti ini akan menjadi antara yang paling canggih dan terpantas dalam kalangan hotel di Ipoh, sekaligus meningkatkan nilai pengalaman penginapan serta imej kelestarian hotel.

    Menurut Menteri Besar Perak, usaha ini mencerminkan kesungguhan negeri dalam membina ekonomi hijau berteraskan inovasi dan teknologi tenaga bersih. Tambah beliau, penglibatan aktif pemain industri seperti TNB dan Casuarina Meru membuktikan bahawa sinergi sektor awam-swasta mampu menghasilkan impak nyata terhadap kelestarian alam dan pertumbuhan ekonomi negeri.

    Setakat ini, Perak telah membangunkan 149 petak pengecas EV di 56 lokasi strategik seluruh negeri, iaitu 30% daripada sasaran 500 pengecas menjelang 2025. Dengan adanya kemudahan baharu di Casuarina@Meru, pencapaian tersebut dijangka terus meningkat. Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin, Pengerusi Casuarina Meru Sdn. Bhd., menekankan bahawa usaha ini bukan sahaja memperkukuh imej hotel sebagai destinasi hijau, malah menunjukkan komitmen serius terhadap pemeliharaan alam sekitar.

    Majlis turut menyaksikan demonstrasi pengecasan menggunakan Proton e.MAS, kenderaan elektrik nasional, sebagai simbol kepada kemajuan teknologi tempatan dan kebolehlaksanaan pelaksanaan infrastruktur EV secara meluas. Kemudahan pengecas ini dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2025 dan akan beroperasi di bawah jenama Elektron milik TNB — sejajar dengan sasaran negara untuk mencapai 10,000 pengecas EV menjelang akhir 2025.

    Sebagai tambahan kepada pemasangan pengecas, langkah proaktif turut diambil oleh PKNPk dengan pemasangan panel solar di bumbung Casuarina Convention Centre dan kawasan parkir hotel. Lampu jalan berkuasa solar di Bulatan Sultan Azlan Shah turut dibina sebagai usaha mengurangkan penggunaan tenaga grid dan meningkatkan keselamatan awam.

    Dengan bimbingan strategik PKNPk serta pelaksanaan berkesan oleh Perak Corporation Berhad dalam sektor pelabuhan, hartanah, pelancongan dan perkhidmatan, Perak semakin hampir untuk menjadi negeri pelaburan yang berteraskan kelestarian. Inisiatif ini mencerminkan cita-cita besar kerajaan dan sektor korporat untuk membina masa depan negeri yang hijau, berdaya saing dan inklusif.

  • How to Win a Smartphone on TikTok: Tips for Joining #BlueVoltBatteryMissionMY

    How to Win a Smartphone on TikTok: Tips for Joining #BlueVoltBatteryMissionMY

    To celebrate the launch of the highly anticipated vivo V50 Lite 5G on 29 April 2025, vivo Malaysia is turning the energy all the way up with the launch of the #BlueVoltBatteryMissionMY — an electrifying TikTok challenge that invites Malaysians to showcase their creativity and stamina, just like the new smartphone’s supercharged 6500mAh BlueVolt Battery. This national campaign runs exclusively on TikTok from 1 to 18 May 2025, giving creators a chance to demonstrate how the V50 Lite 5G’s powerful battery fuels their all-day activities, from work to entertainment and everything in between. Featuring reverse charging and endurance fit for today’s fast-paced lifestyles, the BlueVolt Battery is vivo’s slimmest and most advanced yet.

    Joining the challenge is simple: participants just need to search for #BlueVoltBatteryMissionMY on TikTok, tap the hashtag, and click “Join Now.” From there, they’ll create and upload their most creative BlueVolt Battery So Pro videos, tagging @vivo_malaysia and using the campaign hashtag. Each week, one winner will walk away with a brand-new vivo V50 Lite 5G — with three winners in total across the three-week challenge period: 1–6 May, 7–12 May, and 13–18 May 2025.

    The V50 Lite 5G isn’t just about battery life — it’s a sleek, powerful device packed with features for modern users. Its ultra-slim 7.79mm body houses a massive 6500mAh battery with 90W FlashCharge support, enabling fast, long-lasting power. Designed for reliability, the device also offers military-grade durability, IP65 water and dust resistance, and a 5-year smooth performance guarantee. For photography enthusiasts, the V50 Lite 5G features a 50MP Sony IMX882 main camera, enhanced with AI imaging and studio-quality lighting for stunning content capture — perfect for creators looking to shine on social media.

    And for those eager to get their hands on the V50 Lite 5G, vivo Malaysia is offering early-bird deals during Shopee’s 5.5 Madness Sale, starting 4 May 2025 at 8PM. Available in three variants — 8+256GB (RM1199), 12+256GB (RM1399), and 12+512GB (RM1599) — each purchase includes a bundle of six free gifts: vivo Buds, a waterproof duffle bag, 10,000mAh powerbank, 10% off Baseus voucher, 1-year extended warranty, and 180-day screen crack protection. These limited-time offers are valid while stocks last via the vivo Official Store on Shopee Mall.

    Whether you’re unleashing your energy on TikTok or shopping unbeatable deals online, vivo Malaysia is lighting up May with innovation, creativity, and irresistible offers. For the latest updates and campaigns, visit vivo Malaysia’s official website or follow them on Facebook and Instagram.

  • Papa Zola: Gagah di Pawagam

    Papa Zola: Gagah di Pawagam

    Monsta, penerbit terkenal di sebalik kejayaan siri animasi popular seperti BoBoiBoy dan Mechamato, kini mengorak langkah seterusnya dengan pelancaran teaser rasmi untuk filem animasi terbaru mereka yang sangat dinanti-nantikan, Papa Zola The Movie. Dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan, teaser tersebut telah mencatat lebih 2 juta tontonan di seluruh platform digital, membuktikan sambutan luar biasa daripada para peminat.

    Watak Papa Zola bukanlah asing dalam dunia animasi tempatan. Sejak kemunculan sulungnya, beliau telah menawan hati penonton dari Malaysia hingga ke Indonesia dengan gaya jenaka unik serta tagline ikoniknya, “Kebenaran!”. Fenomena Papa Zola turut menguasai media sosial melalui meme tular, nasihat penuh makna, dan video sketsa lucu, dengan jumlah tontonan melebihi 3 bilion di pelbagai platform. Kini, karakter yang sebelum ini hanya menghiasi skrin kecil dan kandungan digital bakal muncul sebagai teraju utama dalam sebuah filem penuh aksi di layar perak.

    Papa Zola The Movie menjanjikan pengalaman sinematik yang menggabungkan elemen aksi, komedi, dan emosi dalam satu naratif serangan bergamifikasi yang mendebarkan. Bertemakan kekeluargaan dan keberanian, filem ini bakal ditayangkan pada Disember 2025, bertepatan dengan musim cuti sekolah dan akhir tahun — waktu yang ideal untuk tontonan seisi keluarga. Menurut pengarah filem ini, Nizam Abd Razak, ini merupakan kali pertama Papa Zola muncul sebagai watak utama selepas dua penampilan dalam BoBoiBoy The Movie (2016) dan BoBoiBoy Movie 2 (2019). Filem ini akan membongkar kisah asal-usul Papa Zola dan mempersembahkan babak-babak mendebarkan yang melibatkan pencerobohan makhluk asing, di samping konflik kekeluargaan yang menyentuh hati.

    Kehadiran Papa Zola The Movie turut memperkukuhkan gelombang kebangkitan animasi tempatan yang dipacu oleh inisiatif #aniMY dan semangat #sapotlokal yang kian menular dalam kalangan penonton. Dengan sokongan peminat yang terus berkembang, Monsta sekali lagi membuktikan kemampuannya dalam menghasilkan karya animasi bertaraf antarabangsa yang tetap berpaksikan nilai-nilai tempatan.

    Sebagai salah satu tayangan paling dinanti tahun ini, Papa Zola The Movie dijangka mencetuskan gelak tawa, ketegangan dan detik menyentuh hati. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kisah epik Papa Zola di pawagam berhampiran anda mulai Disember ini — satu pengalaman sinematik untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan!

  • Lebih Indah Berpisah: Perjalanan Keberanian Bella Astillah & Ade Govinda

    Lebih Indah Berpisah: Perjalanan Keberanian Bella Astillah & Ade Govinda

    Selepas kejayaan single terdahulu, Bella Astillah kembali dengan lagu terbarunya, “Lebih Indah Berpisah,” hasil kolaborasi istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda. Lagu ini membawa kisah tentang keberanian untuk melepaskan cinta yang tidak lagi memberi penghargaan, demi membuka lembaran hidup yang lebih indah. Bella dan Ade Govinda sepakat memilih tajuk “Lebih Indah Berpisah” sebagai simbol sisi positif daripada sebuah perpisahan, setelah proses penciptaan yang penuh makna.

    Menurut Bella, lagu ini sangat istimewa baginya kerana ia mencerminkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan. Ade, sebagai pencipta lagu dan penerbit muzik, telah menulis lagu ini dengan semangat dan jiwa yang mendalam, menggambarkan betapa pentingnya melepaskan demi kebahagiaan. Bella juga berkongsi pengalaman kerjasama dengan Ade dan pasukannya yang sangat berharga, mengatakan mereka sentiasa menghormati bakat dan profesionalisme setiap orang. Suasana rakaman yang positif dan penuh sokongan turut memberikan Bella semangat untuk memberikan yang terbaik dalam nyanyiannya.

    Lagu ini diharap dapat memberi kekuatan kepada mereka yang sedang melalui kesedihan dalam kehidupan percintaan mereka. Bella mengungkapkan harapannya agar lagu ini diterima dengan baik di Malaysia dan Indonesia, serta menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup. Bagi Bella, projek ini bukan hanya peluang untuk mencabar diri sendiri, tetapi juga untuk memperbaiki mutu nyanyiannya dan berkembang sebagai seorang artis.

    Di pihak Ade Govinda, beliau menjelaskan bahawa lagu “Lebih Indah Berpisah” bukan hanya sekadar sebuah melodi, tetapi sebuah luahan jiwa tentang keberanian melepaskan untuk memilih jalan baharu demi kebahagiaan diri. Mesej lagu ini jelas, iaitu berpisah bukanlah kegagalan, tetapi satu langkah berani menuju kehidupan yang lebih indah. Ade juga memuji Bella atas profesionalismenya, bukan sahaja dalam nyanyian, tetapi juga dalam lakonan video muzik yang penuh kesungguhan.

    Lagu “Lebih Indah Berpisah” kini boleh didengarkan di semua platform digital, sementara video muzik rasmi turut dilancarkan di YouTube.

  • RAYA PALING MERIAH BERSAMA ROCKETFUEL! “Meriah Lain Macam”, “Nyam Nyam Ketupat” & “Dam Dim Dum Raya” Tak Henti Trending

    RAYA PALING MERIAH BERSAMA ROCKETFUEL! “Meriah Lain Macam”, “Nyam Nyam Ketupat” & “Dam Dim Dum Raya” Tak Henti Trending

    Rocketfuel Entertainment sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam industri muzik tempatan apabila tiga lagu Raya terbitannya mencipta fenomena luar biasa sempena musim Ramadan dan Aidilfitri 2025. Tiga lagu tersebut — “Meriah Lain Macam” oleh Hael Husaini dan Nadeera, “Nyam Nyam Ketupat” nyanyian Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan MissAlvy, serta “Dam Dim Dum Raya” oleh Nadeera — telah berjaya meraih perhatian luar biasa dengan jumlah tontonan dan strim mencecah lebih 1.7 bilion secara kolektif di YouTube serta platform digital utama. Kejayaan ini sekali gus menjadikan projek Raya 2025 antara yang paling berjaya dalam sejarah syarikat hiburan tersebut.

    Lagu “Meriah Lain Macam” muncul sebagai lagu paling dominan apabila bukan sahaja merekodkan lebih 16 juta tontonan di YouTube, malah turut menduduki tangga teratas pelbagai carta muzik seperti Carta RIM (Lagu Melayu), Billboard Malaysia, YouTube Music Malaysia dan YouTube Music Brunei. Lebih mengagumkan, lagu ini mengekalkan status trending nombor satu di YouTube selama 33 hari berturut-turut. Dicipta oleh Hael Husaini bersama Iqie Hugh, lagu ini mengangkat tema keceriaan pasangan suami isteri yang sedang bersiap pulang ke kampung menyambut lebaran, satu sentimen yang jelas meresap ke jiwa para pendengar. Hael menyatakan rasa terharu atas sambutan luar biasa yang diterima dan menyifatkannya sebagai hadiah paling manis buat dirinya dan Nadeera tahun ini.

    Sementara itu, “Nyam Nyam Ketupat” pula tampil sebagai lagu Raya paling ceria tahun ini dengan irama yang rancak, lirik bersahaja dan persembahan bertenaga oleh barisan artis popular. Lagu ini mencatat hampir 8 juta tontonan di YouTube dan berjaya menempatkan diri dalam kedudukan ketiga lagu Melayu paling banyak distrim di Malaysia. Keunikan lagu ini turut menyumbang kepada kemunculan tarian khas yang menjadi tular di TikTok dan Instagram. Menariknya, bintang badminton antarabangsa dan juara Olimpik, Victor Axelsen, turut menggunakan lagu ini dalam salah satu hantaran latihannya, membuktikan jangkauan pengaruh lagu ini sehingga ke luar negara. Wani Kayrie menyifatkan pengalaman menyanyikan lagu ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan berasa sangat bangga melihat sambutan orang ramai terhadap lagu dan tarian tersebut.

    Dalam pada itu, Nadeera turut menyinar sebagai penyanyi solo melalui lagu “Dam Dim Dum Raya”. Walaupun ini merupakan lagu Raya solo pertamanya, ia tetap berjaya menarik perhatian ramai dengan lebih 800,000 tontonan di YouTube. Lagu ini menjadi bukti kekuatan vokal dan keunikan penyampaian Nadeera, dan beliau meluahkan rasa syukur atas sambutan hangat yang diterima. Baginya, kejayaan ini sangat bermakna memandangkan persaingan dalam kalangan lagu Raya semakin sengit setiap tahun.

    Melihat kepada sambutan luar biasa terhadap ketiga-tiga lagu ini, Rocketfuel Entertainment menyatakan komitmen untuk terus mempersembahkan karya-karya berkualiti kepada peminat muzik tanah air. Sebagai penghargaan kepada peminat setia, dua lagu yang mendapat perhatian di pentas Anugerah Juara Lagu — “Bukan Lagi Kita” nyanyian Nadeera dan “Diam” oleh Hael Husaini — kini boleh distrim dalam versi AJL mereka bermula 1 Mei 2025 di semua platform digital utama. Rocketfuel menjanjikan lebih banyak kejutan menarik yang bakal diumumkan tidak lama lagi, sekaligus mengekalkan momentum kejayaan mereka sepanjang tahun ini.

  • KUGIRAN MASDO SAMBUT 10 TAHUN DENGAN GAYA: “PERJUMPAAN AHLI MESYUARAT TINGKAP” & KONSERT GEGAR BESAR!

    KUGIRAN MASDO SAMBUT 10 TAHUN DENGAN GAYA: “PERJUMPAAN AHLI MESYUARAT TINGKAP” & KONSERT GEGAR BESAR!

    Kugiran retro moden kegemaran ramai, MASDO, menyambut ulang tahun ke-10 perjalanan seni mereka dalam industri muzik tanah air dengan sebuah acara eksklusif yang penuh kejutan. Bertempat di Saloma, Kuala Lumpur, malam istimewa bertemakan Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap berlangsung pada 30 April 2025 jam 9 malam, menghimpunkan lebih 200 peminat setia serta wakil media dalam suasana yang meriah dan sarat emosi.

    Beberapa hari sebelum acara tersebut, peminat dikejutkan dengan beberapa hantaran misteri yang dimuat naik oleh ahli kumpulan MASDO — Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri — di Instagram. Hantaran-hantaran kriptik itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat yang ternanti-nanti apakah rahsia besar yang ingin dikongsi oleh kugiran ini. Segala persoalan akhirnya terjawab pada malam perjumpaan apabila mereka bukan sahaja mengadakan persembahan istimewa, tetapi turut mengumumkan konsert berskala besar sempena ulang tahun kesepuluh mereka.

    Sebagai penghargaan buat peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan sejak awal penubuhan, MASDO mempersembahkan sebuah mini showcase secara langsung, menyajikan lagu-lagu hits yang telah menjadi sebahagian daripada warna muzik Malaysia. Antara lagu yang dipersembahkan termasuklah “Dinda”, “Janji Manis”, “Lautan Asmara”, “Bunga” dan “Berchanda di Malam Indah” yang bukan sahaja mengimbau nostalgia, tetapi turut menghangatkan suasana apabila para hadirin turut menyanyi bersama-sama.

    Kemuncak acara tersebut ialah pendedahan poster rasmi konsert ulang tahun mereka yang diberi nama Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun. Dalam satu detik simbolik dan penuh dramatik, kain yang menutupi bangunan MATIC ditarik turun, memperlihatkan poster konsert sambil diserikan dengan letupan bunga api. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Idea Live Arena KL @ 3 Damansara sebuah lokasi konsert baharu yang moden dan serba lengkap. MASDO menjadi artis pertama yang mengumumkan konsert mereka di lokasi ini, yang mampu menampung kapasiti sehingga 7,000 orang, sekaligus memberikan pengalaman persembahan yang lebih intim dan eksklusif kepada para peminat.

    Tiket pra-daftar untuk zon Rockzone ditawarkan pada harga promosi RM128 mulai 30 April hingga 1 Mei 2025. Selepas tempoh ini, tiket akan dijual kepada umum pada harga RM148 (Rockzone, berdiri bebas) dan RM198 (Kategori 1, tempat duduk bebas). Tawaran ini pastinya memberikan peluang terbaik kepada peminat untuk mendapatkan tempat lebih awal dengan harga istimewa.

    Konsert ulang tahun ini dianjurkan oleh Hitman Solutions, sebuah syarikat penganjur acara yang telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengendalikan konsert tempatan dan antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, menegaskan bahawa ulang tahun ke-10 MASDO adalah detik yang cukup penting dan perlu diraikan dengan penuh gilang-gemilang. Menurutnya, MASDO merupakan antara kugiran yang telah membina legasi tersendiri dalam muzik Malaysia, dan sambutan ini menjadi satu penghargaan buat mereka serta peminat yang setia.

    Konsert ini turut mendapat sokongan daripada Warner Music serta rakan-rakan rasmi seperti Kugiran Masdo Empire (pengurusan artis), Saloma Kuala Lumpur (venue rasmi), ERA, Sinar dan Gegar (radio rasmi), serta Astro Gempak selaku media rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan konsert dan pembelian tiket, orang ramai boleh mengikuti akaun rasmi MASDO (@kugiranmasdo) dan Hitman Solutions (@hitmansolutions) di media sosial, atau menghubungi talian +6012-265 5783 serta emel concerts@hitman.group.

  • GAYONG: Legasi Pendekar Agung Menjelma di Pawagam 8 Mei Ini

    GAYONG: Legasi Pendekar Agung Menjelma di Pawagam 8 Mei Ini

    Sejak dilancarkan secara rasmi pada September 2024, filem Gayong telah mencuri perhatian sebagai antara karya tempatan yang paling dinantikan. Filem ini membawa inspirasi daripada kisah sebenar pengasas Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), seorang tokoh penting dalam dunia persilatan Melayu.

    Menambahkan keterujaan, pelakon prolifik tanah air, Beto Kusyairy dipertanggungjawabkan membawakan watak utama sebagai ADMAR. Turut membintangi filem ini ialah nama-nama besar seperti Syafie Naswip, Nabila Huda, Yayan Ruhian dan barisan pelakon berbakat lain.

    Selepas menjalani sesi penggambaran di beberapa lokasi termasuk Kuala Lumpur, Sepang dan Tanjung Sedeli, Gayong kini bersedia menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 8 Mei 2025.

    Pengarah filem ini, Faisal Ishak menyifatkan Gayong bukan hanya sekadar karya aksi, tetapi juga merupakan wadah untuk mengetengahkan budaya dan warisan Melayu kepada khalayak lebih luas.

    “Filem ini bukan sekadar adegan pertarungan semata-mata. Ia sarat dengan makna dan jiwa, memperlihatkan pengorbanan serta falsafah hidup yang terkandung dalam setiap langkah persilatan,” jelas Faisal.

    Beliau turut berkongsi cabaran utama sepanjang proses penerbitan ialah mengekalkan keaslian kisah tokoh silat yang disegani itu, tanpa mengabaikan nilai sinematik dan emosi yang mampu menyentuh hati penonton.

    “Datuk Meor bukan sekadar pendekar. Beliau adalah seorang pendidik yang mendalami seni dan makna di sebalik setiap gerakan silat. Tanggungjawab kami ialah menterjemahkan roh perjuangan itu ke layar perak dengan penuh hormat,” katanya lagi.

    Bagi memastikan keaslian pergerakan silat dalam filem ini, semua pelakon menjalani latihan intensif bersama pengarah aksi terkenal, Yayan Ruhian, serta jurulatih Silat Gayong yang berpengalaman. Latihan ini bukan sekadar untuk memperkemaskan teknik pertarungan, tetapi juga mendidik pelakon tentang nilai dan disiplin yang terkandung dalam seni silat.

    “Latihan melibatkan lebih daripada aspek fizikal. Ia bertujuan menyelami semangat dan prinsip yang menjadi teras kepada Silat Gayong,” ujar Faisal.

    Dalam masa yang sama, pengarah ini berharap karyanya dapat menjadi tanda penghargaan kepada tokoh silat legenda tersebut yang telah menyumbang besar dalam mewariskan seni bela diri Melayu.

    Penerbit Eksekutif filem ini, Khairul Anuar Latip, turut mendedahkan bahawa pihak produksi telah mendapatkan kebenaran dan restu daripada ahli keluarga ADMAR, termasuk anak dan cucu beliau sebelum projek ini dijalankan. Malah, proses penyelidikan telah dimulakan sejak Disember 2023.

    Tambahnya, kerjasama erat turut dijalinkan bersama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang diketuai Lt. Jen (B) Dato Pahlawan Mohd Razif Hj Idris dan Setiausaha Agungnya, Akramin Zikri Ali. PSSGM memainkan peranan penting dalam memastikan ketepatan seni dan budaya silat dipaparkan sebaik mungkin, termasuk menghantar wakil ke lokasi penggambaran bagi memberikan tunjuk ajar.

    Ketika ditanya tentang cabaran mendatang, Khairul tidak menafikan saingan daripada filem-filem lain, khususnya pada bulan Mei yang padat dengan tayangan baharu. Namun, beliau optimis bahawa Gayong memiliki kekuatan tersendiri.

    “Sudah tiba masanya masyarakat kita mengangkat kisah wira tempatan ke tempat yang selayaknya. Saya harap Gayong mendapat sambutan luar biasa dan membangkitkan semangat serta rasa bangga dalam diri penonton terhadap warisan kita sendiri,” kata Khairul penuh harapan.

  • Pengembaraan Baharu Ejen Ali Bermula! Saksikan Filem Kedua Mulai 22 Mei 2025

    Pengembaraan Baharu Ejen Ali Bermula! Saksikan Filem Kedua Mulai 22 Mei 2025

    Ejen Ali The Movie 2 kini kembali mencuri perhatian dengan pelancaran Treler Rasmi Kedua, menandakan permulaan kiraan detik menuju tayangan rasmi pada 22 Mei 2025. Filem sekuel yang dinanti-nantikan ini menjanjikan pengalaman sinematik yang lebih mantap — dipenuhi aksi mendebarkan, emosi yang menyentuh hati, dan visual animasi bertaraf tinggi.

    Sejak poster baharu didedahkan, peminat tidak berhenti membicarakan perkembangan terbaru watak ejen muda kegemaran ramai ini. Penantian makin terasa apabila treler terbaharu mempamerkan sisi lebih kompleks dalam kehidupan Ali, dengan cabaran yang bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal, malah ketabahan emosi dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

    Ali kini dihadapkan dengan misi paling mencabar dalam kerjayanya sebagai ejen muda. Ketika kota futuristik Cyberaya berada dalam ancaman baharu, muncul pula wajah-wajah lama dengan agenda yang penuh teka-teki. Salah satunya ialah Rizwan, bekas ejen MATA yang kini kembali dalam situasi mencurigakan. Pertemuan mereka mencetus konflik batin yang mendalam dan memaksa Ali mempertimbangkan semula siapa sebenarnya musuh dan siapa sekutu.

    Dalam usaha mempertahankan keamanan, Ali harus menguasai sut Satria – teknologi canggih yang diperkenalkan oleh MATA dan masih asing baginya. Tambahan pula, kepimpinan baharu dalam organisasi, yang kini diterajui oleh Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), membawa hala tuju strategik yang berbeza. Sementara itu, musuh lama Neonimus merancang gerakan licik, dibantu oleh duo antagonis Dos dan Trez, menjadikan pertarungan kali ini lebih perit dan penuh risiko.

    Daripada segi produksi, filem ini menampilkan peningkatan luar biasa dari segi animasi dan suntingan audio visual. Muzik latar yang energetik dan padu menambahkan intensiti kepada setiap babak penting, menjadikan treler ini antara yang paling mengesankan setakat ini. Lagu tema filem, “Hanya Kamu” oleh legenda muzik Dato’ M. Nasir, juga berjaya mencipta gelombang emosi dalam kalangan penonton awal di platform digital.

    Menurut pengarah Usamah Zaid Yasin, usaha pasukan produksi kali ini memberi tumpuan penuh kepada pembinaan naratif yang lebih matang dan mendalam. Beliau menyatakan keterujaannya untuk berkongsi babak-babak baharu Ejen Ali di layar besar, di mana segala emosi, aksi, dan konflik akan disampaikan dengan impak maksimum kepada penonton.

    Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation, dengan sokongan Komet Productions, Ejen Ali The Movie 2 bersedia menggegarkan pawagam tempatan dan antarabangsa. Para peminat dijemput untuk menyertai kempen promosi menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2, dan mengikuti segala perkembangan menerusi media sosial serta saluran rasmi YouTube Ejen Ali.

    Tonton Treler Rasmi Kedua di:
    YouTube: www.youtube.com/ejenali
    TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali
    Facebook: www.facebook.com/ejenali
    Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
    Twitter: www.twitter.com/ejen_ali

    Kekal bersedia, Ejens. Misi anda bakal bermula!
    #EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY

  • GEGAR BUKIT BINTANG: BLOOD BROTHERS BAKAR SEMANGAT DENGAN RM62 JUTA!

    GEGAR BUKIT BINTANG: BLOOD BROTHERS BAKAR SEMANGAT DENGAN RM62 JUTA!

    Blood Brothers: Bara Naga terus mencetus fenomena luar biasa dalam dunia perfileman tempatan apabila berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai juara kutipan box office selama tiga minggu berturut-turut. Dalam tempoh hanya 20 hari tayangan dan tayangan awal, filem aksi epik ini telah mengutip sebanyak RM62 juta, sekali gus meletakkannya dalam senarai kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan buat produksi tempatan, malah membuktikan bahawa filem bergenre aksi terus mendapat tempat di hati penonton tanah air.

    Bagi meraikan pencapaian luar biasa tersebut, satu acara gilang-gemilang telah diadakan di lokasi ikonik Bukit Bintang. Pusat tumpuan warga kota dan pelancong ini bertukar menjadi pentas kejutan apabila sebuah papan LED gergasi menayangkan pengumuman khas kutipan RM62 juta secara langsung, mencetus keterujaan dalam kalangan orang awam. Bukit Bintang dipilih sebagai simbol semangat membara yang selari dengan jiwa filem Blood Brothers: Bara Naga itu sendiri — penuh aksi, berani dan tidak pernah padam.

    Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran tokoh penting industri perfileman tanah air, Datuk Dr. Yusof Haslam, serta barisan penerbit dan pengarah filem, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Turut memeriahkan malam istimewa itu adalah para pelakon utama yang memainkan peranan besar dalam kejayaan filem ini seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, Amir Nafis, dan Razib Salimin.

    Menambahkan elemen dramatik dan misteri, sebanyak 30 individu berpakaian sut hitam menyerupai pengawal peribadi ‘menguasai’ kawasan acara, mencipta suasana seolah-olah babak dari filem itu sendiri menjadi nyata. Kejutan tersebut bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, malah menghidupkan lagi dunia Blood Brothers di tengah-tengah kota. Persembahan akustik oleh Genji Busker yang menyampaikan lagu tema filem, “Bara Jiwa”, mengakhiri malam penuh debaran itu dengan elemen seni yang menyentuh emosi.

    Acara yang berlangsung bukan sekadar promosi, tetapi satu pernyataan berani bahawa Blood Brothers: Bara Naga bersedia untuk terus melangkah lebih jauh. Ia turut menerima sokongan padu daripada WOLO Kuala Lumpur yang bertindak sebagai penaja rasmi penginapan buat para artis dan tetamu kehormat. Dalam ucapan penghargaan, Datuk Dr. Yusof Haslam menekankan pentingnya sokongan penonton terhadap industri perfileman tempatan, menyifatkan pencapaian ini sebagai inspirasi buat penggiat seni tanah air.

    Kejayaan Blood Brothers: Bara Naga membuktikan bahawa filem aksi tempatan mampu mencetus gelombang besar serta membuka laluan untuk karya-karya yang lebih berani dan berkualiti. Ia juga memperlihatkan keterbukaan penonton Malaysia dalam menerima karya tempatan yang menawarkan pengalaman sinematik bertaraf antarabangsa. Jika anda masih belum menonton filem ini, inilah masanya untuk turut serta merasai debaran dan kehangatan Blood Brothers: Bara Naga — sebuah karya aksi yang bukan sahaja mendebarkan, tetapi juga membakar semangat sinema tempatan!

  • Astro & TVS Himpunkan Bintang di ‘Konsert MeleTOP TVS’ Pertama di Sarawak

    Astro & TVS Himpunkan Bintang di ‘Konsert MeleTOP TVS’ Pertama di Sarawak

    Buat julung kalinya, Astro dengan kerjasama TVS akan menganjurkan Konsert MeleTOP TVS, konsert MeleTOP pertama yang dibawa ke luar Semenanjung Malaysia. Konsert ini bakal berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) dengan siaran langsung bermula jam 9.00 malam menerusi TVS (saluran 122) serta platform penstriman Astro ONE dan sooka. Bagi yang terlepas siaran langsung, ulangan akan ditayangkan pada 25 Mei 2025, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Dengan tema ‘Nang Champiyen Nang Lagend’, konsert ini meraikan keunikan budaya Borneo dengan gabungan elemen tradisional dan budaya pop masa kini, menjanjikan sebuah persembahan yang memukau dan penuh warna-warni.

    Penonton akan dihiburkan oleh barisan artis hebat tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong, serta ramai lagi. Konsert ini juga bakal menampilkan gandingan pengacara popular MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Hawa Rizwana, bersama pengacara TVS iaitu Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh, menjadikan malam tersebut lebih meriah dan dinamik.

    Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, penganjuran konsert ini merupakan satu penghargaan kepada warga Malaysia Timur dan simbolik kepada perpaduan budaya dan etnik. “Kami amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air, iaitu MeleTOP dan TVS, untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Miri. Muzik sentiasa menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah platform di mana kita menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian,” ujar beliau.

    Konsert ini turut dikuasakan oleh U Mobile sebagai penaja utama dan Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi, serta disokong oleh ERA Sarawak sebagai Geng Radio. Menambahkan lagi keterujaan menjelang konsert, Astro juga akan menganjurkan acara Hello Miri dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri. Acara ini merupakan peluang untuk peminat bertemu artis kesayangan mereka, menyertai pratonton eksklusif kandungan Astro dan menikmati pelbagai persembahan secara dekat. Antara selebriti yang dijangka hadir termasuk Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Adira, Wani Kayrie, Ayu Damit, Shahrul Kamal, Nikki Palikat, Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Isaac Voo, dan pelakon antarabangsa dari drama popular “Little Nyonya”, Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.

    Menariknya, Uji bakat Kilauan Emas 2025 juga akan diadakan pada 9 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi sama. Pengunjung juga berpeluang melawat booth Astro untuk mengetahui promosi dan produk terkini sepanjang tiga hari acara berlangsung. Peminat boleh menstrim Konsert MeleTOP TVS melalui Astro ONE yang menawarkan lebih daripada 95 saluran dan penstriman sehingga 4 peranti serentak. Untuk pengalaman hiburan yang lebih lancar, pelanggan boleh menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps hanya pada RM90 sebulan. Layari www.astro.com.my untuk melanggan atau menaik taraf hari ini — hiburan hebat kini lebih mudah diakses, dari mana-mana sahaja.

  • Samsung Makes AI More Accessible: Galaxy A Series Gets Dedicated Side Button for AI Assistant

    Samsung Makes AI More Accessible: Galaxy A Series Gets Dedicated Side Button for AI Assistant

    Samsung Electronics Co., Ltd. is once again making cutting-edge technology more accessible with its latest update for the Galaxy A series. Select models will soon support AI assistant activation through the side button—a feature previously exclusive to flagship Galaxy S devices. This move aligns with Samsung’s ongoing vision of democratizing AI and empowering more users with smarter, more intuitive mobile experiences. With this update, users can activate Gemini, Google’s AI-powered assistant, simply by pressing and holding the side button. The convenience of this gesture enables users to accomplish everyday tasks with greater ease, such as checking schedules, discovering restaurants, or even managing app-based actions across services like Google Maps and Messages.

    This enhanced AI access is part of Awesome Intelligence, introduced on the latest Galaxy A56 5G, A36 5G, and A26 5G. These devices already feature select AI-powered tools designed to make users’ lives more efficient. Now, with the addition of side-button AI activation, even more Galaxy A users around the world can enjoy seamless, voice-driven interaction. As Jay Kim, Executive Vice President and Head of Customer Experience Office, Mobile eXperience Business at Samsung Electronics, explained: “We’re excited that Galaxy A series users will now be able to activate Gemini faster and more naturally through a simple gesture that brings intelligent support into the flow of daily tasks.”

    Whether it’s finding pet-friendly restaurants with terrace seating or sharing a location instantly with a friend, the integration of Gemini AI makes mobile life smoother. The software update will begin rolling out globally to eligible Galaxy A series devices starting in early May 2025.

    Don’t miss out on Samsung’s limited-time promotion, available until 30 April 2025, where customers can enjoy up to RM429 worth of rewards with the purchase of select Galaxy A series devices. The Galaxy A26 5G is available in Black, Mint, and Peach Pink, with two memory variants: 6GB RAM + 128GB storage for RM1,199, and 8GB RAM + 256GB storage for RM1,399. Buyers will receive an exclusive e-voucher worth RM100, a double storage upgrade worth RM200, a 1-year extended warranty valued at up to RM129, and up to 30% off when purchasing selected Galaxy Watch, Buds, Tablets, or Accessories together.

    The Galaxy A36 5G, available in Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, and Awesome Lime, is priced at RM1,499 for the 6GB RAM + 128GB model, and RM1,699 for the 12GB RAM + 256GB option. Meanwhile, the Galaxy A56 5G offers powerful performance in Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, and Awesome Pink, starting at RM1,999 for 8GB RAM + 128GB storage and RM2,199 for 12GB RAM + 256GB storage.

    These offers add tremendous value to Samsung’s already attractive A series lineup—making now the perfect time to upgrade to a smarter, AI-powered device.

    Now’s the perfect time to upgrade to a Galaxy A device and experience awesome intelligence with just the press of a button.

    Galaxy A56 5G
    https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a56-5g-awesome-lightgray-256gb-sm-a566bzauxme

    Galaxy A36 5G
    https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a36-5g-awesome-lavender-256gb-sm-
    a366blvuxme/

    Galaxy A26 5G
    https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a26-5g-peach-pink-256gb-sm-a266bzihxme

  • vivo V50 Lite 5G Kini di Malaysia: Inovasi Flagship, Tenaga Berpanjangan

    vivo V50 Lite 5G Kini di Malaysia: Inovasi Flagship, Tenaga Berpanjangan

    vivo Malaysia secara rasminya melancarkan vivo V50 Lite 5G, model terbaharu dalam siri V50 yang direka khas untuk pengguna yang menginginkan gabungan sempurna antara gaya, ketahanan dan prestasi pintar. Peranti ini menampilkan bateri BlueVolt 6500mAh yang paling nipis pernah dihasilkan vivo, namun tetap berkuasa tinggi  mampu bertahan sehingga 27 jam tontonan YouTube atau lebih 15 jam melayari TikTok secara berterusan. Dengan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 90W, pengguna boleh mendapatkan 20% bateri hanya dalam 7.5 minit, dan cas penuh dalam masa 52.5 minit. Reka bentuk ultra nipis hanya 7.79mm dipadankan dengan skrin rata 2.5D dan paparan P-OLED 6.77 inci, memberikan pengalaman visual imersif dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2%. Tiga pilihan warna iaitu Titanium Gold, Phantom Black dan Fantasy Purple menyerlahkan karakter pengguna yang sofistikated, misteri dan ceria.

    Daripada segi imej, vivo V50 Lite 5G dilengkapi sistem kamera AI dengan Kamera Utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX882, Kamera Ultra-Lebar 8MP dan Kamera Swafoto 32MP. Sistem Aura Light setaraf studio pula menyesuaikan pencahayaan mengikut persekitaran untuk hasil gambar semula jadi. AI Image Studio hadir dengan ciri-ciri seperti AI Erase 2.0 dan AI Photo Enhance yang memudahkan penyuntingan imej dalam satu sentuhan. Di samping itu, vivo V50 Lite 5G juga tampil dengan ciri pintar seperti Circle to Search with Google, Live Text, dan AI Screen Translation yang menyokong lebih 130 bahasa, menjadikannya teman harian ideal bagi pengguna aktif.

    Peranti ini juga menawarkan ketahanan menyeluruh dengan pensijilan SGS Lima Bintang Rintangan Jatuh serta piawaian gred tentera, bersama penarafan kalis air dan habuk IP65. Teknologi Sentuhan-Tangan-Basah memastikan skrin tetap responsif walaupun jari pengguna basah atau berminyak. Tambahan pula, teknologi bateri termaju seperti Carbon Recomposition, Laser Etching, dan Battery Encapsulation menyumbang kepada ketahanan dan keselamatan jangka panjang, dengan jaminan kesihatan bateri selama lima tahun. Tidak ketinggalan, cip MediaTek Dimensity 6300 yang menjana peranti ini memberikan kelancaran penggunaan harian dengan sokongan paparan AMOLED 120Hz dan pembesar suara stereo berganda untuk pengalaman multimedia lebih mengasyikkan.

    Bagi menyemarakkan pelancaran vivo V50 Lite 5G, vivo Malaysia turut bekerjasama dengan dua personaliti media sosial terkenal, Arwind Kumar dan Jobroseph, sebagai Rakan Rasmi V50 Lite yang berkongsi pengalaman sebenar menggunakan peranti ini dalam gaya hidup mereka yang aktif. Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan vivo BlueVolt Big Battery Game Zone, di mana para tetamu boleh menguji ketahanan bateri melalui pelbagai cabaran interaktif, serta siaran langsung eksklusif dari studio radio tempatan yang dikendalikan sepenuhnya menggunakan vivo V50 Lite 5G  tanpa gangguan sepanjang acara. Malah, vivo juga melancarkan cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY dari 1 hingga 18 Mei 2025, mengajak pengguna berkongsi kreativiti mereka dalam menonjolkan kehebatan bateri peranti ini untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif, termasuk satu unit vivo V50 Lite 5G baharu.

    vivo V50 Lite 5G kini boleh didapati di seluruh Malaysia pada harga RM1,299 di semua pengedar sah vivo. Bagi pembelian dari sekarang hingga 2 Jun 2025 di Kedai Konsep vivo, pelanggan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,096 termasuk vivo Buds bernilai RM129, rebat tunai RM100, lanjutan waranti vivo care+ selama 1+1 tahun, waranti bateri selama lima tahun, waranti perlindungan skrin selama 180 hari dan waranti pelbagai wilayah sesuai untuk mereka yang sering melancong. Tawaran eksklusif ini juga disertakan dengan diskaun SpayLater RM100, pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, dan pilihan tukar beli untuk naik taraf peranti dengan lebih mudah.

    Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V50 Lite 5G, termasuk spesifikasi dan promosi terkini, layari laman web rasmi vivo Malaysia di www.vivo.com/my, atau ikuti vivo Malaysia di Facebook dan Instagram.

  • Work Smarter, Live Smarter with Gemini on Galaxy S25

    Work Smarter, Live Smarter with Gemini on Galaxy S25

    Imagine planning an overseas trip without the usual stress—no frantic app-switching, no endless tabs, and no translation hiccups. Just speak, and your phone does the rest. That’s the magic of the Samsung Galaxy S25 Series powered by Google Gemini, turning your everyday smartphone into a brilliant travel companion that handles the heavy lifting with just a few voice commands.

    Whether you’re exploring the neon-lit streets of Tokyo, diving into the artsy corners of Paris, or hunting for Bangkok’s best street food, the Galaxy S25 Series transforms your experience from “okay” to unforgettable. Instead of juggling different apps, Gemini seamlessly connects actions across your device. Want to find a great local restaurant, book a ticket to a cultural show, or message friends back home to share the excitement? Just say the word.

    Overwhelmed by travel blogs or city guides? Now you can simply say, “Summarize this video for me and list the places visited—then save it to my notes.” Gemini filters out the noise and hands you the key details, making travel planning faster and smarter.

    Arrived in Seoul and want to catch a concert? Say, “Search for live shows this weekend and send it to Alan.” Within seconds, you’ll have event listings ready to share. Need help navigating a foreign city? Just say, “I want to go to Asakusa tomorrow. Make a note on the best time to leave from Shibuya to arrive at 6pm.” Your Galaxy S25 will pull up route suggestions, ticket info, and even recommend places to eat near your stop.

    Language barriers? Not a problem. Ask Gemini to “Translate this menu and recommend dishes within a budget,” and you’ll be ordering sushi in Tokyo or tapas in Madrid like a local. And when traveling with a group, coordinating dietary needs is easy: “Find restaurants with vegetarian, gluten-free, and halal options, and send them to John.”

    With Gemini on the Galaxy S25 Series, your travel becomes effortless—from booking and navigating to exploring and connecting. It’s not just smart—it’s stress-free and spontaneous.

    Until 30 April 2025, you can unlock this next-level AI experience and enjoy rebates of up to RM1,600 when you upgrade to selected Samsung Galaxy devices. Choose from the powerful Galaxy S25 Series or other AI-powered Galaxy models like the S24 Ultra, S24+, or Z Fold6, with additional trade-in savings available.

    Starting with the Galaxy S25 Ultra, the 12GB + 1TB variant is priced at RM7,799, with a rebate of RM900 and an enhanced trade-in value of RM200, bringing the total rebate to RM1,100. The 12GB + 512GB model is available at RM6,599 and the 12GB + 256GB at RM5,999—both with the same total rebate of RM1,100.

    For those eyeing the Galaxy S25+, the 12GB + 512GB version is priced at RM5,599 and the 12GB + 256GB version at RM4,999. Both models come with RM800 in rebates and RM300 in enhanced trade-in, giving you a total savings of RM1,100. The standard Galaxy S25 is available in 12GB + 512GB at RM4,599 and 12GB + 256GB at RM3,999, with a total rebate of RM900 after RM700 in base rebate and RM200 in trade-in value.

    If you’re considering the Galaxy S24 Series, the Galaxy S24 Ultra offers a rebate of RM1,400, with both its 12GB + 512GB (RM6,099) and 12GB + 256GB (RM5,499) models receiving RM1,000 base rebates and RM400 trade-in enhancements. Meanwhile, the Galaxy S24+ delivers the biggest savings—RM1,600 total rebate—on both the 12GB + 512GB (RM5,399) and 12GB + 256GB (RM4,899) variants, with RM1,200 base rebates and RM400 trade-in bonuses.

    The standard Galaxy S24 also offers great value, with the 8GB + 512GB model priced at RM4,099 and the 8GB + 256GB at RM3,499, each with a total rebate of RM800 through RM400 base and RM400 trade-in.

    For fans of the Fan Edition, the Galaxy S24 FE 8GB + 512GB is priced at RM3,899 and the 8GB + 256GB at RM3,299, both with RM800 rebates and RM300 trade-in, totaling RM1,100 in savings.

    Those who prefer foldables can take advantage of big offers on the Galaxy Z Flip6, where both the 12GB + 512GB (RM5,599) and 12GB + 256GB (RM4,999) models offer RM1,300 total rebate, combining RM900 in rebates with RM400 trade-in. Similarly, the Galaxy Z Fold6 lineup offers the same RM1,300 total rebate across its three variants: 12GB + 1TB (RM9,099), 12GB + 512GB (RM7,899), and 12GB + 256GB (RM7,299).

    Explore the full range and find your perfect Galaxy companion at Samsung Malaysia.

  • Membina Masa Depan FELDA: Pelan Strategik 2025-2030 Menyusun Hala Tuju Kumpulan FELDA

    Membina Masa Depan FELDA: Pelan Strategik 2025-2030 Menyusun Hala Tuju Kumpulan FELDA

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menyerahkan Pelan Strategik dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 seperti yang disarankan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, semasa Majlis Berbuka Puasa bersama warga FELDA pada 26 Mac yang lalu. Pelan ini menjadi landasan penting dalam memperkukuh kedudukan FELDA sebagai pemangkin ekonomi negara, terutamanya di kawasan luar bandar. Ia merangkumi strategi utama dan pelan tindakan yang menyeluruh bagi membentuk ekosistem organisasi yang lebih dinamik dan mampan.

    Pengurusan Kumpulan FELDA menegaskan komitmen mereka untuk melaksanakan pelan ini dengan penuh dedikasi, seiring dengan keperluan semasa dan masa depan pemegang taruhnya. Pelaksanaan pelan ini memerlukan usaha kolektif dan sokongan berterusan daripada semua pihak agar kesejahteraan komuniti FELDA dapat terus dipertingkatkan. Dirangka secara teliti melalui enam sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh, pelan ini memberi fokus kepada pelbagai inisiatif strategik yang berimpak tinggi.

    Penyerahan pelan ini mencerminkan kesungguhan FELDA dalam menjayakan agenda transformasi dan memperkasa daya saing organisasi. Ia bukan sahaja menggambarkan hala tuju yang jelas bagi tempoh lima tahun akan datang, malah mencerminkan aspirasi FELDA untuk kekal relevan dalam landskap ekonomi negara yang semakin mencabar.

  • Peluang Keemasan: Amerul Affendi Berkerjasama dengan Aziz M. Osman dan Saiful Apek

    Peluang Keemasan: Amerul Affendi Berkerjasama dengan Aziz M. Osman dan Saiful Apek

    Amerul Affendi, pelakon utama filem 6 Jilake, tidak pernah membayangkan dirinya akan terlibat dalam dunia filem bergenre aksi. Genre aksi, yang biasanya dihubungkan dengan pelakon berbadan tegap dan mahir dalam seni mempertahankan diri, bukanlah sesuatu yang pernah beliau impikan. Namun, demi menyahut cabaran serta mengembangkan bakatnya, beliau dengan berani menerima tawaran untuk membintangi filem ini. Walaupun genre aksi bukanlah sesuatu yang biasa baginya, keinginannya untuk meneroka pelbagai jenis watak dan mencabar dirinya sendiri memotivasikan beliau untuk menerima tawaran ini. Baginya, setiap peluang adalah kesempatan untuk memperluaskan horizon lakonannya, dan 6 Jilake menjadi platform untuk itu.

    Selain itu, peluang untuk bekerja dengan sutradara legendaris Aziz M. Osman merupakan satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan bagi Amerul. Menurutnya, Aziz adalah seorang storyteller sejati yang memiliki pengalaman luas dalam industri. “Dia seorang yang tegas, berpengalaman, dan penuh semangat di set penggambaran. Walaupun usianya semakin meningkat, energinya di lokasi seakan-akan seorang anak muda,” kata Amerul dengan penuh penghormatan. Aziz bukan hanya sekadar seorang pengarah, tetapi seorang mentor yang dapat menyampaikan visi dan emosi dengan jelas dan berkesan kepada setiap pelakon. Amerul mengakui bahawa bekerja di bawah bimbingan Aziz memberikan peluang untuk mengembangkan lagi cara beliau berlakon dan menyampaikan wataknya kepada penonton.

    Berkongsi pengalaman penggambaran filem 6 Jilake, Amerul mengungkapkan bahawa persediaan untuk filem aksi ini bukanlah satu tugas yang mudah. Walaupun beliau memiliki pengalaman dalam seni mempertahankan diri, cabaran kali ini jauh lebih besar. Pengalaman lama beliau mempelajari silat ketika di bangku sekolah serta latihan peribadi yang dijalankan di luar set memberikan kelebihan tersendiri dalam menguasai koreografi aksi. Namun, tidak cukup dengan itu, beliau juga mempelajari Muay Thai untuk filem terdahulu, yang memberi manfaat tambahan ketika menghadapi cabaran koreografi aksi dalam 6 Jilake. Proses untuk menguasai gerakan-gerakan aksi dan koreografi pertarungan memerlukan latihan intensif, dan Amerul menghabiskan dua minggu penuh berlatih sebelum penggambaran dimulakan. “Setiap gerakan perlu dilakukan dengan sempurna. Kami berlatih keras untuk memastikan setiap aksi kelihatan realistik dan memukau,” jelasnya.

    Namun, cabaran terbesar bukan hanya terletak pada aspek koreografi, tetapi juga keadaan fizikal yang mencabar di set penggambaran. Lokasi penggambaran yang terletak di kawasan terbuka, ditambah dengan suhu yang mencecah sehingga 37 darjah Celsius semasa musim kemarau, benar-benar menguji ketahanan fizikal semua yang terlibat. Berlakon di kawasan lapang tanpa perlindungan mencukupi bukan sahaja memberi tekanan kepada tubuh badan pelakon, tetapi juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk menjaga kesihatan sepanjang penggambaran. “Cuaca panas ini menjadi satu ujian besar, tetapi kami semua tetap bertahan kerana komitmen untuk memastikan filem ini berjaya,” tambah Amerul.

    Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, semangat Amerul untuk terus beraksi dalam filem aksi tidak pernah pudar. Malah, beliau berkata bahawa pengalaman bekerja dalam 6 Jilake semakin membakar hasratnya untuk mengembangkan kerjaya dalam genre ini. Amerul juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan pengarah terkenal Syafiq Yusof pada masa hadapan. “Kalau diberi peluang, saya memang nak lagi,” katanya dengan penuh semangat. Bagi Amerul, berlakon dalam filem aksi bukan hanya tentang fizikal, tetapi lebih kepada dedikasi dan komitmen untuk memberikan yang terbaik. Beliau ingin terus memperkukuhkan namanya dalam dunia filem aksi tempatan dan berharap dapat mencabar dirinya lebih jauh lagi.

    Tidak kurang juga, pengalaman berharga yang diperoleh Amerul apabila berpeluang bekerja bersama Saiful Apek, ikon filem komedi yang sangat dihormati. Sebelum penggambaran, Amerul hanya mengenali Apek melalui karya-karya popular di layar perak, dan peluang untuk berlakon bersama beliau menjadi satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan. “Apek adalah seorang yang sangat menghiburkan. Beliau bukan sahaja menyeronokkan di dalam set penggambaran, tetapi juga seorang yang sangat positif dan ceria di luar set. Kehadirannya sentiasa menceriakan suasana, dan saya sangat menghargai setiap saat bekerja bersamanya,” kata Amerul dengan penuh rasa teruja. Sikap “happy-go-lucky” Apek turut memberi impak positif dalam proses penggambaran dan menjadikan suasana kerja lebih santai dan menyeronokkan.

    Mengakhiri sesi wawancara, Amerul turut berkongsi impiannya untuk membintangi filem bertemakan cinta suatu hari nanti. Walaupun beliau mengakui bahawa nyanyian bukan kekuatannya, lakonan tetap menjadi cinta sejatinya. “Lakonan adalah sesuatu yang saya cintai, dan saya berharap dapat terus berkarya dalam pelbagai genre di masa depan,” ujar Amerul penuh harapan. Baginya, 6 Jilake bukan sekadar filem aksi, tetapi satu simbol keberanian seorang pelakon untuk keluar dari zon selesa, menghadap cabaran, dan memperlihatkan kemampuannya sebagai seorang anak seni yang sentiasa ingin mencabar diri dan berkembang. Bagi Amerul, setiap peranan yang diberikan adalah peluang untuk memperlihatkan jati diri sebagai seorang pelakon yang komited terhadap kerjayanya.

  • Ever Been Scammed Online? Samsung Knox Vault Has Your Back

    Ever Been Scammed Online? Samsung Knox Vault Has Your Back

    In today’s digital world, even the savviest users can fall for an online scam. One moment of distraction, one wrong click on a fake message or a suspicious app, and you could find your personal information at risk. Scammers are becoming increasingly sophisticated, and the aftermath of falling victim often leaves feelings of frustration, anger, and helplessness. But now, Samsung has your back with Knox Vault — your silent, powerful defender against digital threats.

    Samsung Knox Vault is not just another security feature; it is a robust combination of specialised hardware and advanced security software, built directly into your phone. Think of it as a digital fortress, where your most sensitive information like your PINs, passwords, biometrics, and digital certificates is securely locked away and completely isolated from the rest of the system. Even if a malicious app manages to sneak onto your phone, Knox Vault ensures your personal data remains out of reach.

    Phishing scams have become one of the most common traps today. Imagine receiving a message claiming there is unusual activity on your bank account, urging you to click a link to verify your details. The page looks legitimate, and without thinking twice, you enter your login credentials, unknowingly handing them over to a scammer. Worse yet, some scams lead you to download fake apps that silently steal your information. Most smartphones leave you vulnerable once that initial mistake is made, but Samsung Knox Vault acts as an impenetrable shield. Even if you accidentally install a harmful app, it will not be able to access the sensitive information secured inside Knox Vault.

    Real-life scenarios show just how vital this protection is. Take, for example, a case where someone receives an official-looking email offering a refund from their mobile carrier. They click the link, install an app, and the app attempts to hijack their data. Thanks to Knox Vault, however, their passwords, personal messages, and account details remain safe — encrypted, isolated, and completely inaccessible to attackers.

    Now, Samsung is making this top-tier security more accessible than ever with its latest Galaxy A series devices, including the Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G, and Galaxy A26 5G. These smartphones are designed with real-world users in mind, understanding that scams do not just target the careless — they can happen to anyone. With Knox Vault built in, you can enjoy peace of mind knowing that even if you make a mistake, your most important data is still protected.

    To make it even better, Samsung is offering an incredible promotion until 30 April 2025. When you purchase any of the new Galaxy A series models, you can enjoy rewards worth up to RM429, including an exclusive e-voucher worth RM100, a Double Storage upgrade valued at RM200, a 1-year Extended Warranty worth up to RM129, and up to 30% off selected Galaxy Watches, Buds, Tablets, or Accessories.

    The Galaxy A26 5G is available in two options: 6GB RAM with 128GB memory at RM1,199 or 8GB RAM with 256GB memory at RM1,399, and comes in Black, Mint, and Peach Pink colours. The Galaxy A36 5G offers 6GB RAM with 128GB memory at RM1,499 or 12GB RAM with 256GB memory at RM1,699, available in Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, and Awesome Lime. The Galaxy A56 5G is available with 8GB RAM and 128GB memory at RM1,999, or 12GB RAM with 256GB memory at RM2,199, offered in Awesome Light Gray, Awesome Graphite, Awesome Olive, and Awesome Pink.

    Don’t wait — safeguard your digital life today by purchasing your new Galaxy A series device and enjoy next-level protection with Samsung Knox Vault.

    Don’t wait — safeguard your digital life today! Purchase your new Galaxy A series device and enjoy next-level protection with Samsung Knox Vault.

    Find out more here:
    Galaxy A56 5G
    Galaxy A36 5G
    Galaxy A26 5G