Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

Pekebun Kecil Boleh Mula Mohon Bantuan Musim Tengkujuh

Pihak kerajaan telah menyediakan satu inisiatif khas melalui Program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi memastikan golongan masyarakat luar bandar dapat berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Seramai 232,319 orang pekebun kecil dan penoreh getah yang mempuyai keluasan getah antara 0.1 hingga 2.5 hektar yang terjejas pendapatan ketika musim tengkujuh bakal menerima bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 191 juta.

Selain itu , setiap penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima sebanyak RM 600 setiap seorang.  Bantuan akan disalurkan sebanyak dua kali iaitu RM 300 pada bulan November dan baki RM 300 pada bulan Disember tahun ini berikutan bulan tersebut merupakan tempoh yang paling terkesan bagi golongan tersebut.  Diharapkan dengan bantuan ini mampu meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pada musim tengkujuh kelak.

Permohanan Bantuan Musim Tengkujuh telah dibuka mulai bulan Mei ini dan proses pengemaskinian maklumat sedia ada serta penerimaan permohonan baharu sedang dilaksanakan oleh pihak RISDA.  Sedemikian itu, pekebun kecil dan penoreh getah dinasihatkan untuk melayari portal pekebun kecil RISDA melalui pautan pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke Pejabat RISDA berhampiran bagi mendapatkan informasi yang tepat bagi permohonan ini.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k