Pelaburan RM1 Juta untuk Pembaharuan Lotus’s Melaka Peringgit Demi Kemudahan Pelanggan

Pelaburan RM1 Juta untuk Pembaharuan Lotus’s Melaka Peringgit Demi Kemudahan Pelanggan

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah merasmikan semula stor pertamanya yang telah diperbaharui di luar Lembah Klang hari ini. Lotus’s Melaka Peringgit menyambut kedatangan para pelanggan dengan pelbagai persembahan budaya yang menarik, sebagai tanda meraikan pembukaan semula stor ini di bandar bersejarah Melaka.

Pembaharuan stor ini menghargai kekayaan warisan budaya negeri Melaka, dengan menampilkan pelbagai dekorasi baharu yang terinspirasi daripada seni rekaan Jubin Peranakan. Motif dan simfoni warna yang terhasil daripada seni Peranakan memberikan kesan visual yang menarik kepada pelanggan yang mengunjungi Lotus’s Melaka Peringgit. Selain penambahbaikan di bahagian elektrik, produk segar, daging, makanan laut, dan bakeri, ruangan baharu Ceria-Yah juga ditambah baik untuk menawarkan pengalaman interaktif dan menarik kepada pengunjung.

“Stor Melaka Peringgit telah berkhidmat kepada komuniti selama 22 tahun. Oleh itu, lebih daripada RM1 juta telah dilaburkan untuk pembaharuan stor kali ini bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelanggan dipenuhi dengan cemerlang. Kami sentiasa berusaha untuk memenuhi jangkaan pelanggan dengan menyediakan persekitaran membeli-belah yang lebih moden dan selesa,” ujar Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia.

Sebelum ini, Lotus’s telah melancarkan semula tiga stor di Lembah Klang dengan jumlah pelaburan melebihi RM4 juta. Selain itu, Lotus’s merancang untuk memodenkan lebih banyak cawangan di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sebagai meraikan perayaan Deepavali dan menambah keceriaan pelanggan di Lotus’s Melaka Peringgit, stor ini menawarkan tawaran pembukaan semula yang tidak boleh dilepaskan, termasuk brokoli pada harga RM1.99, tomato pada RM1.99 sekilogram, dua pek Anggur Muscat pada RM10, ayam seekor bermula dari RM5.99, serta Sos Cili Maggi pada RM1 dengan pembelian dua ayam Rotisserie, dan banyak lagi. Pelbagai aktiviti menarik juga menanti pelanggan sehingga 3 November 2024:

Menangi eBaucar Lotus’s atau Beg Goody (24 Oktober – 27 Oktober 2024)

  • Siapa Cepat, Dia Dapat – belanja RM80 dalam satu resit dan berpeluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM10 dan baucar Lotus’s Shop Online bernilai RM10 (50 pemenang sehari)
  • Timbang, Pastu Menang – capai berat minimum 30kg bagi setiap troli dan bawa pulang Baucar Hadiah Lotus’s bernilai RM10 (300 pemenang sehari)
  • Cabutan Bertuah – belanja minimum RM120 dalam satu resit dan berpeluang memenangi baucar e-Lotus’s bernilai RM200.
  • Tiga ahli baru My Lotus’s yang mendaftar akan berpeluang memenangi jongkong emas seberat 10 gram bernilai RM4,300, atau baucar e-Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada sepuluh pemenang).

Manfaat Tambahan kepada Ahli My Lotus’s

  • Ahli My Lotus’s akan menikmati 2X mata My Lotus’s bagi setiap pembelian di Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024)
  • Dari 24 Oktober – 30 Oktober 2024, dengan perbelanjaan minimum RM120 di Lotus’s Melaka Peringgit, ahli My Lotus’s akan menerima baucar dalam aplikasi bernilai RM5 yang boleh digunakan dari 31 Oktober – 6 November 2024 dengan perbelanjaan minimum RM100 pada pembelian seterusnya.

Persampelan Makanan dan Barangan Percuma di Ruang Acara Ceria-Yah

  • Pengambilan sampel dan acara promosi oleh 17 jenama terkenal seperti Oatside, Mie Sedaap, Dutch Lady, Maggi, Ambi Pur, Febreeze, Gillette, Mister Potato, Corn Toz, makanan kegemaran tempatan Melaka – Mamee, dan banyak lagi.
  • Sertai cabaran Mi Pedas Korea yang baharu di gerai Mie Sedaap secara percuma, dan berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Touch N’ Go Ahn Hyo Seop.
  • Pelanggan juga berpeluang untuk mencuba dan membeli snek Thai kegemaran ramai seperti Lays, Koh Kae, Pocky, PAMA Mi Tom Yum dan banyak lagi dari 17 Oktober hingga 31 Oktober 2024.

Aktiviti dan Tawaran Menarik di Pusat Membeli-belah (24 Oktober – 3 November 2024)

  • Dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Melaka Peringgit, sertai pelbagai aktiviti bertemakan Deepavali seperti:
Aktiviti Tarikh
Sand Art 24 Oktober 2024, 31 Oktober 2024
Lukisan Batik DIY 24 Oktober – 27 Oktober 2024

31 Oktober – 3 November 2024

Bengkel Gelang DIY
Henna Percuma 25 Oktober 2024
Pertandingan Mewarna 26 Oktober 2024
Pertandingan Kraf Rangoli 27 Oktober 2024
Pertandingan Mengasingkan Muruku 1 November 2024
Aktiviti Kraf Vilaku 2 November 2024
  • Nikmati persembahan flash mob khas oleh Tropa De Santa Maria pada waktu berikut: 24 Oktober (9 pagi), 26 Oktober (12 tengah hari), 27 Oktober (5 petang), 2 November (2 petang), 3 November (12 tengah hari).
  • Temui Loki the bearded dragon di petting zoo yang terletak di pintu masuk sisi Lotus’s Melaka Peringgit dengan bayaran hanya RM6 setiap orang bagi umur 2 tahun ke atas.
  • Pameran motosikal dan kereta vintaj di pintu masuk Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024).
  • Nikmati diskaun sehingga 80 peratus, atau tawaran beli 2 percuma 3 di kedai peruncit yang mengambil bahagian di Lotus’s Melaka Peringgit.
  • Diskaun 5 peratus bagi menu terpilih di medan selera cawangan tersebut.

Untuk maklumat dan aktiviti terkini mengenai pembukaan semula Lotus’s Melaka Peringgit, para pelanggan boleh rujuki saluran rasmi Lotus’s di Facebook dan Instagram.

CATEGORIES
TAGS
Share This