PELANCARAN BUKU MASAKAN PERTAMA CHEF ANNETTE ‘WHAT TO COOK LAAA…’ OLEH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN TUANKU ZARA SALIM

Chef Annette Isaac  atau lebih dikenali sebagai Chef Nette telah menerbitkan buku masakan sulungnya bertajuk “What To Cook Laaa…” pada 7 Julai 2022. Buku tersebut dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Chef Nette bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Memang sejak dari bangku sekolah lagi, Chef Nette sudah berjinak dengan memasak makanannya sendiri. Gaya masakan Chef Nette yang mudah dan ringkas, serta terbit dari lubok hatinya, dapat dirasai dalam masakannya bagi keluarga dan rakan-rakannya.

Resipinya yang ringkas lagi lazat merupakan perbezaan buku masakan Chef Nette daripada yang lain. Citarasa masakan ini terbit dari kegemaran Chef Nette untuk memasak, selera makanan yang dibentuk dari pengembaraannya yang digabungkan dengan bakatnya sebagai perumus resipi baharu dan penggaya makanan.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim melancarkan buku masakan ‘What To Cook Laaa…’

Tetamu media yang hadir pada acara ini sememangnya bertuah kerana berpeluang memasak bersama-sama Chef Nette dan menikmati hidangan istimewa yang direka khas oleh Chef Nette sendiri.

Beberapa hidangan resipi dari buku masakan baharu itu telah disediakan sendiri oleh Chef Nette untuk tetamu cuba. Antara hidangan yang dihidangkan untuk merasa ialah Telor Keropok Zaleha, Telur Kukus Celia, Nina’s Beef Bolognese, Ayam Serai dan Almond Crumble.

Beliau berhasrat supaya setiap hari, lebih ramai orang dapat mengembangkan minat mereka untuk memasak serta mampu menyediakan dapur Asia Tenggara yang ringkas. Hasratnya ini berasaskan kepercayaan dan falsafah dirinya bahawa setiap orang mempunyai keupayaan semula jadi untuk memasak.

“Memasak adalah mudak dan saya ingin membina perasaan cinta bagi memasak hidangan yang enak, sihat dan ringkas kepada orang ramai,” katanya.

Chef Nette bersama ibu beliau

Chef Nette berharap resipinya yang ringkas dan mudah dapat membantu menyelesaikan dilemma mereka yang sibuk mengenai apa untuk dihidangkan kepada keluarga dan kenalan mereka. Buku masakan pertama Chef Nette bertajuk “What To Cook Laaa…” sangat tepat dengan keadaan di Malaysia kerana kebanyakannya akan selalu bertanya ‘Apa Nak Makan Laaa” dan “Di Mana Nak Makan Laaa”.

Buku Masakan Chef Nette ini diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan sudah berada di pasaran di semua Kedai Buku MPH dan secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang Chef Nette atau tempat membeli bukunya, sila layari https://mphonline.com/products/what-to-cook-laaa

 

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k