Pelajar Tingkatan 3 dibelasah 6 pelajar hingga retak tulang pipinya yg merisikokan menjadi buta
Sungguh membanggakan melihat komitmen luar biasa YB Puan Fadhlina Binti Sidek dalam memimpin Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami dengan tulus mengucapkan tahniah dan syabas yang tidak terhingga. Doa kami semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa sentiasa melimpahkan berkat kesihatan yang baik dan umur yang panjang kepada YB Menteri. Semoga setiap langkah yang diambil mendatangkan kejayaan dan kemajuan kepada pendidikan negara ini.
Warkah ini dilanjutkan terus kepada YB Menteri atas kelemahan yang dipercayai diamalkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1) Jalan PU 5, Taman Puchong Utama 47150 Puchong Selangor.
Seorang pelajar Bernama THINESH A/L SELVENDREN, No KP: 081030-16-0193 di Tingkatan 3, Sekolah yang tertera diatas telah dibelasah oleh beberapa pelajar sekolah yang sama pada 05/09/2023. Insiden tersebut berlaku dimana mengikut pelajar iaitu mangsa seramai enam (6) pelajar sekolah yang sama tetapi kelas berlainan telah membelasahnya. Mangsa telah mengalami KERETAKAN TULANG BAWAH MATA YANG TERUK SEHINGGA MANGSA HILANG PENGLIHATAN 50%.
Insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak Sekolah tersebut dan satu laporan Polis pun telah dibuat. Pihak Sekolah dipercayai masih mengamalkan REMEH sahaja isu tersebut dengan langsung tidak mengambil inisiatif:-
- Melawat pelajar yang terlantar di hospital.
- Pihak Sekolah dibawah pengelolaan Guru Besar sekolah tersebut langsung tidak mengadakan sesuatu perjumpaan SILATURAHIM bersama-sama Ibu Bapa pelajar yang dibelasah dengan Ibu Bapa Mangsa berserta dengan pihak Polis bagi membuat satu penyelesaian yang PROFESIONAL.
Justeru demikian kami sebagai Badan NGO percaya benar bahawa pihak sekolah langsung tidak memainkan peranan keprihatinan dalam menangani isu yang telah berlaku. Sepatutnya Guru Besar dan pihak Pengelola sekolah tersebut harus menghulurkan bantuan segera demi kesihatan mangsa serta mengesyorkan membawa mangsa ke hospital kerajaan serta mendapatkan rawatan pertama terperinci pakar. Pihak Ibu Bapa terpaksa membawa mangsa ke hospital swasta setelah dapati bahawa memang tulang DI BAWAH MATA RETAK yang diberitahu oleh pihak kesihatan batu 14, Puchong.
Maka kami memohon jasa baik budi bicara YB Menteri supaya memandang serius perkara yang telah berlaku kepada mangsa serta mengambil Tindakan tegas terhadap Pihak Pengelola Sekolah tersebut serta mengesyorkan Tindakan DISIPLIN ETIKA terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab sungguh memegang jawatan dalam pengurusan sekolah.
Untuk pengetahuan YB Menteri. Bahawasanya Menteri pernah mengeluarkan kenyataan media pada 09/09/2023 yang pihak Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan aktiviti buli kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk setiap PELAJAR. Yang juga bertemakan “MEMARTABATKAN KARAMAH INSANIAH & MEMBANGUN GENERASI MADANI” YB Menteri juga telah melancarkan “GARIS PANDUAN TANGAN BULI & GANGGUAN SEKSUAL PELAJAR” di Bukit Mertajam, Pulau Pinag pada 22/09/2023.
Harap sungguh bahawa pihak sekolah yang tertera diatas mengamalkan dan menggunakan Garis panduan tersebut tanpa sebarang kompromi.