Pelancaran BeCalm Cookies dan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay

Syarikat BeCalm Malaysia, pengeluar biskut istimewa, telah melancarkan produk baru mereka, BeCalm Cookies, berserta dengan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay. Pengarah Urusan BeCalm Malaysia, Puan Maisarah Datuk Abdullah Sani, terinspirasi untuk melancarkan kempen ini selepas menyedari populariti petikan “It’s Okay Not To Be Okay” di kalangan golongan muda yang berkaitan dengan kesihatan mental.

Untuk menyebarkan mesej kempen ini dengan lebih meluas, beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, Heliza Helmi, Ajak Shiro, dan Suraya Borhan telah diajak untuk menyertainya. Zaza Zainee, seorang pempengaruh dan pembuat kandungan kesihatan dan kecergasan, telah dilantik sebagai duta pertama BeCalm Cookies.

Menurut Maisarah, kempen ini dilancarkan kerana keprihatinan beliau terhadap peningkatan masalah kesihatan mental dalam masyarakat. Beliau ingin memberi kesedaran bahawa penting untuk mencari solusi dan bangkit daripada episod duka. “Jangan terlalu lama hidup dalam kesedihan dan kemurungan. Ambil masa untuk bersedih, tetapi jangan kekal selamanya dalam keadaan itu,” katanya.

Maisarah berkongsi pengalamannya sendiri dalam menghadapi masalah kesihatan mental semasa pelancaran kempen di Menara Star, Petaling Jaya. Beliau menceritakan bagaimana beliau terjebak dalam kemurungan selepas disahkan mempunyai tumor di otak pada tahun 2007 semasa bekerja di London. Simptom kemurungan yang dialaminya termasuk susah tidur, peningkatan berat badan mendadak, kehilangan ingatan, disorientasi, dan masalah penglihatan. Malah, beliau turut difitnah oleh rakan-rakannya kerana masalah kemurungan yang membelenggunya hampir 10 tahun.

Pada tahun 2016, Maisarah mula mencari solusi untuk keluar dari belenggu kemurungan. Beliau menemui ashwagandha dan mula melihat perubahan positif dalam dirinya. Dari situ, tercetus idea untuk menghasilkan makanan yang mengandungi ashwagandha sebagai snek harian. Ini membawa kepada kelahiran produk BeCalm Cookies, yang dikategorikan sebagai “functional food” dengan konsep ‘Guilt-Free Snacking’.

BeCalm Cookies kini hadir dengan tiga perisa istimewa: Chocolate Chip Sea Salt (CHILLAX), SPECULOOS White Chocolate (MIND FLEX), dan UJI MATCHA White Chocolate (VIBE ON). Ketiga-tiga perisa ini bukan sahaja lazat tetapi juga menawarkan manfaat kesihatan yang berbeza.

Sempena pelancaran ini, BeCalm Malaysia turut memperkenalkan kotak edisi terhad sempena program Live TikTok Sembang Mak Mak Suria FM. Setiap pembelian di TikTok BeCalm berharga RM50 akan mendapat enam keping biskut (dua keping setiap perisa) dari 31 Julai hingga 9 Ogos 2024. 50 pembeli pertama dengan pembelian dua kotak akan menerima mug minuman dan pelekat You Can Be Okay edisi khas.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Pengerusi BeCalm Malaysia, Datuk Abdullah Sani Karim, Pengurus Besar Kanan Suria Radio 988FM Woo Bee Ay, Presiden MIASA (Mental Illness Awareness and Support Association) Anita Abu Bakar, Saintis Makanan Dr Redza Abdul Rahman, dan Ketua Pengarah Eksekutif 3Bumi Trading Sdn Bhd Silahudin Jamaluddin. BeCalm Malaysia juga mengumumkan kerjasama strategik dengan Syarikat 3Bumi Trading Sdn. Bhd.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk BeCalm boleh membeli di Tik Tok Shop BeCalm, Shopee BeCalm atau wasap di istagram @becalm.my.

CATEGORIES
TAGS
Share This